©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Siapa Meghan Trainor? Apa itu JOOX?

                             








Okay to be honest , mula-mula memang tak kenal siapa dia ni ... tak pernah tengok pun dia, cuma lagu dia first yang pernah dengar tajuk " All About That Bass" , memang berkumandang kat corong-corong radio, iklan TV .. tapi tak pernah ambil tahu siapa penyanyinya. Kurang minat sikit dengan lagu tu sebab dengar macam orang lama... macam old people.. not my class hahaha... untuk makluman saya cuma akan cari tahu artis tu kalau lagu diorang tu best bagi aku. So lagu tu memang tak minat... Kalau nak tahu siapa itu Megan Trainor (click here)


Sampai satu hari... tengah bosan masa tu.. so cubalah try buka youtube search lagu-lagu best.. jari ni pun tak tersengaja taip " song that reach 1 billion viewer"( tak tersengaja sangatlah) ...masa tengok list lagu-lagu yang reach 1 billion... tup tup.. terperasan si Meghan Trainor ni, lagu "All About That Bass" .Terkejut juga.. selama ni tak pernah dengar pun tentang dia ni.. so cuba lah watch lagu dia ni. As I expected, I already listened to this song. But pelik, macam mana lagu macam ni boleh sampai 1 billion. "mesti album dia best"... so bawah ni ada disertakan video lagu tu untuk siapa yang tak pernah dengar..



                                          



Punyalah berusaha cari album dia melalui salah satu aplikasi android iaitu JOOX.. untuk makluman JOOX ni sama macam SPOTIFY .. sama je.. tapi lebih suka dengan JOOX sebab aplikasi ni menawarkan pakej VIP secara percuma kepada pengguna apps ini selama 1 bulan lebih ,kalau tak salah.. menarikkan!!!  Jadi ini memberi peluang kepada pengguna untuk explore penggunaan apps JOOX ini selama tempoh percuma yang diberi... tapi bukan semua lagu dalam kategori VIP, so tanpa VIP pun boleh dengar....  kalau nak download apps ini (click here)



 so ni gambar screenshort daripada phone




Cuba tengok expiration date dalam gambar tu... 6/11/2015.. lama kan! Apps ini baru sahaja download bulan lepas, so banyak masa boleh kita guna untuk explore apps ni, untuk sesiapa yang tak tahu, dengan VIP kita boleh dengar lagu secara offline melalui apps ni... semestinya ianya perlu di download dahulu dengan internet melalui apps ni.. then baru boleh dengar offline, jadi apps ini memudahkan kita untuk download lagu dengan hanya satu click, lagi satu kita boleh tambah tempoh VIP melalui cara seperti gambar di bawah tu..







Selain itu yang menarik nya apps ni... ianya terdapat pelbagai jenis genre, artis dan bahasa yang di susun dalam setiap kategori yang memudahkan pengguna untuk cari dan download.. dan apps ni juga akan update lagu-lagu yang popular mengikut ranking melalui kekerapan lagu tersebut dimainkan pada setiap hari.. lagu English, Melayu, Kpop, Jpop,Chinese dan semua bahasa ada..!!! Selepas kita download juga.. kita boleh menyusun lagu tersebut dalam folder yang kita boleh tetapkan megikut kesesuaian kita...



                 

                 
                     
                 




So dekat atas ni aku ada screenshort beberapa gambar interior of the apps... nampak tersusun dan menarikkan, selain lagu, kita juga boleh search video lagu melalui apps ini, mudah bukan? Tambah lagi kita boleh tukar theme interior apps ni mengikut kegemaran kita!!! Satu lagi yang menarik tentang apps ni adalah ianya disertakan sekali lirik lagu apabila lagu dimainkan.. ala-ala macam karaoke lah.. so senang kita nak join menyanyi, tak payah susah-susah nak cari lirik kat google search!!! Tambahan lagi, aplikasi ini juga disertakan dengan video, jadi setiap video lagu baru akan di update! 






Okay berbalik kepada Meghan Trainor, memang jumpa album dia , bertajuk 'Title', memang download satu album lagu dia,  you know what.. I LOVE THE ALBUM... almost all songs! antaranya lagu menjadi kegemaranku adalah Title, Mr. AlmostNo Good For YouMy Selfish Heart dan 3am.  Memang best lagu-lagu ni.. catchy dan mudah untuk diingati. Tapi tak rugilah dengar lagu-lagu dia ni.. memang best! So korang try lah download album tu melalui JOOX... atau tak pun click dekat nama songs tersebut... akan terus link ke youtube. Mungkin ada yang suka dan tak suka.. it's up to your opinion, aku pun mula-mula bukan suka, tapi lepas dah dengar lagu ni.. terus minat.




       LIST SONGS:


    1.            "TheBest Part (Interlude)" 
    2.            "All About That Bass"    
    3.            "Dear Future Husband"                
    4.            "CloseYour Eyes"           
    5.            "3am" 
    6.            "LikeI'm Gonna Lose You"                                     (featuring John Legend)        
    7.            "BangDem Sticks"          
    8.            "Walkashame"                 
    9.            "Title" 
  10.            "WhatIf I"          
  11.            "Lips Are Movin"
  12.            "No Good For You"
  13.            "Mr. Almost"
  14.            "My Selfish Heart"       
  15.            "Credit" 




Okay.. see you in the next entry, thanks for reading!!!!






Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.