©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Tips-Tips Memohon Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi 2015 (Part 2)







Hii guys.... bertemu kembali, ini adalah sambungan kepada entry sebelum ini. Click (PART 1) untuk baca entry sebelumnya



Semasa taklimat. Setelah memberi penjelasan tentang Yayasan Peneraju, mereka kemudiannya menerangkan kos-kos yang ditawarkan untuk menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Memang banyak kos yang disediakan , abang tak ingat kesemuanya sebab abang cuma fokus kepada bidang sains sahaja semasa mereka tunjukkan slide tu. Tapi yang sedihnya mereka tidak menawarkan kos perubatan, abang memang impikan nak ambil kos tersebut.. kata mereka ,pihak Yayasan Peneraju masih belum menawarkan kos perubatan, mungkin sebab kos tanggungannya yang agak tinggi.. maklumlah pelajar-pelajar akan dihantar belajar ke Universiti swasta, jadi kos nya mungkin agak tinggi. Ehh.. jangan pandang sebelah mata ya universiti swasta ni.. apa yang abang tengok senarai universiti yang ditawarkan semasa slide tu, semuanya bertaraf antarabangsa( sesetengahnya) dan yang paling penting universiti tersebut semuanya diiktiraf oleh kerajaan!!! Cuma selepas tamat pengajian, kita harus mencari sendiri pekerjaan dan ini tidak dibantu oleh pihak Yayasan Peneraju, Seperti syarat yang ditetapkan, kita harus berkhidmat di mana-mana organisasi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat awam atau swasta yang berdaftar di Malaysia sebaik sahaja menyempurnakan pengajian dan tempoh pengajian tertakluk kepada jumlah pembiayaan.


Biasiswa Yayasan Peneraju
Ini Bon Perkhidmatan




Seperti apa yang diterangkan semasa taklimat, selepas kita tamat pengajian , kita masih akan dipantau oleh pihak Yayasan Peneraju dimana kita harus menghantar progress perkembangan kita setiap beberapa bulan.. tak silap lah. Ini menunjukkan betapa mereka mengambil berat kepada anak bumiputera, mereka nak tahu sama ada kita sudah mendapat kerja atau tidak, berapa gaji bulanan kita. Mungkin mereka akan membantu kita untuk mendapatkan kerja jika kita masih menganggur selepas tamat pengajian. Memang bertuah kalau dapat biasiswa ni, cuma itulah, kita harus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat tajaan penuh.



Okay berbalik kepada kos yang ditawarkan, selepas ketiadaan kos perubatan terpaksalah memilih kos lain.. dan abang masa tu tertarik dengan kos sains kesihatan yang ditawarkan. Dibawah kos tersebut ada 3 cabang yang lain iaitu pharmacy, pharmaceutical chemistry dan lagi satu tak ingat.Hehe... sebenarnya abang pilih yang dua tu masa isi borang , pilihan pertama pharmaceutical chemistry yang kedua pharmacy. Abang tak tahu apa pharmaceutical chemistry hahaha... abang tulis je sebab ada nama chemistry kat belakang tu.. (abang minat chemistry). Tapi antara 2 pilihan tu, yang abang tengok jumlah kos pembiayaan pharmacy lebih tinggi daripada pharmaceutical chemistry.




Selepas mengisi borang yang disediakan, tiba masanya untuk menduduki ujian bertulis!!! Whattttt.... jangan terkejut. Sebelum ditemuduga kita akan menduduki ujian bertulis iaitu ujian personaliti dan esei dalam bahasa english.. tajuk nya masa tu " WHAT LIFE MEANS TO YOU" and it must be more than 120 words ...!  Apa yang menariknya.. exam ini tak ada limit masa.. !! Ambillah masa adik-adik untuk buat esei tu dengan sebaik mungkin. Menurut mereka, tujuan esei English itu adalah untuk memilih pelajar yang mampu untuk memahami bahasa english dan menulisnya.. kerana pembelajaran semasa pengajian adalah 100% english ( mengikut bidang dan subjek). Mereka juga memberitahu mereka takut pelajar tidak mampu catch up dengan pembelajaran kerana kurang memahami english. Jadi menerusi esei ini mereka akan memilih pelajar yang sudah mempunyai basic dalam english.Selepas itu, pelajar yang terpilih akan mengikuti Bridging Programme ( Program Pembangunan Pelajar) dimana mereka akan menajamkan kemahiran pelajar dalam bahasa english.




