-->
©ChumChumLee. Dikuasakan oleh Blogger.
Welcome To My Blog

Pengalaman Di Pusat Asasi Uitm Kampus Dengkil (Part 1)

#disclaimer: Post ini ditulis pada tahun 2016, dan yang pertama menulis tentang UiTM Dengkil. Jadi sepanjang beberapa tahun ini, mungkin ada beberapa perubahan berlaku. Jadi tak semestinya semuanya ada ya 🤣


Sejak dah start sambung semester 2 ni, dah sibuk sampai tak sempat nak update blog. Rasa rindu nak menulis (perasan-padahal baru je buat blog ni, tak sampai 2 bulan baru haha). Untuk pengetahuan semua, aku sekarang sedang menuntut di Uitm Dengkil dalam Asasi Sains masuk semester 2. Sebelum berpindah ke Uitm Dengkil ni, pelajar Asasi Sains ditempatkan di Uitm Puncak Alam, kiranya sekarang ni pelajar asasi dah ada tempat sendiri, tak adalah nak bercampur dengan pelajar Degree dan Diploma. Untuk sesiapa yang tak tahu lagi, Uitm Dengkil dibina khas untuk penempatan pelajar asasi sahaja. Jadi semua pelajar asasi Sains, Kejuruteraan, Law dan Tesl semuanya ditempatkan disini.


Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil
Kampus Uitm Dengkil yang baru dibuka pada tahun 2015.



Entrance Uitm Dengkil


Okay, nak dipendekkan cerita, semasa mendapat tawaran masuk Asasi Sains Uitm ni, memang telah dinyatakan dalam surat tawaran tersebut dimana Kampus Uitm Puncak Alam adalah penempatan sementara, jadi semester 2 baru seluruh pelajar asasi dipindahkan ke penempatan tetap iaitu Uitm Dengkil. Rasa happy sebab dapat merasmikan tempat ni dulu hahaha, kepada pelajar akan datang selamat merasai bekas kami hahhaa (gurau je)

11 Disember hari tu masuk ...


Jadi apa yang menariknya Uitm Dengkil ni? Basically, Uitm Dengkil ni baru saja dibuka tahun 2016 (lebih kurang hujung tahun 2015), jadi memang adat ada kekurangannya dari sudut kemudahan yang disediakan jika nak dibandingkan dengan kampus lama. Masa mula mula masuk tu memang menderita sebab kedai kurang, kedai runcit tak ada, mesin ATM tak ada tapi lebih kurang sebulan tinggal dekat sini, kemudahan semua tu telah pun dibina jadi jangan risau bagi pelajar yang akan sambung nanti.



KOLEJ PENEMPATAN



Penempatan pelajar terbahagi kepada dua iaitu Kolej Tualang 1,2,3 untuk pelajar lelaki dan Kolej Dahlia 1,2,3 untuk pelajar perempuan. Kaum Hawa memang majoriti dekat sini, lagi lagi bagi siapa yang masuk Asasi Sains, memang ketara jumlahnya... 75% adalah perempuan. Tapi Asasi Kejuruteraan sebaliknya.. lelaki majoriti.


Kolej kediaman lelaki Uitm Dengkil
Ini adalah kolej kediaman aku, terletak agak terpencil kebelakang


Depan my building ada tempat main sepak takraw dan hujung sana sikit ada padang besar

Kolej Tualang 2



Kolej kediaman lelaki Uitm Dengkil
Kolej Tualang 1

Kolej kediaman perempuan Uitm Dengkil
Kolej Dahlia, yang bestnya kolej ni sangatlah dekat dengan entrance jadi nak keluar senang, tak macam lelaki, kena jalan jauh sikit

Nampak Kolej Dahlia 1 dan 2.. yang lain kat dalam kut...  maklumlah, lelaki mana boleh masuk

Entrance masuk Kolej Dahlia

So kalau nak tahu, Kolej Dahlia ni dekat dengan kemudahan ( kalau lelaki jauh sikit).. macam Pusat Islam a.k.a Surau, Pusat Kesihatan, Anjung atau kita panggil Kantin , Entrance dan Bangunan Pentadbiran.

Meja study semua dekat luar...

Ada rak buku.. kalau nak compare kampus lama.. tak ada

Sedih.. bilik kecik kalau nak compare kampus lama... tapi almari dia besar... tapi untung siapa yang dapat duduk bilik ni sorang sorang.. macam aku.. hahaha ( Serve For Only Me sebab roommate lama berhenti)
Dapat guna dua-dua closet...

