©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Pengalaman Ujian BMAT Universiti Malaya

Salam...

Hi semua, entry kali ini nak kongsi sikit pengalaman menduduki ujian BioMedical Admission Test atau lebih dikenali dengan nama BMAT. Ujian ini wajib diambil bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang perubatan, farmasi, pergigian dan sebagainya untuk degree nanti. Jadi terpaksalah diri ini mengambilnya ujian tersebut, memandangkan impianku yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Top di Malaysia ini!



Saja je letak, baru rasa sikit aura kedoktoran tu...

Okay, untuk memohon, pelajar perlulah mendaftar di laman web https://bmat.um.edu.my/ , kemudian jika berjaya terpilih, pihak UM akan menghantar email dimana kita perlu membuat bayaran sebanyak RM100 kepada Bendahari Universiti Malaya melalui pos sahaja! Requirement untuk menduduki ujian ini mestilah pointer 3.5 keatas dan band Muet haruslah 4 keatas. (Tapi ada je pelajar yang band 3 Muet dapat duduki ujian ini, bergantung kepada rezeki lah)

Sebelum itu, eloklah kalau kita ketahui dahulu format ujian BMAT ini..




Ujian BMAT ini ada 3 papers!


  • Paper 1 adalah ujian Aptitude and Skills, dimana ujian ini adalah untuk menguji tahap pemikiran pelajar. Lebih kurang macam IQ test, soalan-soalan yang ditanya juga memang meguji minda.

  • Paper 2 adalah ujian Scientific Knowledge and Applications , dimana soalan-soalan yang ditanya adalah seperti soalan  SPM (memang macam spm pun). Jadi subjek Biologi, Fizik dan Kimia, semuanya digabungkan dalam satu paper!

  • Paper 3 adalah writing test. Paper ini rasanya agak mencabar kerana pelajar diminta untuk menulis esei. Tapi itu bukan masalah sebenarnya bagi pelajar, yang masalahnya di sini adalah soalan esei yang diberikan. Soalannya bukanlah straight forward, kalau baca terus faham. Tidak sama sekali, soalannya penuh dengan maksud tersirat. Jadi setiap pelajar pastinya akan mempunyai isi yang berlainan, mengikut tahap pemikiran pelajar. Pastinya ,esei ini mempunyai format yang perlu diikut.


Rasanya ujian BMAT ini, amatlah mudah dan rata-rata pelajar yang hadir boleh menjawab soalan yang diberi, tetapi yang menjadi masalahnya di sini adalah masa! Disebabkan soalah yang ditanya panjang dan mengambil masa untuk berfikir, menyebabkan ramai pelajar tidak sempat untuk menjawab semua soalan. Jadi saya sarankan untuk semua pelajar melakukan homework terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian ini! Usah menjadi seperti saya, sibuk study tentang esei sehingga mengabaikan paper 1 dan 2 kerana beranggapan bahawa saya dapat menjawab semua soalan tersebut dalam masa yang ditetapkan.

Disebabkan tidak melakukan persediaan untuk paper 1 and 2, menyebabkan saya tidak sempat untuk menjawab kesemua soalan, lebih-lebih lagi paper 1 yang memerlukan masa untuk membaca setiap soalan! Kalau paper 2 kita masih ada harapan dalam minit-minit semasa invigilator mengutip kertas untuk membaca soalan yang tertinggal, kerana soalannya adalah fakta, jadi mudah untuk mendapat soalan. Tetapi tidak bagi paper 1!


TIPS-TIPS

1) Download Past Year Paper Ujian BMAT beserta jawapannya (Click Sini)
2) Fahami format esei untuk paper 3, dan pelajari cara penulisan esei berkenaan mengikut soalan.
3) Untuk Paper 1 dan 2, jawab soalan Past Year dengan menetapkan masa seperti ujian! Untuk  membuatkan diri kita biasa dengan soalan dan masa yang diberi semasa hari ujian.
4) Semasa hari ujian, bagi paper 1 dan 2, jawab soalan yang kita tahu dan tinggalkan soalan yang susah, jangan habiskan banyak masa untuk satu soalan! Amatlah rugi jika tertinggal soalan-soalan yang mudah bahagian dibelakang.
5) Buat revision dengan membaca balik buku Spm Biologi, Fizik dan Kimia.. bagi topik yang samar-samar.



Pengalaman Menghadiri Ujian BMAT

First rule yang dipelajari selepas menghadiri ujian BMAT ini adalah, DATANG AWAL!!!
Bayangkan lebih kurang 3 ribu pelajar yang hadir pada hari yang sama! Betapa sesaknya keadaan pada hari tersebut!

Inilah keadaan di depan kaunter pendaftaran, ini baru sahaja barisan dihadapan, tak tengok lagi yang belakang, beratur sampai ke luar pintu masuk depan!! Siap ada polis bantuan lagi dikerahkan,



Ini semasa pendaftaran, setiap pelajar diberi nombor kedudukan meja mengikut dewan peperiksaan.

Ini gambaran ketika di dewan peperiksaan, ini baru satu dewan, tak kira lagi dewan lagi 3 dekat atas!

Keadaan ketika menunggu di luar dewan peperiksaan, begitu sesak!

Pelajar yang berjaya melepasi ujian ini, akan dipanggil untuk ditemuduga. Bayangkan, daripada 3 ribu lebih pelajar yang hadir, hanya 200+ sahaja yang akan berjaya mendapat tempat di Universiti Malaya ini. Jadi tingkatkan usaha anda!Akhir kata, buat persediaan awal-awal sebelum datang ke ujian ini, rancang perjalanan dan datang seawal mungkin! Jangan anggap remeh ujian sebegini, lakukan yang terbaik, pasti boleh berjaya.
Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.