-->
©ChumChumLee. Dikuasakan oleh Blogger.
Welcome To My Blog

Review: Pobling Pore Sonic Cleanser Pembersih Pori Muka

 

Mencuci muka sememangnya menjadi kepastian bagi semua orang baik lelaki atau perempuan, namun persoalannya adakah kita pasti muka kita itu benar-benar bersih daripada kotoran? Adakah mencuci menggunakan jari memadai untuk menanggalkan kotoran pada liang-liang pori muka? Sudah pasti, jari kita tidak dapat menjangkau kotoran micro yang melekat pada liang pori muka yang halus! Sebab inilah aku nak memperkenalkan satu produk buatan Korea iaitu Pobling Pore Sonic Cleanser yang pastinya dapat menyelesaikan masalah kotoran di muka!




Pada mulanya agak ragu-ragu juga untuk mencubanya, tetapi selepas membaca testimoni customers, kebanyakannya memuji keberkesanan produk ini. Lagipun ianya hanyalah berus, jadi tidaklah mendatang kesan buruk kepada kulit (fikir aku).




Keistimewaan produk ini yang aku dapati adalah ianya dilengkapi berus halus yang amat lembut dimana dapat membantu mencungkil keluar kotoran-kotoran seperti minyak, sebum, habuk, kulit mati etc daripada liang pori muka yang halus dan kecil, yang pastinya tidak dijangkau dengan hanya mengunakan jari!



                                                 
Selain itu, kepala berusnya turut boleh ditukar , kebiasaannya paling elok tukar 2 bulan sekali, jika berusnya telah kembang ataupun kotor!



Disamping itu juga, ianya dilengkapi dengan getaran sonic 10 000 per minit! Sememangnya amatlah laju.. dengan getaran ini, ,secara tidak langsung memberi urutan pada wajah kita ketika mencuci, selain dapat mempercepatkan proses penanggalan kotoran daripada wajah kita! Jangan risau produk ini juga adalah waterproof (kalis air), kita tidak perlu risau jika produk ini dibasahi air!


suis untuk menghidupkan..


Produk ini juga hanya menggunakan satu AAA bateri untuk menghidupkannya! Jadi untuk tips menjaganya, pastikan bateri dicabut terlebih dahulu jika hendak disimpan , ini kerana jika dibiarkan terlalu lama, tempat letak bateri tersebut akan berkarat, dan pastinya akan merosakkannya!



Tips Menggunakan Pobling Pore Sonic Cleanse;- (based on my experience)


  • Bagi kali pertama menggunakannya, pastikan berus tersebut direndamkan ke dalam air panas dan kemudiannya sejuk bagi memastikan berusnya benar-benar lembut !
  • Semasa menggunakannya, pastikan kita tidak menekan berus tersebut pada wajah kerana ianya dapat melukakan kulit. Biarkan getaran tersebut mengosok , jangan kita sendiri yang mengosoknya!
  • Ratakan pencuci muka dahulu sebelum mengosok menggunakan produk ini!
  • Selepas menggunakanya, bersihkan berus tersebut dengan air, kemudianya keringkan dengan tuala bersih sebelum menyimpannya. Ini untuk menghindarkan berus tersebut berbau dan lembab, yang pastinya bakteria dapat membiak!
  • Pastikan juga memakai toner atau mask selepas menggunakan Pobling ini, kerana ianya dapat membesarkan pori, since pori kita telah dibesihkan, jadi kita harus cepat-cepat menutupnya dengan meletakkan toner bagi pengecilkannya!



Tapi kenapa aku berhenti memakainya?

Sebab Berhenti Menggunakannya ;-
  • Berus Pobling ini mampu melukakan kulit! Aku ni jenis yang suka menenyeh muka ketika basuh muka... aku ingatkan berus ni lembut seperti apa yang dikatakan, tetapi indah khabar dari rupa. Aku tak tahu sama ada cara penggunaannya salah atau kulit aku terlampau lembut dan halus (ceh wahh... angkat bakul sambil naik lif). Sebab itu aku sarankan rendam dengan air panas dahulu berus tersebut sebelum guna, dan jangan tekan berus tersebut pada wajah, biarkan getaran tersebut yang mengosok!
  • Yang keduanya, ianya menyebabkan pori muka aku membesar!! Ini betul-betul berlaku.. aku hanya perasan bila adik aku yang menegurnya! Yelah aku ni manalah sangat pakai cream ke apa so aku sarankan pakai toner atau mask selepas menggunakan Pobling.


Jadi model Pobling kejap..






Tiada ulasan

Terima kasih membaca