©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Pusat Asasi Uitm Dengkil Selangor Part 2

SAMBUNGAN Uitm Dengkil , untuk baca Part 1 (Click Here)


Antara kedai lain selain yang dibincangkan di entry sebelum ini yang ada di aras 1 Anjung Dengkil ini:-


4) Cafe

Cafe ini juga salah satu tempat hotspot para pelajar dan juga lecturer, cafe ini terkenal dengan minumannya, antara yang dijual adalah juice dan pelbagai jenis coffee ( bukan macam starbuck ya, tak adanya) Tapi most macam cappucinno. latte tu adalah. Selain minuman kedai ini juga menjual waffle, sandwitch dan mushroom soup! Tambahan lagi, kedai ini popular di kalangan pelajar sebab kedai ini ada menyediakan televisyen , setiap hari akan dipasang movie yang best-best!


Bersebelahan dengan kedai Bakeri


Interior yang amat cantik dan bersih


Kadang-kadang kalau ada gap, selalu duduk sini tengok movie






5) Kedai Komputer

Kedai ini menjual segala peralatan komputer seperti printer,ink,pendrive,hard drive dan pelbagai lagi, rasanya ada juga menyediakan perkhidmatan membaiki laptop. Selain itu, ada juga disediakan perkhidmatan printing dan juga ada menjual kad sim. Kalau ada jual kad sim, tentunya ada menjual Topup kan.








6) Kedai Printing

Kedai ni nampak simple sahaja, tetapi menyediakan perkhidmatan untuk photostat dalam jumlah yang banyak. Bagi students, memang nota lecturer amatlah penting semasa kuliah, jadi setiap kelas akan menghantar wakil untuk photostat nota untuk satu kelas, tak adalah setiap orang serbu...



Kedai ni juga ada perkhidmatan "Lost and Found"


7) Kedai Buku

Malangnya masih belum dibuka lagi, tak tahu bila akan start buka..


Buat sementara ni, kedai menjual buku terletak di aras bawah..



8) Mesin ATM

Satu-satunya mesin ATM di dalam Kampus, tapi jangan risau, setakat ini tak ada sesak sangat.. kena pandai pilih masa.

9)Surau


Selain itu, dekat Anjung ni juga teletaknya Pejabat Polis Bantuan




Terkejut kau... tiba-tiba disergah pak cik ni.. hahaha, sempat dia tanya "ya ada apa"

Okay penat cerita tentang Anjung, jom tengok pula tempat belajar...

So basically terdapat 3 bangunan disediakan untuk pelajar untuk menjalankan sesi pembelajaran.
Bangunan Dinamik, Etika dan Progresif




Nama pun tempat baru, jadi semuanya baru. Bangunan pun dekat dengan kolej kediaman, tak macam dekat Puncak Alam dulu.. jauh, kadang kadang terpaksa naik bas sebab tak nak naik tangga ala ala Batu Caves tu.. hahaha

Setiap bangunan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pembelajaran...



BANGUNAN DINAMIK


Seperti biasa, setiap bangunan ada banyak kelas untuk kuliah, tapi dekat bangunan Dinamik ini sahaja terletaknya Dewan Kuliah, untuk kegunaan pelajar Tesl dan Law je kut.... pelajar Sains dan Enjin biasanya dapat rasa Dewan ni kalau ada kelas ganti.. tak ingat ada berapa dewan, tapi dewan dekat sini memang lawa ...


sumber http://yeorinbaramdo.blogspot.my/2015/12/view-in-uitm-dengkil.html
Tak sempat tangkap gambar
Tapi syukur sangat Semester 2 ni tak dapat Dewan Kuliah, nasib baik kuliah dijalankan di kelas biasa... sebab kalau Dewan Kuliah ,kita akan cepat mengantuk sebab kerusi empuk kut... tapi berbeza dengan kelas biasa, kita lebih dekat dengan lecturer, tak mudah mengantuk dan paling penting mudah fokus, This is based from my experience la, lain orang lain pendapat.

Selain itu, Bangunan Dinamik juga bersambung dengan Bangunan Pentadbiran.



Bangunan Pentadbiran ini terletaknya Pejabat Bendahari, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan juga bilik Pensyarah..




Kalau ada sebarang masalah boleh rujuk dekat Hal Ehwal Pelajar

Kalau barang post perlu diambil di Bahagian Hal Ehwal ni..


