©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Lelaki Korean Berminat Dengan Gadis Malaysia?

Gambar ini memang pasangan suami isteri Malay-Korean

Mesti anda semua terkejut dengan statement entry pada kali ini kan?Mahu meroyan kpoppers daripada kaum hawa bila mendengar lelaki korea berminat dengan mereka, bagaikan mimpi jadi kenyataan bagi mereka. LOL... teruja kpoppers mendengar..



Sebelum kpoppers yang membaca semua terlebih teruja, for your information entry ini bukanlah nak cerita tentang lelaki korean, dont get too excited, sebenarnya lebih kepada gadis-gadis Malaysia.
Okay, lately aku dah semakin jarang nak check blog, sebab sibuk dengan kerja, watching movies, dan etc. Then sekejap tadi barulah ada masa nak menjenguk blog yang dah berhabuk tanpa update! Sebenarnya ada banyak perkara lagi yang aku nak tulis dan kongsikan, dah lama terperap di benak otakku ini, cuma tidak diluahkan lagi dalam bentuk tulisan!

But anyways, nak ceritalah sikit, semasa sedang scroll untuk tengok statistic blog, (statistic lebih kurang seperti melihat keseluruhan viewer blog yang melawat ke blog ini), dan melalui statistic, aku dapat melihat keyword search yang ditaip oleh viewers yang datang ke blog ini! Jadi apa yang korang taip pasti akan dapat aku tengok!!! Antara yang menarik perhatian aku adalah ini...




Obviously, rasanya ini pasti perkara yang di search oleh gadis-gadis Malaysia. Mungkin...
Melalui keyword search ini, kita dapat lihat mungkin ramai gadis dari Malaysia ingin bersuamikan mat korea kan? HAHAHAHA.. LOL..,  berkembangan pesat dunia kpop, ditambah lagi dengan drama-drama romantik korea sememangnya antara faktor yang menarik minat mereka ini. Ditambah lagi dengan tayangan cerita korea di stesen-stesen televisyen tempatan lagi meluaskan pengaruh korea kepada rakyat Malaysia. Tup-tup, itulah sebabnya keluarnya search sedemikian!


Cerita yang popular sekarang ni

Tak tahulah apa yang best sangat dengan drama "Desendannts of the Sun" ni, ramai yang cakap best, tapi bagi aku amatlah bosan! Drama ini ada ditayang di 8TV channel 708, tak tahu kenapa, semasa first episode ditayang di 8TV, aku memanglah tak minat (mungkin sebab actor-nya kut).. macam mana korang boleh kata best???? Except lagu OST drama ini, lagunya bolehlah tahan ,sedap didengar!



Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.