©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Tips Belajar Sambil Release Tension



Assalammualaikum..


Entry pada kali ini , aku nak kongsikan tips-tips atau lebih kurang macam cara belajar yang aku  amalkan. Memang setiap orang mempunyai cara belajar yang berbeza, setiap orang lain caranya. Mungkin cara belajar ni dapatlah sedikit sebanyak membantu pelajar-pelajar di luar untuk mengatasi masalah cepat bosan untuk belajar atau mengulangkaji pelajaran.



1) Short Notes

Pernah dengar tak tentang Tony Buzan, kalau sesiapa yang tak pernah tahu siapa Tony Buzan ni, beliau ini seorang Mind Mapping Inventor...kalau nak tahu lebih lanjut (click sini). Memang selama ini ,kalau nak buat short notes, mesti aku guna style Tony Buzan, kerana style dia lebih agak simple, tak perlu guna banyak perkataan dan lagi satu ianya teratur dan tersusun .. jadi senang baca.

Apa yang anda perlu sediakan :

  • A4 paper ataupun Buku
  • Magic Colour                            


Tentang Mind Maps Tony Buzan ini, apa yang penting adalah warna dan gambar. Ini kerana minda kita ini lebih cenderung untuk mengingati warna dan grafik yang menarik. Kalau asyik hitam , biru je.. memang bosan ,lagi-lagi tak ada gambar. Lagi satu, isi yang kita masukkan juga perlulah ringkas tapi padat. Kalau rajin, gunalah pelbagai warna dan grafik... tapi kalau malas atleast gunakan 3 colour!




CONTOH MIND MAPS HASIL KERJA KU:







 Teknik Mind Maps Tony Buzan ni menggunakan cara macam sungai. Setiap cabang dapat di pecahkan kepada banyak cabang. Kalau korang tengok contoh kat atas tu macam berserabut je kan, tapi percayalah cuma si pembuatnya sahaja yang akan faham... ikut style masing masing nak guna 2 3 colour pun boleh ( kalau malas la)....






Nampak macam banyak kerja dan buang masa? Sebenarnya salah sama sekali.. sebenarnya ini adalah salah satu cara belajar  yang memudahkan kita mengingat, sebab semasa kita buat mind maps ini kita secara tidak lansung akan membaca ... selain itu kita juga akan menggunakkan otak kita ,berfikir untuk membina dan menyusun ayat supaya sesuai dan muat dalam Mind Map yang dibuat. Mudah bukan! Buat nota ringkas sambil berseni.. at least kita dapat kurangkan stress.. lukis gambar-gambar yang menarik dan kelakar.. tup tup apa kita tulis tu terus masuk dalam kepala! Jangan lupa masukkan unsur-unsur kelakar dan cuba create akronim yang menarik.. contoh gambar kat atas.. CEO. ( stand for  Chulan, Eunos dan Onn).





Tapi kalau tajuk tu panjang, boleh lah buat nota dalam  bentuk table atau flow ( step by step) , kalau rajin gunalah pelbagai warna dan gambar. Seperti yang diberitahu tadi, at least 2 or 3 colour!


2) Soalan





 Ini juga salah satu cara belajar yang effective, setelah kita selesai belajar satu bab, cuba tulis soalan berdasarkan apa yang kita telah belajar dan pastikan kita ambil yang penting sahaja. Boleh tengok buku, tapi seperti apa yang my friend bagitahu, kalau boleh tulis apa yang kita ingat ( tanpa rujuk buku) ,tengok sama ada kita boleh ingat atau tidak.. soalan tersebut kemudian kita jadikan daam bentuk kad dan staple kan satu bab! Lepas dua tiga hari review balik soalan tu... so kalau review selalu senang lah nak ingat. Kalau nak lebih best, ajaklah kawan sekali sama-sama soal-menyoal.. jadi sama-sama tahu!



Sebenarnya ni kawan aku yang ajar cara-cara ni.. THANK YOU SANGAT TANESH! sebab bantuan dialah aku mampu untuk sentiasa berusaha dan menjadi lebih positif! Dia selalu ajar perkara-perkara yang positif... sejak berkawan dengan dia ,aku berusaha menghindari perkataan "TAK BOLEH", sebab perkataan ni yang menjatuhkan kita! Kita cuma perlu percaya MANUSIA boleh lakukan perkara di luar jangkaan kita. so ALWAYS BELIEVE IN YOU!
Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.