©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Cara Lindungi Mata Daripada Cahaya Smartphone



Tahukah bahawa smartphone anda memancarkan satu cahaya biru? Kita mungkin tidak dapat melihat cahaya biru tersebut, tetapi hakikatnya dengan bantuan cahaya biru ini, kita dapat melihat dan membaca apa yang tertera di atas skrin smartphone kita. Tidak hanya smartphone, cahaya ini turut dipancarkan oleh laptop dan televisyen kita! Perkara yang perlu kita ambil berat disini adalah cahaya tersebut, kerana cahaya biru yang dipancarkan itu kecerahannya seakan-akan cahaya matahari, jadi ianya akan menyebabkan otak kita keliru dengan beranggapan bahawa keadaan sekeliling kita masih waktu siang! Secara tidak langsung menyebabkan otak anda berhenti mengeluarkan melatonin, iaitu satu hormon yang membantu anda tidur. Ini puncanya memyebabkan seseorang itu sukar untuk tidur , dan lebih teruk lagi menyebabkan insomnia.




Melatonin sebenarnya dirembeskan oleh satu organ kecil yang dipanggil Pineal Gland dan rembesan itu yang menyebabkan kita rasa mengantuk! Melalui kajian sains, mata kita ini mempunyai satu photo-reseptor yang dipanggil Melanopsin, dan reseptor ini yang telah mengesan cahaya biru tersebut menyebabkan penggunanya akan sentiasa tidak mengantuk!



Kemudaratan cahaya biru ini bertambah apabila kita menggunakan smartphone dalam keadaan gelap! Cahaya tersebut tanpa sebarang gangguan akan 100% terpancar terus ke arah mata kita, yang berkemungkinan akan merosakkan retina mata, apabila menggunakannya dalam waktu yang panjang.


BAGAIMANA HENDAK SELESAIKAN MASALAH INI?

Sememangnya, kegunaan gadget-gadget seperti smartphones, laptop, televisyen dan lain-lain lagi amatlah penting dalam kehidupan seharian kita. Ianya sesuatu yang sukar untuk kita elak , gadget seperti ini merupakan medium utama kita dalam melakukan urusan-urusan seharian seperti  melakukan kerja, menyiapkan assignment, mencari maklumat, melakukan pembayaran (Samsung Pay), bersosial, hiburan, teman untuk menunjuk jalan, menyimpan data atau dokumen penting, dan sebagainya.

Kadangkala, kita terpaksa untuk menggunakan laptop, stay up hingga larut malam, perkara ini seringkali terjadi kepada para pelajar dan ianya sesuatu yang tidak dapat dielakkan!


Jadi antara penyelesaian adalah dengan :-

1) Aplikasi Smartphones
Night Owl
Night Owl merupakan aplikasi yang sentiasa aku gunakan ketika keadaan sekeliling yang gelap, atau pada waktu malam (sebelum tidur). Ini kerana aplikasi ini mampu untuk mematikan cahaya biru yang dapat menyakitkan mata! Pernahkah kita perasan, mata kita akan berasa pedih dan berair apabila melihat skrin terlalu lama, lebih-lebih lagi dalam keadaan gelap. Kadangkala ianya akan menyebabkan kita sakit kepala (migrain). Ini sememangnya kesan daripada cahaya tersebut yang menyerang saraf mata kita , sehingga memberi kesan kepada otak kita!


Night Owl boleh didapati bagi peranti yang menggunakan Android atau IOS. Aplikasi ini adalah percuma dan amat mudah untuk digunakan! Gambar dibawah kita boleh lihat perbezaan sebelum dan selepas menggunakan aplikasi Night Owl. Ternyata cahaya biru tersebut dapat dikurangkan mengikut suasana persekitaran kita!


       



Jadi kita boleh melihat gambar dibawah, dengan mudah kita dapat mengawal kecerahan cahaya tersebut dengan butang "+" "-" yang berada di status bar!

     



2) Aplikasi Laptop/Komputer/Smartphones



F.lux juga antara aplikasi yang boleh membantu dalam menangani masalah cahaya biru ini. Aplikasi f.lux ini turut dapat dimuat turun ke peranti Android dan IOS, tidak lupa juga ianya turut dapat digunakan di dalam laptop!


Dengan filter yang digunakan aplikasi ini secara tidak langsung melindungi mata kita daripada sinaran bahaya skrin laptop, dengan ini kerja yang dilakukan tidak lagi menjejaskan kesihatan kita!

Melalui pengalaman setelah menggunakan kedua-dua aplikasi diatas, memang kita akan berasa sedikit kurang selesa kerana warna pantulan gambar akan menjadi sedikit malap dan berbeza dengan warna asal. Bagaimanapun kita harus memikirkan kesannya terhadap diri kita, lagi-lagi kanak-kanak, para remaja yang sememangnya penggemar dengan gadget canggih ini! Bak kata pepatah " alah bisa tegal biasa" , lama kelamaan kita akan biasa dengan perkara tersebut.


Walaupun aplikasi ini dapat membantu mengurangkan cahaya biru tersebut, tetapi masih terdapat sedikit peratusan untuk kita mendapat kesan buruknya jika menggunakannya terlampau lama! Seeloknya , matikan gadget anda 2 atau 3 jam sebelum tidur untuk menghindarkan kita daripada leka.


Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.