©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Tutorial cara nak install Social Media Icons di Blog

Tutorial Mudah Untuk Blogger Create Social Media Icons Untuk Blog


Assalammualaikum semua.... hi guys.. bertemu lagi..


Okay entry ini agak menarik sikit, seperti tajuk yang tertera, entry ini adalah berkenaan cara nak install media social icons ke dalam blog kita! Sebagai contoh, cuba lihat icons di sebelah kanan blog ni....mesti nak tahu macam mana cara nak letakkan icons tersebut dekat blogkan?... so bagi blogger baru, harap tutorial ini dapat membantu kerana setiap steps dilengkapi dengan gambar supaya mudah untuk diikuti.



FOLLOW STEP BY STEP!!


LANGKAH PERTAMA


  • Download dahulu icons media social. Terdapat banyak website yang menyediakan icon-icon yang menarik, boleh pilih mengikut tema dan kesesuaian blog sendiri. Memang banyak.. antaranya boleh download dekat sini VandelayDesign. Ada pelbagai jenis icons yang menarik!!
Cara-Cara Install Social Media Icon Untuk Blogger


  • Selepas download file icons tersebut dan file tersebut sejenis compressed (zipped) file. File zipped tersebut kena extract dahulu file tersebut ke folder computer anda.Mungkin sesetengah computer/laptop telah dilengkapi dengan kemudahan untuk extract file tersebut atau kata lain Unzipped file tersebut.


  • So bagi sesiapa yang tiada kemudahan tersebut,jangan risau korang boleh download software nya disini mengikut jenis windows yang anda guna. 7 Zip Software.



LANGKAH KEDUA



  • Pergi ke blog dan create new post.



  • Terdapat dua button .. iaitu COMPOSED dan HTML. Jadi click HTML.



  • Kemudian UPLOAD icons media social yang telah di download dan extract di folder computer. So click setiap satu icons dan tekan ADD SELECTED.



  • Kemudian keluar seperti gambar di bawah , jadi boleh pilih image size yang dikehendaki . Then click OK.




  • Jadi akan keluar seperti gambar dibawah.



LANGKAH KETIGA



  • Selepas itu , click COMPOSED dan akan keluar seperti gambar dibawah.




  • Jadi click icon tersebut sehingga menjadi warna biru dan kemudian click butang LINK.




  • Akan keluar EDIT LINK seperti dibawah. Kalau tak keluar lagi, buat lagi sekali sehingga keluar!




  • Kemudian, masukkan link social account di WEB ADDRESS dan click okay. Lakukan perkara yang sama untuk icons yang lain.




LANGKAH KEEMPAT



  • Click kembali HTML dan akan jadi seperti gambar dibawah.




  • Highlight link tersebut dan copy (tekan butang right-click di tetikus).


  • Kemudian pergi ke LAYOUT dan click ADD A GADGET.





  • Kemudian click pula HTML/JavaScript.



  • Paste link yang di copy sebentar tadi ke dalam CONTENT dan click SAVE.  Dah siap!! Untuk Title boleh diisi mengikut kemahuan sendiri.



  • View Blog untuk check icons yang diletakkan tadi sama ada okay atau tak. Try click icons tersebut untuk mengetahui sama ada link berfungsi atau tak. Contoh ada di bawah.... 


Harap dengan tutorial ini dapat membantu blogger-blogger di luar sana. Kalau ada sebarang masalah, tinggalkan komen di bawah, Insha-Allah saya akan membantu.




Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.