©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Brand Terkenal Dunia Berhenti Guna Huruf A, B, O di UK?



Syarikat di United Kingdom seperti Google, McDonald's, Spotify, Microsoft, Cadbury dan lain-lain jenama lagi akan membuang huruf  A, B dan O daripada jenama mereka! Pasti ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mengetahui hakikat yang berlaku di dunia barat dimana kebanyakan syarikat-syarikat besar dunia akan berhenti menggunakan perkataan tersebut di dalam jenama mereka! Tetapi  ianya tidak berlaku di Malaysia!






Kebanyakan syarikat-syarikat terkemuka di United Kingdom melaksanakan perkara tersebut sebagai salah satu cara untuk menyokong satu kempen bersempena dengan Minggu Kebangsaan Darah Sedunia (National Blood Week 2016 NHS Blood and Transplant) yang dianjurkan oleh Engine Group PR agency MHP Communication. Konsep yang ingin diketengahkan adalah untuk mengalakkan agensi, pertubuhan, syarikat atau persendirian untuk membuang huruf A, B dan O (huruf-huruf yang merupakan kumpulan darah utama dunia!) daripada nama mereka sebagai simbolik kepada penurunan kadar penderma darah dunia yang berlaku baru-baru ini!





Kempen yang diberi nama #MissingType ini turut disertai oleh 21 buah negara dalam menyokong pendermaan darah! Kempen tersebut dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada kita tentang kemerosatan bekalan darah dunia iaitu  A, B dan O, dimana bekalan tersebut amat diperlukan bagi setiap 2 saat untuk pembedahan, trauma dan chemotheraphy di setiap hospital! Anggaran hanya 10% penderma yang sanggup menderma darah mereka, dimana ianya amatlah tidak mencukupi.

Di England, kempen ini mendapat sambutan yang hangat, dengan hanya dalam masa 7 hari 6,127 orang telah pun mendaftar untuk mendermakan darah mereka!


Sesungguhnya kita mungkin mampu untuk menyelamatka nyawa mereka yang benar-benar mahukan pertolongan. Harapan dengan kempen ini dapat memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya menderma darah, dimana setiap titisan yang kita derma mungkin selamatnya satu nyawa.
Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.