Di hadapan Bangunan Pentadbiran...  ada sebuah gelanggang futsal dan tennis juga di hadapan bangunan Dahlia
Pasti ramai tertanya, dalam gambar tu tasik ke... sebenarnya bersebelahan Uitm Dengkil ini adalah bekas lombong...
View dari belakang Bangunan Pentadbiran... kita boleh nampak Bangunan Progresif, Bangunan Tualang


BANGUNAN ETIKA


Kalau dekat Bangunan Etika selain kelas kuliah, bangunan ini juga terletaknya Makmal Biologi, Fizik dan juga Kimia, tidak dilupa juga Makmal Komputer.





Sememangnya selesa , cuma makmal di Puncak Alam lebih besar berbanding Dengkil...



BANGUNAN PROGRESIF

Bangunan progresif pula, selain kelas Perpustakaan juga terletak di sini.. PTAR atau nama penuh Perpustakan Tun Abdul Razak. Bangunan ni juga terletaknya bilik belajar 24 Jam, taklah 24 jam sangat sebab masa ditetapkan sampai 11 malam sahaja.


PTAR


entrance masuk..

Tempat duduk di hadapan pintu masuk.. menjadi tempat untuk tangkap gambar kelas!


Tempat yang kondusif untuk belajar dan membuat discussion

menjadi tumpuan pelajar untuk mengulangkaji... sesak dengan pelajar time waktu exam!


Tempat yang paling sunyi dan tenteram untuk study!!

Interior yang menarik...

Pusat IT di aras 3

Kemudahan IT untuk kegunaan pelajar di PTAR


Bilik Pandang Dengar

Interior Bilik Pandang Dengar..  tak pernah masuk pun bilik ni
Bilik Perbincangan..

Kaunter meminjam buku


Bilik Belajar 24 Jam




Di sini juga ada disediakan Hotspot, 30 minit untuk RM 1, tak pernah cuba pun hotspot ni,  tapi rasanya laju kut internetnya , yela, wifi uitm pun kalau ramai pelajar guna akan jadi slow kadang-kadang.





Selain itu, dekat Bangunan Progresif juga ada loker pelajar , tempat makan untuk lecturer dan juga studio khusus untuk pelajar Tesl untuk berdrama... macam praktis lakonan kut..


Loker ini disediakan sebab bag tidak dibenarkan dibawa masuk ke Perpustakaan


Studio Orkid untuk pelajar Tesl

KAFETERIA PALMA

Kafeteria Palma

Tetapi selepas sebulan lebih macam tu, cafe ini mula beroperasi untuk pelajar-pelajar!!

Interior yang selesa ditambah dengan air cond yang nyaman


Sejak dibuka, cafe ni sering menjadi tumpuan pelajar kerana menyediakan pelbagai makanan yang sedap , berkelas 5 bintang (part ni over je.. LOL), pada pendapat aku, walaupun makanan disini mahal berbanding di gerai lain, namun cara penyediaan dan kualiti makanannya amatlah bagus! Tidak rugi walaupun harganya mahal, tambah-tambah lagi makanannya memanglah sedap! Selalu datang cafe ni nak beli chicken chop, memang sedap dan murah chicken chop-nya, hanya RM9.90!! Ayamnya pun besar dan menyelerakan.



Apa yang aku suka dengan cafe ini juga adalah kebersihannya, bagi pandangan mata aku, tempat ini memang bersih dan sesuai untuk menjadi kawasan belajar, di tambah lagi dengan kedinginan penghawa dinginnya!!

Coffee pun ada dijual disini

Kawasan beriadah yang amat selesa


PUSAT ISLAM

Untuk sembahyang Jumaat, pelajar lelaki akan ke Pusat Islam Uitm Dengkil , nasib baik dekat, semasa semester 1 semua pelajar ingat kita perlu jalan kaki pergi ke Masjid Dengkil sebab ingat Pusat Islam tu tak muat... tapi nasib baiklah muat! Pusat Islam ni terletak berhadapan Bangunan Pentadbiran dan juga Kolej Dahlia.






PUSAT KESIHATAN

Sesiapa ada masalah kesihatan bolehlah datang ke sini, pusat kesihatan ini terletak bersebelahan Anjung dan juga dekat dengan kolej Dahlia, untung pelajar perempuan..



Tengok..betapa dekatnya..
Waktu beroperasi klinik..



Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.