©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Minum Air Kencing Tanpa Risau Dengan LifeStraw?

Dengan selamba dia meminum air kencingnya tanpa rasa jijik

Ini hakikatnya, seorang youtuber bernama Jamie Salvatori ,telah melakukan satu cabaran dimana beliau telah sendiri meminum air kencing, dan muntahnya sendiri dalam membuktikan keberkesanan LifeStraw! Pasti anda ingin mengetahui apa itu LifeStraw?



Percayalah, kini segala air yang kotor dapat kita hirup secara terus dengan hanya menggunakan LifeStraw! Nyatakan sahaja, air sungai yang tercemar, air longkang, air becak, muntah, air kumbahan dan kencing, kini dengan hanya menggunakan LifeStraw dapat membersihkan (purified) air tersebut menjadi air yang bersih dan bebas bakteria! Memang tidak dinafikan, pada mulanya juga aku tak percaya dengan kewujudan ciptaan ini, tetapi selepas melihat eksperimen yang dilakukan ,ianya menjadi sesuatu yang tidak mustahil untuk dihasilkan.


LifeStraw ini dihasilkan di Switzeland oleh Vestergaard Frandsen. Panjangnya adalah 23.5cm dan lebar 2.5 cm. LifeStraw ini mampu untuk menapis air sebanyak 1000 liter atau bersamaan 264 galloons air sebelum hilang keupayaannya untuk menapis lagi!

Lifestraw merupakan satu alat filter yang mudah untuk dibawa kemana sahaja, ianya dilengkapi dengan micro-fibre membrane yang mampu untuk menapis pelbagai jenis partikal yang saiznya melebihi 0.2 micron! Tambahan lagi, air yang disedut terus melalui LifeStraw ini juga bebas daripada bakteria yang berbahaya kepada manusia, antaranya E-Coli dan Fecal Coliform, dimana peratusannya adalah 99.9999% bebas daripada bakteria! Ini kerana LifeStraw(versi 2005)  dilengkapi dengan Iodine Beads yang mampu membunuh bakteria dan juga virus! Tetapi LifeStraw versi terbaru kini bebas daripada bahan chemical!


Gambar dibawah kita dapat lihat perbezaan air yang telah ditapis menggunakan teknologi LifeStraw, sememangnya air yang ditapis kelihatan sangat bersih!


Tambahan lagi, produk ini amatlah tahan lasak dan ringan , ianya amat sesuai bagi mereka yang melakukan jungle trekking atau camping ke dalam hutan! Jadi ianya amat membantu dalam memastikan air yang kita perolehi di dalam hutan bebas daripada bakteria melalui proses yang mengambil masa dalam 2 saat ketika menyedut! Tidak perlu buang untuk mencari sumber air yang benar-benar bersih..





Cara penggunaannya juga senang sahaja, selepas menggunakannya, hanya perlu meniup LifeStraw tersebut untuk membersihkan filter nya, dan kemudian tutup penutupnya. Seperti gambar dibawah..



Objektif penciptaan LifeStraw adalah untuk menyelesaikan krisis air yang berlaku di banyak negara , terutamanya di Africa! Anggaran sebanyak 884 juta penduduk dan 23% daripadanya yang tinggal di Sub-Saharan Africa masih menggunakan punca air yang tidak diselenggara dengan baik! Selain ianya dapat mengurangkan jumlah kematian yang mengikut statistiknya 1.5 juta setahun akibat daripada diarrhea, cholera, thypoid, yang disebabkan bakteria daripada air tercemar!




Kini penduduk yang tinggal di pedalaman kini dapat mendapat bekalan air yang bersih dan bebas daripada wabak penyakit bawaan air!


Tetapi, kekurangan LifeStraw ini adalah ianya tidak dapat menapis bahan chemical berat seperti arsenic dan garam. Selain itu juga , pengguna LifeStraw terutamanya di kawasan pedalaman di Africa masih tidak berpuas hati, kerana mereka harus menempuh perjalanan sejauh 10 km untuk mendapat sumber air, masalah bekalan air ini masih membelenggu penduduk! Di samping harganya juga yang amat mahal , ianya sukar untuk penduduk dari keluarga yang susah untuk mendapatkannya, sekali gus menyukarkan untuk menyelesaikan krisis air. Harga LifeStraw ini adalah $6.50 manakala kebanyakkan pendapatan yang mereka peroleh sehari adalah $1, jadi sememangnya kebanyakkan mereka tidak mampu untuk membelinya!

Namun kini ianya menjadi salah satu teknologi yang dapat membantu menyelesaikan krisi air yang pastinya merupakan masalah utama dunia! Jadi sanggupkah kita nak hirup air kencing lepas ni..??? LOL

Boleh tonton test yang dilakukan oleh lelaki ini...
Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.