©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Esei Biasiswa Yayasan Peneraju Bumiputera

Salam...



Mengikut statistik blog, abang dapat tahu yang ramai pemohon biasiswa Yayasan Peneraju 2016 mencari esei berkenaan " Sebab Memilih Biasiswa Yayasan Peneraju", tak tahu sama ada adik-adik yang memohon tu perlu menulis dalam bahasa english atau tak, abang tak dapat info pun daripada adik-adik. Cuma yang tahu, memang search keywords yang adik-adik taip dekat google search tu, banyak berkenaan dengan esei tersebut,  ada yang  cari contoh esei, ada yang cari cara nak menulis esei, dan macam-macam lagi dan yang apa abang dapat tahu, esei ini harus disiapkan sebelum hari interview, betulkah? 

Untuk pengetahuan adik-adik, kalau tak salah , tahun sebelum ini termasuk tahun yang abang pergi interview tu( tahun 2015) , memang tiada esei berkenanan " Sebab Memilih Biasiswa Yayasan Peneraju" ini , yang ada esei " What Life Means To You", dan esei ini kami harus buat pada hari interview itu juga. Kami semua masa itu pun tak mengetahui tajuk apa yang bakal disoal. Jadi adik-adik beruntung sebab diberi kelonggaran untuk siapkan di rumah. Tetapi abang tak tahu la pula, kalau akan ada lagi ujian esei pada hari interview tu nanti.


Tips Menulis Esei


  • Be honest! Kita nak memohon biasiswa haruslah jujur barulah dipermudahkan urusan.
  • Tulis esei yang menarik dan unik, ceritakan pengalaman adik-adik bersesuain dengan biasiswa yang adik mohon- masukkan sekali penglibatan kokurikulum atau pertandingan yang pernah adik masuk atau selain daripada itu yang sesuai.
  • Ceritakan juga kelebihan adik-adik yang melayakkan adik untuk mendapatkan biasiswa tersebut, contoh macam skills, berpidato atau kelebihan dalam bentuk sikap seperti tidak mudah putus asa, suka membaca, tetapi adik-adik harus menyatakan contoh sekali, relate dengan pengalaman sekali untuk mengukuhkan lagi statements adik-adik.
  • Tidak lupa juga, sedikit sebanyak ceritakan sikit kelemahan adik, tapi ingat statements yang adik tulis tu haruslah mampu membantu points yang lain, kira macam justified statement sebelum ini.
  • Relate juga tentang sejarah Yayasan Penaju, perkara-perkara berkenaan tentang biasiswa tersebut. Cuba cari pelajar-pelajar terdahulu yang berjaya dengan biasiswa ini, kaitkan kejayaan mereka dengan sebab adik memohon atau contoh yang lain.
  • Tidak lupa juga, latar belakang dan sejarah keluarga adik-adik, perkara yang adik rasa patut dan sesui untuk ditulis. Ceritakan serba sedikit tentang ayah, ibu dan adik beradik yang lain yang dapat dikaitkan sebab adik memohon. Contoh , ayah dan ibu adik-adik orang susah, tak nak bebankan mereka.. lebih kurang macam tu, jangan tiru pula, itu just contoh! Yang pasti tulis perkara yang boleh membuatkan mereka tersentuh.
  • Ceritakan juga serba sedikit bidang yang adik minat untuk ceburi , cuba libatkan dengan isu semasa dan perkara yang bersesuain... yang boleh membuatkan para pembaca tu berminat mengetahui sebab apa adik memilih biasiswa mereka.

Ini adalah beberapa tips yang abang dapat kongsikan, cuba tambah perkara lain yang adik rasa dapat pengukuhkan lagi sebab adik nak biasiswa tersebut, jadikan esei adik itu unik dan berbeza dengan pemohon yang lain. Most important , be yourself semasa menulis esei tersebut dan jujur, Insya-Allah berkat usaha adik-adik, Allah akan mempermudahkan urusan segala urusan adik-adik.

Harap dengan tips yang tak seberapa ini dapat membantu adik-adik.. Yakin Boleh!
Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.