©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Keputusan Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi 2015

PENGALAMAN MEMOHON (TEMUDUGA) BIASISWA YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA TUNAS POTENSI 2015 (PART 3)






Assalammualaikum.. bertemu kembali kita! Click (PART 1) or (PART 2) untuk baca entry sebelum ini.


Sorry lah ya adik-adik panjang sangat entry pasal Biasiswa Yayasan Peneraju ni, bukan apa..   abang rasa memang perlu diceritakan semua pengalaman yang dilalui sepanjang sesi temuduga biasiswa Yayasan Peneraju ini untuk memberi sedikit sebanyak gambaran kepada adik-adik bagaimana process tersebut dijalankan dan membantu adik-adik yang masih belum pernah menghadiri mana-mana temuduga atau first time untuk menghadirinya.Dengan ini, sedikit sebanyak adik-adik bolehlah membuat persediaan berdasarkan apa yang abang ceritakan di entry sebelumnya.



Okay... mesti adik-adik nak tahu, keputusan biasiswa tu sama ada abang dapat ke atau tidak. Guess what!!!!!! Abang dapat!!!!!!!


Keputusan Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi 2015

sampul tu dah koyak dan kotor sikit sebab dah lama simpan



Keputusan biasiswa tu dimaklumkan melalui pos sahaja. Sebenarnya , seminggu sebelum kalau tak salah, pihak Yayasan Peneraju ada menelefon abang, diaorang bertanya sama ada abang ada mendapat tawaran sambung belajar dari mana-mana atau tidak. So abang cakaplah yang abang dapat tawaran sambung pengajian Asasi Sains di Uitm Puncak Alam, semasa berbincang dengan akak yang yang menelefon tu, abang cakap yang abang masih belum nak decide lagi sama ada nak sambung Asasi atau tak.. masa tu memang berharap nak dapat biasiswa tu. Rasa takut juga tak dapat sebab abang cakap dapat sambung Asasi... tup tup one week later dapat sampul surat daripada pihak Yayasan Peneraju. Alhamdullilah, rasa gembira sangat masa tu, hanya Allah yang tahu tapi pada masa yang sama abang rasa ragu-ragu nak pilih ke atau tak sebab abang  masa tu rasanya dah 95% persediaan yang sudah dilakukan untuk masuk Asasi Sains Uitm seperti medical check up, account bank, dan macam-macam lagi.Yelah... ingatkan tak dapat masa tu. Tak apa, nanti abang ceritakan mana yang abang pilih.. so tunggu ya!



Tentang sampul surat yang abang dapat tu.. memang banyak dokumen di dalamnya... semuanya dijelaskan secara terperinci... Untuk pengetahuan korang... abang ditawarkan untuk sambung belajar ke peringkat Foundation in Science lebih kurang macam Asasi Sains but berbeza sikit kut pembelajarannya sebab tempat pengajiannya iaitu International Medical University adalah bertaraf antarabangsa, nama pun International ( ni seperti apa yang pihak Yayasan Peneraju bagi tahu) , abang sebelum tu ada menelefon mereka untuk penjelasan. Untuk peringkat Ijazah pula abang dapat tawaran untuk sambung PHARMACY!! ni pilihan kedua masa pilih hari tu!!! kat bawah ni ada gambarnya.






Memang segala kos ditanggung oleh pihak Yayasan Peneraju termasuk penginapan.



lengkap dengan peta sekali



Sebelum dapat menyambung pengajian, semua pemegang biasiswa diwajibkan untuk mengikuti Bridging Programme ... seperti abang terangkan di entry sebelumnya, antara objektif program tu adalah untuk mengukuhkan lagi tahap bahasa English pelajar.





Antara beberapa dokumen yang dapat di kongsikan di sini..



Ini adalah kos tanggungan untuk pengajian Asas (Foundation)


Ini untuk semasa Ijazah


Perkongsian ini bukanlah untuk abang menunjuk-nunjuk.. tetapi adalah sebagai perkongsian buat adik-adik di luar sana supaya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menjadi pembakar semangat buat adik-adik supaya tidak berputus asa jika menimpa kegagalan. Ingat , setiap perkara berlaku itu pasti ada hikmah nya.. Insha- Allah.. dengan berkat usaha adik-adik, Allah akan mengurniakan ganjaran untuk adik-adik , Insha-Allah di dunia dan di akhirat. Perjalanan abang pun masih panjang lagi, dan banyak lagi yang masih belum ditempuhi.. so dengan sedikit perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu adik-adik. Ingat!! Allah tidak akan membantu seseorang itu kalau dia tidak berusaha untuk mendapatkannya!


Sekian dari saya, Assalammualaikum.



Di entry seterusnya, abang akan kongsikan sama ada akan memilih Asasi Sains Uitm atau mengambil tawaran biasiswa ini... (CLICK SINI) kalau tahu!
Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.