©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Suara Yuna Menjadi Tour Guide Untuk Waze


Yuna, penyanyi yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan yang kini menetap di Los Angeles sebagai rumah kedua beliau... Penyanyi yang telah berjaya menempah namanya di persada hiburan Amerika Syarikat melalui naungan Fader Label dahulunya, dan kini menjadi antara salah satu artis naungan The Verve Music Group milik David Foster.


Okay, baru-baru ini Yuna terpilih untuk menyumbangkan suaranya sebagai tour guide Waze kerjasama dengan Calpis!! Pilihan navigasi menggunakan suara Yuna amatlah menarik kerana, beliau sendiri yang akan memberitahu arah dengan nyanyiannya yang amat merdu! Sememangnya suara angelic Yuna pastinya akan membuatkan pemanduan kita lebih menarik dan tidak bosan. Kalau nak dibandingkan dengan suara Waze yang biasa kita dengar (mendatar sepanjang masa), kini kita dapat enjoy dengan mendengar nyayian Yuna yang pastinya dapat menambahkan keceriaan ketika memandu (overnya ayat ni).. apapun Yuna merupakan artis pertama Malaysia yang menyumbangkan suaranya untuk aplikasi Waze yang sememangnya popular di kalangan pemandu.

Apapun ianya suara Yuna masih available untuk digunakan sekarang, jika hendak mengunakannya, hanya pergi ke Waze's Setting, scroll ke bahagian bawah dan cari " English (UK) - Yuna" untuk install file suara Yuna!!

Dibawah ini ada disediakan video berkenaan projek Waze yang telah dijalankan oleh Yuna...



Harith Iskander juga ada turut mengunakan suara Yuna untuk Waze dalam rancangannya Obviously!! Memang lawak mendengar conversation mereka!!


Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.