©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Tips Mendapat A+ dalam Add Maths/Mathematics

Additional Mathematics, mendengar namanya sahaja pasti kita akan mendengar keluhan sesetengah pelajar yang mengatakan ianya "susah", "sukar", "complicated", "tidak faham" etc... pelajar yang seringkali mendapat A dalam subjek ini, pasti akan dilabelkan sebagai budak pandai, dan pelajar yang gagagl acapkali beranggapan bahawa diri mereka itu tidak setanding dengan pelajar golongan A, dimana pelajar golongan A ini mempunyai IQ yang tinggi dan cepat tangkap dalam semua pembelajaran (tidak semua berkata pelajar begitu). Ini aku dapat katakan berdasarkan pengalaman, sering mendengar kata-kata begitu. Aku dulu juga semasa ujian pertama Add Maths di tingkatan 4, juga pernah hampir gagal dalam subjek ini, tetapi aku bangkit! Akhirnya, aku berjaya mendapat markah tertinggi pada Ujian Akhir Tahun.



Sindiran seperti "Alah, kau budak pandai", "aku tak macam kau" etc kadang-kala kedengaran di corong telinga aku. Tetapi pernahkah mereka berfikir tentang kesusahan aku dalam mendapatkan A tersebut? Kadang-kala terpaksa juga bersengkang mata untuk belajar seluruh bab...  hahaha ini salah aku juga kerana suka belajar last-last minit!! Aku teringat kata-kata seorang pelajar Cina di sekolahku (SMK Raja Mahadi) yang berjaya mendapat straight 9A+ dalam SPM. Katanya seperti ini "saya tidak pandai, saya hanya rajin".. cuba anda hayati maksud disebalik ayat tersebut, kita akan dapat lihat, semua pelajar ada peluang untuk berjaya, tetapi mestilah rajin! Bak kata pepatah "belakang parang diasah lagikan tajam"..

Di kesempatan ini aku ingin berkongsi cara belajar aku dalam Add Maths dan Maths, aku bukanlah seorang pelajar straight A+ dalam SPM, tapi aku berharap sangat dapat berkongsi ilmu ini walaupun sedikit.. harap bermanfaat untuk semua...


Kita start dengan buku rujukan dulu...

BUKU

Buku tahun 2011 rasanya, kulit buku ini je yang bertukar setiap tahun... ada penambahan sedikit dari tahun semasa ke semasa

Buku Success Oxford Fajar satu-satunya menjadi buku kegemaran ku kerana penerangannya yang mudah difahami dan mempunyai banyak latihan yang dapat mengukuhkan pemahaman kita kerana soalannya telah pun disusun daripada senang hingga soalan yang sukar!


BACA

Baca????  Kalau aku memang suka baca buku Add Maths sebelum buat latihan, aku akan baca penerangannya dan tengok jalan kerja... memang ramai kawanku pelik melihat aku yang gemar membaca buku Add Maths dan mereka beranggapan ianya membuang masa! Tetapi sebenarnya membaca merupakan cara untuk kita mengukuhkan dan memahami teori dengan lebih mendalam. Membuat latihan soalan juga penting, tetapi ianya hanya membantu kita untuk mempelajari kehendak soalan dan jalan kira yang betul mengikut soalan...  sesetengah pelajar yang belajar daripada membuat latihan sahaja (belajar menerusi jalan kira) tanpa memahami teorinya akan mengalami masalah dalam exam apabila soalannya di twist sedikit (corak soalan diubah), mereka akan mengalami kesukaran untuk menjawab walaupun caranya lebih kurang sama dengan latihan sebelum ini (berdasarkan pengalaman sendiri), berbeza pula jika kita memahami teorinya, macam mana soalan itu diubah sekalipun, jika kita memahami konsep dan teorinya, pasti kita akan mudah untuk menjawab!


LATIHAN


Selepas kita memahami teori , jangan lupa untuk membuat latihan soalan-soalan berkenaan bab-bab yang dipelajari, ini antara cara untuk menguji pemahaman kita!

Sediakan satu buku untuk membuat latihan..
Buku " QUESTIONS A DAY ", tak kira macam mana pun, cuba luangkan masa untuk buat latihan sekurang-kurangnya 10 soalan sehari! Ini gunanya buku rujukan SUCCESS OXFORD FAJAR! Sebab buku ini mengandungi banyak soalan, setiap sub topik akan disediakan latihan, ini sangat membantu untuk kita memahami satu bab itu sedikit demi sedikit menerusi latihan pada setiap sub topik dan bukannya terus membuat latihan untuk keseluruhan bab!



Pelajari setiap sub topik (tajuk-tajuk kecil sesuatu bab), dan kemudianya lakukan latihan, dengan ini kita akan mengasah pemahaman kita secara peringkat, daripada awal bab sedikit demi sedikit hingga ke akhir bab. Mula daripada senang hingga yang susah...


Selepas habis satu bab, cuba buat latihan SPM PRACTICE dimana soalannya mengikut skema SPM.. lihat dibawah, soalannya tutut disusun mengikut sub topik...


Ini contoh buku soalan yang aku buat semasa berada di tingkatan 4.. boleh dikatakan setiap hari buat soalan..


Soalan semua ini semuanya berdasarkan buku SUCCESS tersebut!


Setiap kali nak mulakan buat latihan, cuba tulis kata-kata semangat di setiap page ... macam "I CAN DO IT " or "YOU ARE THE BEST" etc... kata-kata ini sememangnya akan mempengaruhi psikologi kita and be positive in every way! Insya Allah, akan berjaya!


Then selepas dah habis satu bab, baru buat buku latihan lain yang ada dalam pasaran macam Longman, Adabi, Oxford Fajar etc...


Then semasa di tingkatan 5, aku mula malas nak buat latihan sebegini, menyebabkan keputusan Add Maths tak sebagus sebelum ini...! SEE... disebabkan kemalasan akan sukar untuk kita mendapatkan kejayaan, tapi memang adat kadang kala kita jatuh, itu mungkin satu ujian untuk kita memperbaiki diri kita.. sebagai nasihat sentiasa rajin berusaha, lakukan latihan setiap hari walaupun sedikit asalkan konsisten! Insya Allah, segala kepayahan ini akan dibalas dengan satu kegembiraan satu hari nanti!
Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.