©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

First Time Eksperimen Bedah Tikus!

Salam semua.. semoga ceria selalu

Kali ini nak ceritalah sikit pengalaman aku membedah tikus semasa menuntut di Uitm Dengkil. Ini pun nasib baik jumpa gambar-gambar ni semasa nak kemas folder laptop. Apapun, eksperimen membedah tikus ini amatlah menarik, menyeronokkan dan mencabar, kerana kita dapat mendalami organ-organ tikus yang lebih kurang sama dengan manusia, disamping menggunakan alat-alat pembedahan (terasa diri ini doktor sekejap). Eksperimen bedah tikus ini bawah topik Respiration, dan ianya ada dalam silibus semester 2. Objektif bedah tikus ini, adalah untuk meneliti sistem pernafasan tikus, tapi dah alang-alang bedah, kita semua pun mengambil peluang untuk explore seluruh tubuh tikus ini.. HA HA HA .

Keadaan tikus sebelum dibedah
\

Actually aku nak buat confession, sebenarnya pembedahan tikus ni aku tak buat langsung pun, hanya jadi spectator sahaja, tapi adalah sentuh-sentuh ,pegang-pengang dan potong sikit-sikit... SOB SOB sedihh...  Jangan salah faham pula ya, aku bukannya seorang murophobia atau takut darah. Cuma aku tak berpeluang melakukan pembedahan ini disebabkan jumlah tikus yang sikit. Cuba bayangkan satu group ada 5 pelajar, dan tikusnya hanya diberikan seekor sahaja bagi setiap group. Jadi bagaimana setiap pelajar nak mendapat peluang melakukan eksperimen ini? Nasihat aku, kalau nak lakukan eksperimen ini, lakukannya secara bergilir-gilir, supaya setiap pelajar mendapat peluang menggunakan peralatan pembedahan tersebut, jangan jadi selfish!


Sebelum operasi pembedahan, snap photo dulu!
Jangan risau bagi siapa yang takut nak bedah, eksperimen ini memang menyeronokkan, tidak seperti yang kita bayangkan, tak adanya darah terpecik semua sebab tikus yang dibedah tu telah pun mati! Tikus tu memang telah mati semasa kita mula-mula terima tikus tersebut.


WARNING! GAMBAR DIBAWAH TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK... MENGANDUNGI KEGANASAN!!


Okay sebenarnya, semasa eksperimen ni, ada rakam video , tapi belum edit lagi video tersebut, so buat masa sekarang tengok gambar dulu!

Bagi pencinta haiwan, pasti memikirkan eksperimen ini agak kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi ini sahaja salah satu cara bagi memberi peluang kepada bakal-bakal doktor untuk mengenali dan mempelajari serba sedikit tentang sistem badan manusia menerusi tikus!! (takkan nak bedah manusia pula). Tambahan lagi, populasi tikus amatlah banyak, ini sama sekali tidak menjejaskan populasi mereka! 


Keadaan selepas memotong 2 lapisan kulit bahagian perut tikus

Cuba tengok apa yang tengah digunting tu......   KEPALA!!


Memang tidak dinafikan, bau yang kita akan hidu amatlah tidak menyenangkan, tak adalah busuk sangat.. cuma seperti bau daging yang fresh. Tapi cuba bayangkan kalau bau daging manusia pula!? Ini baru tikus, belum lagi manusia...


Selepas kepala dipotong.. cannibal nya siapa yang potong ni!!

Untuk melihat organ dalaman, kita harus mematahkan rib cage tikus tersebut!


Kulit yang baru lepas disiat...

Jangan dibuang, boleh dijadikan  purse simpan duit... ala-ala purse GUCCI gittew

Keadaan kepala, selepas dikeluarkan otak

Otak tikus

Ini rasanya Pankreas tikus
Yang best semasa bedah tikus, kita boleh tengok gland yang terdapat pada tikus, contoh macam thyroid gland, parathyroid gland, kidney dan macam-macam lagi.. dan ada yang lagi best, siapa yang bertuah, kalau dapat bedah tikus yang mengandung, dapatlah bedah keluarkan anak-anak tikus!!!

Proses mengukur usus tikus... smua kelihatan happy untuk memegang organ

Ini adalah lidah tikus..

Keadaan tikus selepas dibuang kulit...  rasa kesian pun ada, tapi nak buat macam mana!
Melalui pendedahan ini, memberi banyak info kepada semua pelajar dimana kita dapat merasakan sendiri pengalaman melakukan pembedahan tikus... (tak sabar nak buat satu pembedahan yang sebenar satu hari nanti). Maaf jika gambar-gambar yang ditunjukkan membuat anda geli, ini hanyalah satu perkongsian, harap dapat memberi manfaat kepada semua.!

Thanks for reading...
Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.