©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Aku Ditipu Pemandu Teksi! Lapor ke SPAD

Nak kongsikan cerita sedikit tentang kisah aku dan pemandu teksi, memandangkan aku telah mendapat respond email maklumbalas daripada pihak SPAD, atau dikenali juga Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Oh yes, ini memang pengalaman pertama aku dalam membuat laporan sebegini.


Nak dijadikan cerita pada hari raya ketiga, iaitu pada 8 Julai, aku dipaksa atau kata lain terpaksa untuk pulang bersendirian balik ke rumah di Selangor dengan menaiki bas dari Pahang (kampung ayah aku). Memandangkan jadual kerja aku bermula pada hari JUMAAT tersebut, jadi aku terpaksa bertolak awal pagi dengan menaiki bas ekspress Jengka. Untuk pengetahuan semua, aku sekarang sedang bekerja di Domino's Pizza untuk mengisi masa yang terluang disamping mengumpul duit ,sebelum aku bakal menyambung degree nanti (nervous tunggu UPU bulan Ogos ni!).

Nasib baik aku ditemani adik lelaki aku, taklah keseorangan. Ini merupakan pengalaman pertama aku balik bersendirian tanpa ibu bapa menaiki bas! Ibu, abah dan adik-adik yang lain pula beraya sakan di kampung! SOB SOB.....  Memandangkan keadaan atuk ku yang kurang sihat, terpaksalah ayah aku tinggal lebih masa untuk menjaganya.

Berbalik kepada cerita, setelah aku sampai ke Klang Sentral, aku bersama adikku telah menaiki sebuah teksi bajet untuk ke Klang Mydin. Sebelum aku menaiki teksi tersebut, aku ada menanyakan harga tambang tersebut untuk ke Klang Mydin, dan pakcik tersebut menyatakan sebanyak RM20, terasa terkejut juga. Tetapi memandangkan ketika itu aku berdua dengan adik aku dan seorang lelaki nepal turut menaiku teksi tersebut, aku beranggapan RM10 sekepala. First time aku naik teksi sendiri, manalah tahu sangat..hahaha... maklumlah aku ni suku kaum orang asli duduk pedalaman (hahaha gurau je part ni).

Gambaran Teksi yang aku naiki..



gambar yang ditangkap ketika di dalam teksi tersebut

Semasa dalam perjalanan aku mula berasa pelik ketika terlihat sticker yang ditampal di dalam teksi tersebut yang menunjukkan charge tambang mengikut meter!!? Jadi aku segara membuka Google Map untuk mengira jarak perjalanan lalu aku buat pengiraan, ternyata jumlahnya hanyalah RM10++. Tetapi aku tak nampak apa-apa meter yang digunakan. Senyap senyap aku tangkap gambar ID pengenalan pemandu teksi yang terletak di hadapan board pemandu, siap tangkap lagi nombor SPAD .. siapa suruh tampal.. HAHAHAH

Sorry terpaksa blur kan gambar ni...


Setelah sampai ke destinasi, seperti yang dinyatakan pemandu teksi tersebut, aku membayar dengan harga RM20, tetapi apa yang membuatkan aku terkejut, lelaki nepal tersebut juga turut membayar dengan tambang yang sama! Jadi total kesemuanya RM40 pemandu teksi tersebut dapat! Aku masa tu pun dah penat, nak cepat balik, so tak sempat nak argue dengan pemandu teksi tu!

Contoh meter teksi


Selang 3 hari kemudian aku cuba menelefon SPAD bagi mendapatkan kepastian! Memang ternyata teksi bajet tersebut harus menggunakan meter, dan sepatutnya tambang tersebut harus dibayar untuk satu perjalanan dan bukannya dikira untuk satu kepala! Jadi aku terus membuat aduan berkenaan teksi tersebut, nasib baik aku mempunyai maklumat tentang pemandu teksi tersebut! Ingat senang-senang boleh tipu aku!!!

Pada mulanya aku rasa kesian juga nak membuat report berkenaan pakcik pemandu teksi tu, tetapi memandangkan ianya satu kesalahan, dan berdosa bagi seorang muslim untuk menipu, bagi menghalang daripada pakcik tersebut membuat dosa lagi, menjadi kewajipan bagi diri aku untuk melakukannya!

Ini maklum balas pihak SPAD:-




Email Tutup Kes yang aku terima dari pihak SPAD menyatakan pemandu teksi tersebut diberi amaran tegas atas perbuatannya. Harap pakcik tersebut dapat menjalankan kerjanya dengan lebih bertanggungjawab!
Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.