©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Persediaan untuk Pelajar Asasi Uitm Dengkil

Seperti yang kita maklum, keputusan UPU bagi lepasan SPM telah pun diumumkan pada 16/5 yang lepas... rata-rata pelajar ada yang gembira dengan keputusan yang diperoleh, ada yang sedih, dan juga ada yang blur, tidak tahu apa yang patut dilakukan, ragu-ragu untuk memilih kos yang betul-betul sesuai untuk masa depan kita! Aku juga seperti itu dahulu, perasaan tidak tenang dan takut itu timbul.. banyak persoalan yang timbul...yang manakah yang patut aku pilih.. dek kerana aku merupakan anak sulung dan ibu bapa ku juga tidak mempunyai pengalaman tentang perkara yang harus dilakukan untuk anak lepasan SPM. Syukur.. alhamdullulillah dengan bantuan guru, kawan dan internet (terutamanya blogger-blogger di luar sana) banyak membantu aku untuk mengatasi kebuntuan pada masa itu. Ini sebabnya aku mewujudkan blog ini, dengan harapan dapat membantu serba sedikit bagi mereka yang mempunyai masalah seperti diriku!


Sebelum itu, aku ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat Asasi di Uitm Dengkil, especially pelajar Asasi Sains, tahniah my junior! Memang sejak keputusan keluar, tak putus-putus soalan yang ditanya tentang Uitm Dengkil ini, sebenarnya banyak perkara yang nak dikongsikan, namun selepas difikirkan, lebih baik adik-adik semua, merasai pengalaman itu sendiri! Abang hanya mampu memberi bantuan dari segi tips-tips untuk adik survive di sana nanti!


Okay, kita mulakan dengan barang-barang yang perlu disediakan dan dibawa, pasti adik-adik yang pertama kali dengan perkara sebegini berasa buntu, nak bawa barang apa dekat sana, sebab kita tidak tahu macam mana life dekat sana.. nanti kalau bawa barang banyak-banyak, kebanyakkannya pasti tak akan digunakan, hahahah, ini based on my experiences.. memang menyusahkan nanti nak angkut balik barang yang tak penting.


KEPERLUAN DIRI

1) Pakaian


Etika pemakaian di uitm adalah bebas, dibenarkan berseluar jeans, tetapi semasa kuliah pelajar lelaki harus memakai baju yang berkolar manakala pelajar perempuan pula memakai pakaian yang sopan dan sesuai, jeans juga dibenarkan semasa kuliah. Hari Isnin pula wajib berpakaian formal, kemeja lengan panjang, siap dengan tie dan berseluar slack. Pelajar perempuan pula haruslah berbaju kurung. Hari Jumaat pula lelaki biasanya berbaju Melayu.

Jadi kebiasaannya kemeja tidak perlu bawa banyak sangat cukup 3, 4 helai macam tu sebab tak selalu guna, kalau perempuan rasanya perlu bawa banyak baju kurung sebab kebanyakkan masa akan memakai baju kurung. Jangan lupa bawa baju jalan, kut kut nak keluar jalan.

2) Kasut


  • 2 x Kasut Kuliah
  • 1 x Kasut Sukan
  • 1 x Selipar
  • 1 x Selipar Tandas


Kasut tak payah bawa sangat, macam aku dulu, bawa kasut banyak, last-last satu kasut je aku guna untuk pergi kuliah untuk satu whole semester! Kat sana pun kasut tak cepat rosak sebab keadaan jalan yang bersih dan elok.. kasut aku masih elok lagi walaupun setiap hari guna. Tapi elok standby 1 lagi kasut.

3) Alatan Menulis


  • Pen
  • Pencil
  • Stapler
  • Highlighter
  • Correction Tape/ Liquid
  • Cellophane Tape
  • Paper Clip
  • Puncher
  • Marker
  • Gunting
  • File
  • Kalkulator
  • Buku Nota Besar ( bawa banyak sikit)
dan yang lain-lain , nasihat ku beli awal-awal semua alatan ini dengan secara banyak , persediaan untuk satu semester. Ini amat membantu aku semasa dekat Dengkil, kita tak perlu susah-susah nak beli lagi semua benda tu, tambahan lagi barangan dekat sana agak mahal!



