©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Aku dan Majalah INFINITI MY ADDICTION





Majalah Infiniti? Untuk pengetahuan semua, antara hobi yang aku gemari adalah membaca majalah ini! Pertama kali yang membuat aku tertarik dengan majalah ini adalah disebabkan cover page nya. Kalau dilihat gambar,grafik dan warnanya merupakan first impression yang mampu membuat pembaca tertarik untuk membacanya selain tajuknya yang menarik.



tumpang selfie jap


Koleksi buku Infiniti yang telah dikumpul!


Untuk pengetahuan semua, majalah ini dimuatkan dengan pelbagai jenis info dan fakta yang rasanya rugi bagi siapa yang tidak membacanya.. antaranya berkenaan tentang sains ,astronomi ,kesihatan ,teknologi,sejarah ,haiwan, isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara dimana  antaranya tidak pernah diketahui umum , kisah-kisah yang berunsurkan motivasi dan banyak lagi. Tidak dapat dinafikan, melalui majalah ilmiah ini, banyak info yang dapat dipelajari dimana sebelum ini tidak pernah kita ketahui. Sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dalam kehidupan kita. Tidaklah kita diibaratkan seperti katak dibawah tempurung.



ANTARA INFO DARIPADA MAJALAH INFINITI


 PLUTO bukan lagi sebuah planet!!

 Motivasi buat kita untuk sentiasa tidak berputus asa

 Cerita pasal hantu pun adaaaa..

 Kebolehan yang manusia mampu buat... cuma kita harus yakin!



 Isu luar negara!!

 Pelik..tapi benar!!! Najis pun boleh buat teh

 Bayangkan kalaulah nyamuk boleh transfer darah AIDS.... hebatnya kejadian ALLAH

Memang banyak kisah UFO diceritakan dalam buku ni.. lain edisi lain kisahnya (bukan semua edisi ada)

Kalau dah bosan.. boleh la jawab soalan teka-teki ni, memang mencabar (HAHA jawapan dia memang tak masuk akal)

Fakta-fakta ringkas...


Memang minat dengan majalah ni,,,setiap bulan mesti beli... tapi sejak start sambung belajar, dah stop beli sebab dekat Universiti tak ada jual majalah macam ni :'( . Lagipun busy study, dah tak ingat semua ni dah... masa cuti-cuti sem ni lah dapat luangkan masa dengan buku ni!


Antara buku yang tak dapat diselamatkan ( hasil seni adikku) , at least boleh baca lagi.. :'(
Kreatif nya hasil kerja adikku nii.... 



Harganya pun berpatutan dan mampu milik.. iaitu RM4.50, murahkan! Memang berbaloi dengan info yang kita dapat! Kalau tahun lepas, harga buku ni RM 4.00, so dah naik 50 sen.





Suka tengok colour dan grafik buku ni!!!


.
Teringin nak beli buku ni..
Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.