©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Jijiknya! Kenapa Mata Merah Selepas Mandi Kolam?





Kolam renang.. memang tidak asing lagi dunia moden hari ini, rata-rata daripada kita mesti pernah mandi kolam walaupun sekali. Tapi pernah tak kita perasan, dimana mata kita akan berwarna merah jika mandi kolam, lebih-lebih lagi dalam jangka masa yang lama. Mungkin segelintir daripada kita menganggap ianya berpunca daripada klorin, (samalah... saya pun ingat begitu), namun tekaan kita salah!

Menurut Centre of Dissease Control (CDC), seperti kita maklum klorin ini membunuh kuman, cara klorin ini bertindak adalah dengan mengikat segala senyawa sekelilingnya membentuk satu senyawa kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada badan kita. Ramai daripada kita menyangka klorin akan membunuh semua kuman dalam kolam dengan segera. Namun sebenarnya klorin tidak dapat membunuh kuman dengan serta-merta.

Bawah ini contoh bagaimana klorin bertindak dimana ianya akan mencengkam kotoran. Siapa yang belajar sains mesti tahu serba sedikit tentang ini.. masa spm ada..


Jadi kalau nak tahu punca sebenarnya mata kita merah adalah disebabkan kencing perenang lain. Arghhhhh... terkejut kau baca statement tu, dahlah siap kadang-kadang termasuk mulut air kolam tu, eeeuwwwww. Sebenarnya kita selama ini berkubang di dalam najis urin. Kolam tersebut bukan sahaja dicemari air kencing , malah tahi, peluh dan kotoran badan.




Jadi kotoran semua itulah akan react dengan klorin membentuk satu bahan kimia dipanggil 'chloramine' yang menyebabkan mata kita merah. Lagi satu, bau klorin dalam kolam bukan seperti apa yang kita fikirkan, sebab kolam yang sihat tidaak berbau seperti bahan kimia. Aroma yang kita hidu itu sebenarnya aroma daripada pencampuran segala kotoran manusia termasuk kencing, tahi dan peluh. Dikatakan kalau lebih kuat bau klorin dalam kolam, maka lebih banyaklah kandungan kencing di dalamnya. Eeeee, nak mandi lagi ke lepas ni?


Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.