File amat berguna untuk menyimpan semua nota setiap subjek dengan teratur dan kemas. Kita akan mudah nak cari dan tidak bercampur aduk. Nanti takkan ada nota yang hilang... believe in me, kalau tak organize, nanti nak dekat exam kita akan kelam kabut kalau ada nota yang hilang(this is based on my experiences). So to be saved, sediakan satu file untuk setiap subjek atau compile semua subjek dalam satu file macam gambar di atas.



Satu lagi sediakan buku latihan bagi setiap subjek, sebab adik-adik akan kena buat banyak soalan tutorial bagi setiap subjek except English dan Agama, dimana soalan ini akan dibincangkan pada setiap kelas tutorial. Ini amat penting kerana memudahkan kita  revise kembali soalan-soalan untuk exam nanti. Soalan tutorial ini adalah sama  dengan pattern soalan yang akan ditanya dalam exam!

3) Barang Elektrik


  • Laptop
  • Charger Laptop
  • Charger Handphone
  • Water Heater
  • Iron
Rasanya ini adalah barang yang common pelajar selalu bawa, tapi perlu diingatkan setiap barang ini harus ditampal sticker Uitm dimana akan dikenakan charge RM 10 untuk satu barang elektrik (except laptop). Barang yang tiada sticker berhak dirampas oleh pihak Uitm! Tapi rasanya tak pernah Uitm buat pemeriksaan pun, tapi kita sebagai umat Islam haruslah jujur!

Contoh sticker Uitm


4)Barang Peribadi




  • Al-Quran
  • Sejadah
  • Bantal, Selimut dan Cadar Katil
  • Syampu, Mandian, Pencuci Muka, Pencukur (sediakan lebih)
  • Berus Gigi (sediakan lebih)
  • Ketip Kuku
  • Sikat
  • Deoderent / Minyak Wangi
  • Kapas Telinga
  • Tong Sampah
  • Penyangkut Baju
  • Sabun Basuh Baju, Berus
  • Baldi Besar , Baldi Kecil
  • Bakul Baju
  • Mug, Pinggan, Sudu, Garfu
  • Ubat Gigi ( sediakan lebih)
  • Ubat-ubat ( just in case)
  • Tisu
  • Jam Loceng
  • Sabun Basuh Pinggan
  • Tupperware makanan (amat berguna)
Ini antara barang yang aku rasa berguna semasa dekat sana, sekali lagi beli cukup untuk satu semester contoh macam syampu, sabun mandi, ubat gigi etc...  kita tak payah susah-susah lagi nak beli dekat sana nanti!

5) Makanan


Beli juga awal-awal makanan seperti maggi, biskut, cereal, gula-gula, makanan yang mudah disimpan dan tahan lama. Beli juga satu kotak air mineral, minuman dalam bentuk serbuk macam nescafe, milo etc.. percayalah, memang benda ni amat kita perlukan semasa dekat sana, takkan sepanjang masa nak pergi kedai beli memanjang, at least kita dapat jimat duit sedikit. Time malam-malam lapar ke, waktu kedai dah tutup. Tak adalah kebulur nanti.Kalau aku dulu beli biskut 1 tin, Mineral 1 kotak, Cereal, Air kotak 1 kotak, minuman serbuk (milo,nescafe), Quaker Oat (mesti).

Makanan rasmi pelajar Universiti

Tapi janganlah pula makan selalu maggi ni, tak elok untuk kesihatan dan otak! 

5) Buku

Nanti setelah mula semester 1 nanti, pihak uitm akan memanggil syarikat buku ke Uitm Dengkil membawa buku-buku untuk dijual. Jadi kebiasaannya jualan buku akan diadakan selepas pelajar mendapat duit KPM, iaitu RM 1500.

Tetapi perlu diingatkan, buku hanya beli jika dinyatakan penting oleh pensyarah atau buku yang digunakan oleh pensyarah. Jangan membuta tuli membeli semua buku. This is based on my pengalaman, memandai pergi beli buku teks Maths Matriculation, alih-alih langsung tak gunakannya. Buku tu silibusnya lebih kurang sama, tetapi nota pensyarah sudahpun lengkap ditambah lagi dengan soalan tutorial!

Antara buku yang aku rasa penting seperti :-

Maaf cuma tahu untuk Asasi Sains





Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.