©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Pilihanku IMU atau Uitm PALAM?

Assalammualaikum..



Pada entry sebelum ini ada diceritakan bahawa aku telah terpilih sebagai salah seorang pemegang biasiswa Yayasan Peneraju, aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke IMU iaitu International Medical University dalam Foundation in Science dan seterusnya dalam bidang Pharmacy pada peringkat Ijazah. Segala kos perbelanjaan 100% ditanggung.


Pada masa yang sama, aku juga telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Asasi Sains di Uitm PALAM , bagi siapa yang tak tahu lagi, PALAM singkatan untuk Puncak Alam ya! Untuk yang ini aku mohon melalui UPU, dan ini merupakan pilihan keduaku. Syukur .. Alhamdullilah ,sangat bersyukur pada masa itu kerana doaku telah dikabulkan. Namun pada masa yang sama, timbul dilema dalam diri aku sama ada untuk memilih IMU ataupun Uitm Palam.




Aku cuba melakukan research melalui internet, membaca reviews dan pengalaman pelajar yang terdahulu. Aku dapati kedua-duanya mempunyai kelebihannya tersendiri.Aku cuba dapatkan pendapat ibu bapaku, dan mereka berpendapat bahawa aku patut memilih Uitm. Kerana pada masa itu, tinggal lebih kurang 3 atau 4 hari kalau tak salah, untuk mendaftar biasiswa Yayasan Peneraju.. walhal segala preparations untuk Uitm telah pun selesai. Jadi ibu bapaku sarankan untuk mengambil Uitm kerana ianya mengambil masa yang lama pula untuk menyiapkan dokumen-dokumen bagi biasiswa Yayasan Peneraju memandangkan masa tinggal lagi beberapa hari sahaja unuk mendaftar.



Aku ketika itu masih tidak berpuas hati, kerana bagiku biasiswa IMU merupakan yang tebaik kerana aku ditanggung 100% ,tidak perlu keluarkan apa-apa wang pun! Aku cuba mendapatkan nasihat guru-guru sekolah aku di SMK RAJA MAHADI.,dan mereka pula berpendapat aku patut mengambil biasiswa Yayasan Peneraju. Memang ketika itu naik kusut fikiran, sampai nangis juga... tapi tak ada lah teruk sangat nangis tu. So aku cuba buat solat Istikharah, setiap solat aku berdoa supaya Allah tunjukkan jalan untuk memilih yang terbaik.



Tup-tup, pada hari itu, pihak Yayasan Peneraju menelefon aku untuk menghantar jawapan ,sama ada bersetuju ataupun tidak menerusi Email dan tarikh akhirnya adalah esok. Lagi  kelam-kabut aku masa tu, tak tahu nak pilih mana.


Tiba-tiba hatiku terdetik, aku rasa seperti patut memilih Uitm, tapi aku tak tahu kenapa, hatiku rasa macam berat nak pilih IMU.Mungkin Allah memberi petunjuk kepada aku melalui perasaan yang tidak dapat nak explain. Pada masa yang sama, aku berasa ragu-ragu sama ada aku berminat dalam bidang Pharmacy atau tidak... aku sebenarnya memang berminat untuk sambung dalam bidang Sciences tetapi masih belum decide lagi yang mana betul-betul minat. Yelah takut juga, kalau belajar dekat IMU, tiba-tiba minat aku bertukar, dah lah coarsenya fix untuk peringkat ijazah! Jadi aku mengambil keputusan untuk menerima tawaran Uitm....


Seperti yang ayahku cakap, belajar dekat mana-mana sama sahaja, yang penting niat kita dalam menuntut ilmu , yang penting belajar kerana Allah, dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.. rezeki itu ada dimana-mana, kita harus yakin. Dengan kata-kata semangat inilah membuatkan hati aku lebih tenang dan yakin di mana sahaja aku belajar ,pasti aku boleh buat! Insya-Allah...






Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.