©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Terima Surat Daripada Google Adsense?


Surat Google Adsense ni sebenarnya aku terima rasanya pada bulan lepas, tak sempat nak update! Memang tak diduga, surat yang aku terima itu adalah memang dari Google Adsense sendiri! Memang terkejut, pasal apa tiba-tiba Google hantar surat!! Kalau nak difikirkan blog aku masih belum dapat approval lagi untuk Google Adsense.. SOB SOB.. monthly payment Google Adsense pun masih belum mencapai threshold yang ditetapkan, threshold ini dikira macam satu kayu ukur, dimana jika kadar duit yang terkumpul melepasi satu level yang ditetapkan, jadi duit tersebut akan dikirim melalui cek. Aku menggunakan Google Adsense untuk Youtube akaun aku, dimana aku akan terima bayaran melalui iklan yang diletakkan di setiap video yang di-upload! Cuma blog sahaja belum mendapat approval Google Adsense.

Sorry terpaksa tutup alamat ..

Jadi selepas meneliti surat tersebut, barulah faham. Sebenarnya surat tersebut dihantar untuk identification akaun, memandangkan jumlah wang terkumpul dalam akaun aku telah melepasi syarat minimum yang ditetapkan, jadi Google Adsense harus memastikan akaun yang aku gunakan itu adalah aktif disamping memastikan alamat yang aku gunakan tersebut betul dan mudah untuk dihubung!


Masih meniti hari menunggu bayaran pertama Google Adsense! Bilalah agaknya akan mendapat bayaran.. harap sangat Google dapat approved blog ni secepat mungkin!
Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.