In my opinion, memang bagus letak meja belajar dekat luar sebab tak menganggu roommate yang nak tidur, dan satu lagi, dapat merapatkan ukhwah silarulrahim sesama housemate, kalau dekat Puncak Alam, semua orang buat hal sendiri macam tak selalu berkomunikasi, tapi sekarang dah lain.. kalau nak tanya soalan ke, nak belajar sesama pun senang sebab meja dekat!



Jangan risau, disini juga ada disediakan mesin basuh bagi setiap bangunan kediaman pelajar di aras 1.
Mesin basuh mula-mula dipasang di kediaman pelajar perempuan iaitu Dahlia 1 kalau tak silap. Tak lama kemudian dipasang pula dekat bangunan lelaki, tetapi yang peliknya, mesin basuh di bangunan pelajar lelaki tidak dikenakan sebarang bayaran pun pada masa tu, hanya pelajar perempuan yang dikenakan bayaran. (Nampak sangat pelajar perempuan suka membazir air, basuh setiap hari) kalau pelajar lelaki tunggu baju penuh baru basuh... hahaha, gurau je...  jangan marah, tetapi hakikatnya memang begitu , mesin basuh adalah percuma bagi pelajar lelaki PADA MASA ITU SAHAJA!

Tapi 2 minggu terakhir ,sebelum tamatnya asasi, pihak uitm telah mula mengenakan charge bagi setiap cucian bagi mesin basuh pelajar lelaki (nasib baik dah nak habis semester!!) so pelajar Asasi akan datang semestinya dikenakan bayaran!

ANJUNG DENGKIL




Okay, anjung inilah merupakan tempat tumpuan pelajar dan paling bestnya anjung ni, ada disediakan kedai yang tak ada dekat tempat lama.. contoh macam kedai Bakeri, Salon, Cafe dan Butik. Rasanya Uitm Dengkil yang ada Butik dan Bakeri kut.. hahaha...  okay kita start dengan aras 1.. kalau nak tahu dekat sini ground level dipanggil aras 1... kalau tingkat 1 baru dipanggil aras 2... kkk


ARAS 1

Okay Aras 1 ni semuanya terletak kedai menjual makanan dan air... dont worry makanan dekat sini amatlah sedap dan pelbagai, kena pandai cari kedai yang jual makanan murah!



Meja dan Kerusi amatlah mencukupi untuk semua pelajar... tak macam tempat lama

Engineers cafe adalah satu-satunya kedai menjual pelbagai jenis roti canai... cuma makanan berlauk dia agak mahal compare to other kedai

Cafe Meletop one of my favourite, sebab makanan dia jual tu ala ala western dan berkelas, tak macam kedai lain, chef diorang pun siap pakai uniform lengkap lagi... yang bestnya ada jual spaghetti murah sangat.. RM3.50.. sebenarnya baru je naik dari RM3.00... but anyways recommended
Peringatan.. kalau beli kedai sebelah kiri tu..  panggil akak tu dengan panggilan IBU tau.. nanti tak dapat diskaun nanti.. hahaha.. part diskaun tu gurau je.. tapi memang mak cik kedai tu selalu bahasakan diri dia IBU


You can see the difference between kedai kiri dan kanan...  kedai kanan ramai dengan lelaki sebab makanan berlauk diorang sangatlah murahhhhhhhh kalau nak dibandingkan dengan kedai lain... this is my favourite kedaiii
dan kedai kedua pula dikerumuni perempuan sebab kedai itu dipenuhi abang Sado... gatalnya diorang  eeeuwwww.. kedai tu menjual Ayam Goreng Uncle BOB

Ini apa yang dijual dikedai Putera Puteri, Ayam goreng without bone berharga RM6.00 , Cheese Sausage, RM3.00 memang sedap dan lagi satu Shawarma Chicken Roll, RM 5.00




Ni sebabnya pelanggan diorang ramai dikalangan pelajar perempuan... hahaha gurau je
Pasti setiap pelajar akan menghadapi perkara sebegini...
Memang tidak dinafikan, sejak mula duduk berjauhan daripada keluarga, kita akan mula belajar berdikari...  pengurusan wang saku juga amatlah penting bagi setiap pelajar (takkan sepanjang masa nak bergantung pada ibubapa). Kadang-kadang kita akan rasa malu nak minta duit dekat ayah atau mak, tak tahu kenapa... memang begitu perasaannya. Jadi disebabkan itu, aku sering kali berhati-hati dalam membeli makanan, pastikan makanan yang dibeli murah, pelbagai dan sedap!!! Bila beli makanan tu, mesti akan compare dengan housemate, tanya harga berapa kalau makanan diorang nampak banyak dan sedap (dah macam lumrah disini untuk pertanyaan tersebut).

