©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Trend Lelaki Rambut Bersanggul? Top 10 Artist With Hair Bun


Lelaki bersanggul? Memang pelik dengarkan... tetapi ini hakikatnya, style begini semakin menjadi trend di khalayak lelaki zaman sekarang , mungkin sebab gaya sebegini menjadikan seseorang lelaki itu nampak lebih maskulin, matang dan nampak bersahaja. Memang aku setuju, lelaki berpenampilan dengan hair style ini nampak lebih cool. Tapi bukan semua lelaki sesuai dengan style begini!


Namun kalau kita lihat di Malaysia, style sebegini masih kurang popular bagi golongan lelaki. Mereka mungkin merasakan gaya ini agak feminine dan takut dilabelkan sebagai lelaki jambu atau tidak pun, gaya sebegini selalu dikaitkan dengan lelaki rock.Contoh nya seperti Awie, vokalis kumpulan Wings. Betul ke? Mungkin sesetengah lelaki di Malaysia gemar mengenakan gaya seperti ini, namun mereka mungkin dipandang serong oleh masyarakat Malaysia yang beranggapan mereka selekeh dan tidak tahu menjaga imej!


Tapi kalau kita lihat, bersanggul bagi lelaki kini menjadi trend yang popular di kalangan lelaki barat. Memang tidak dinafikan, style rambut begini memang kena dengan imej mereka ditambah pula dengan warna rambut semulajadi mereka seperti blonde, brown menambahkan lagi keunikkan style yang digayakan. Kalau nak dibandingkan orang Malaysia, rambut satu colour je.. kalau ada pun tiruan. Memang kita tahu, style dari barat memang selalu menjadi ikutan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi jika ianya digayakan artis-artis Hollywood yang terkenal! So mari kita lihat artis-artis lelaki yang mengayakan style sebegini...  hehehe, sebenarnya idea ni dapat daripada berita NTV7 ...



TOP 10 STYLE SANGGUL ARTIS LELAKI HOLLYWOOD


1) Chris Hemsworth


Hero watak Thor nampak lebih manly menggayakan style sebegini

2) Orlando Bloom
 Siapa tak kenal artis yang membintangi movie Pirates Of The Carribbean ini, memang dari dahulu style begini menjadi pilihan artis ini!

3) Zayn Malik
 Zayn Malik suatu ketika dahulu merupakan ahli One Direction kelihatan lebih mature jika nak dibandingkan ketika dia masih menjadi ahli One Direction.


4) Harry Style
 Harry Style , leader kepada kumpulan One Direction memang sejak dahulu lagi memliki rambut yang panjang... jadi style sebegini sudah lali di mata peminatnya.

5) David Beckham

 Siapa tidak kenal pemain bola sepak terkenal ini... mungkin disebabkan beliau style ini menjadi popular!

6) Leonardo Dicaprio

 Pelakon movie terkenal Titanic, masih kelihatan segak walaupun umurnya sudah menjangkau 40.

7) Avan Jogia

 Bagi siapa yang tak kenal, dia ni merupakan pelakon dalam sitcom terkenal Victorious! Memang minat tengok cerita ni!! dekat nickelodeon masa dulu!

8) Brad Pitt


 Pelakon terkenal yang juga bekas suami kepada Angelina Jolie turut menggayakan style rambut ini!

9) Bradly Copper

 Memang minat tengok lakonan dia, lagi-lagi dalam movie 'I Want To Marry Ryan Banks"

10) Jared Leto


Pelakon yang agak terkenal ... (tak pernah tengok pun movie dia) turut mengenakan style tersebut.



Kebiasaannya lelaki yang menggayakan rambut seperti ini turut menggayakannya sekali dengan jambang... tetapi bukan semuanya sesuai dengan gaya seperti ini. Ikut kesesuian masing-masing. Lag satu, kalau menggayakan rambut ini, ikatan nya haruslah kelihatan berserabut dan tidaklah kemas. Kalau tak nampak macam penari ballet ..hahaha



Tutorial menggayakan rambut ini pun ada juga!!







Lain orang lain citarasa, tapi rasanya style rambut ni juga agak menarik untuk dicuba... 
Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.