Jadi sesiapa yang telah siap menjawab ujian bertulis tersebut .. kita boleh terus pergi menemui salah satu facilitator untuk ditemuduga. Di hadapan pentas tersebut telah tersedia barisan meja yang setiap meja diisi oleh 2 orang facilitator. Jadi satu facilitator akan menemuduga seorang peserta.Terdapat banyak facilitator ,yelah jumah peserta pun ramaikan.. so ramai penemuduga diperlukan.. cuma tinggal pilih je.. siapa cepat dia dapatlah facilitator okay.. ikut nasib la ya.  Abang masa tu berusaha bersungguh-sungguh menulis esei tu sampai peserta sebelah abang tegur abang .. dia cakap " tak payah panjang sangat"... abang rasa mungkin dia rasa intimidated kut sebab abang tulis panjang dari dia. Nasihat abang.. tulis sahaja apa yang adik fikir, relate dengan kisah hidup adik yang sesuai... 




Masa tengah tunggu giliran ... rasa cuak juga kut, sebab abang tengok sesi temuduga tu dijalankan dalam bahasa english.. rasa gementar pun ada.. sebab abang tulis boleh lah.. kalau cakap , takut tergagap-gagap. Masa tu abang cuba berfikiran positif dan yakin pada diri yang abang boleh buat!!

Selepas ada kerusi yang kosong... abang cepat cepat pergi.. yelah cepat buat, cepat lah habis kan!
So penemuduga abang tu seorang lelaki.... nasib baiklah penemuduga abang ini sangat mesra dan ramah. Hilang sikit rasa gementar ... Adik-adik jangan risau kerana kesemua penemuduga ni akan sentiasa membantu adik-adik.. so chill!!




Selepas menyerah borang dan jawapan exam tadi.. facilitator tadi berbual sebentar dengan abang.. dia tanya asal mana, sekolah apa... and etc.... sebelum sesi temuduga bermula, dia memberitahu bahawa ketika sesi temuduga abang harus bercakap dalam bahasa english. Rasa gementar juga... 

Antara soalan yang abang ingat yang ditanya.. what are your weakness and strength, what are your biggest achievements , and many more....   so abang cakaplah apa yang terlintas kat fikiran .... abang cakaplah yang abang tak sangka abang tak sangka dapat physic A+ sebab abang tak pernah dapat sebegitu sebelum ni... lepastu abang cakaplah yang abang minat bidang sains sampai tak dapat decide mana yang yang abang betul-betul minat... sebab semuanya related....  tapi abang cakap juga yang abang minat bidang chemistry sebab tu pilih pharmaceutical chemistry dan pharmacy. Lepas tu dia tengok abang punya esei... yang abang ingat dia cakap " You make a lot of effort writing"... mungkin sebab panjang kut... but bunyi intonasi dia tu macam bagi compliment. so happy jugak lahh..



sepanjang sesi temuduga tu berjalan dengan lancar sampai abang nangis-nangis ceritakan pengalaman yang abang lalui selama ni... sebab facilitator tu cakap just express your feelings... sebab tu lah abang cerita sampai menangis-nangis.... malu jugak lah kalau difikirkan balik.. tapi memang tak dapat dielakkan. So nasihat abang be honest dan jawab sahaja apa yang ditanya...  hehehe... sebelum abang nak pergi tu , facilitator tu siap bagi abang tisu lap air mata , hingus meleleh ... hahahahahaha.. itu pengalaman yang abang rasa tak dapat dilupakan... abang tengok ada je orang yang menangis jugakkk.... hehe.. so jangan takut nak express feelings semasa temuduga, tapi kena bersesuaian dengan soalan yang di tanya lah yaaaa....





So selepas habis temuduga tu....  kita dibenarkan terus untuk pulang..   ohh satu lagi,,  tentang makanan jangan risau.. pihak Yayasan Peneraju akan menyediakannya.... makanan dia pun ala-ala hotel pulak tu.. kelas kauuuuu....   so adik-adik jangan lepaskan peluang memohon biasiswa ni... at least ianya dapat dijadikan pengalaman buat adik-adik untuk mengetahui bagaimana process temuduga itu dijalankan... jadi kita boleh memperbaiki kelemahan kita untuk menjadi lebih bagus pada masa hadapan.


Semua perkara yang abang tulis ni adalah berdasarkan apa yang abang lalui ... segala perubahan tertakluk kepada pihak Yayasan Peneraju...  




Okay... di entry seterusnya abang akan bagi tahu resultnya....! Click (PART 3) kalau nak tahu result tu..







Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.