Aku ada satu habit dimana aku akan boikot satu kedai tu kalau makanan mereka tak berbaloi dengan makanan yang diterima! Kedai yang paling favourite adalah Cafe Meletop...  biasanya ambil nasi, ayam, dan sayur.. baru dapat RM3.50 ,dalam kuantiti banyak kalau nak compare kedai lain! Jadi kena pandai pilih kedai!

ARAS 2


Aras 2 a.k.a tingkat 1 ... dekat sini letaknya cafe, kedai runcit, kedai buku, Mesin Atm, butik, kedai bakeri, kedai Photostat, kedai Komputer dan Salon..


1)Salon

So basically, kedai salon ini adalah untuk lelaki dan juga perempuan, waktu untuk gunting rambut perempuan adalah pada hari Jumaat sahaja! Kedai ni buka setiap hari!

Wow... amazing.. salon yang satu-satunya ada dekat Uitm Dengkil




Jangan risau.. gambar ni diambil masa salon ni mula mula buka, tak ada pekerja lelaki.. tetapi sekarang dah ada pekerja lelaki!




Kelas kau ada tempat basuh dan urutan kepala... tak payah buang duit pergi buat kat luar
Ini keadaan pada hari Jumaat.. khas untuk memotong rambut pelajar perempuan

Inilah yang bestnya dekat sini... untuk kaum hawa yang tak dapat pergi salon , jangan risau, dekat sini ada disediakan mini spa yang sememangnya murah!!!


2) Bakery Shop

My favourite kedai... selalu berkunjung walaupun tak beli hahaha.... saja je nak tengok kek diorang, pernah sekali dapat kek percuma sebab selalu datang so sweet... bayar guna nama je tau.. haha.. dekat sini ada jual pelbagai jenis roti dan kek yang amat sedap.. red velvet, rainbow cake, oreo cake dan macam macam lagi.. tak tahu dekat Uitm lain, tapi rasanya Uitm Dengkil je yang ada Bakery shop kut


Kalau birthday kita, akan dapat diskaun apa apa yang kita beli...

Interior yang amat classic dan modern


Ada menjual air, but tak tahu kenapa sekarang dah tak buat lagi


Boleh tempah kedai ni kalau nak buat Birthday Party!


Sedap roti yang dijual...

Setiap hari kek yang berbeza akan dijual.. 




Kedai ni tak ada signboard


Inilah.. kek percuma tu.. sejak  dapat kek percuma ni, dah kurang datang kedai tu.. sebab malu...


Kek Mini pun ada dijual
3) Kedai Runcit

Ada 2 kedai runcit, satu milik Uitm iaitu Mini Mart dan Satu lagi milik orang luar nama kedai tu D're ala ala Italian masa sebut nama kedai tu....


Mini Mart milik uitm Dengkil, pekerja dia warga asing(ada seorang warganergara Malaysia), but semuanya pandai berbahasa Melayu

Roti yang sentiasa disediakan fresh



Inilah kedai D're

Kedai ni agak kemas dan tersusun kalau nak dibandingkan Mini Mart




Barang untuk memasak pun ada.... macam lah pelajar boleh masak

Interior yang kemas
3)Butik

 Butik ini ada menjual pakaian lelaki dan wanita... ada juga menjual shawl, tudung dengan harga yang berpatutan.. rasanya Uitm Dengkil je kut ada Butik... ye ke?
















Okay jenuh dah meng-upload gambar...

Untuk sambungan part 2 (click here)

6 ulasan

  1. Hello, kalau org luar nak masuk dalam boleh ke? Contohnya nak makan kat dlm tu ke...

    BalasPadam
  2. tumpang tanya.
    saya pelajar lepasan spm
    saya nak tanya kelayakan masuk asasi sains di UiTM kene berapa ?

    BalasPadam
  3. Bro.Pusat islam tu mmg guna waktu solat jumaat ja ka? 5 waktu guna ke x?

    BalasPadam
  4. hai, masok asasi perlu bawak laptop ke? Diperlukan ke time nak buat assignment semua tu?

    BalasPadam
  5. Hey. this was really helpful. Thanks for all the pictures. They helped a lot. Good job.

    BalasPadam
  6. Dkt kolej penempatan tu selain mesin basuh, ada tak disediakan ironing board n iron?

    BalasPadam

Terima kasih membaca