©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Height Up Supplement Tinggi Cepat Rosak dan Tak Berkesan?


Bahana pengaruh artis... SOB SOB
Supplement Height Up yang membantu untuk menambah ketinggian? Aku pada mulanya rasa ragu-ragu dengan produk ini, yelah pada masa itu Height Up ini tidaklah terkenal mana! Selepas membaca review dan testimoni customers sendiri, kebanyakkannya menyatakan ianya berkesan! Mana taknya artis Elfira Loy dan Aiman Hakim pun menggunakannya juga, aku pun apalagi turut terpengaruh. Selepas mendapat kepastian bahawa ianya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, disamping bahan produk tersebut, aku pun terus membelinya!



Sebelum bercerita lebih panjang, aku nak jelas disini, produk ini sebenarnya aku telah mencubanya pada tahun lepas tetapi sekarang aku telah berhenti menggunakannya, nak tahu kenapa?Sebentar lagi aku cerita...


Disebabkan iklannya yang menyakinkan, aku pun terus membeli Height Up ini melalui seorang ejen, tak ingat berapa tapi dalam RM100++ sekotak. Of Coarse la.. siapa yang tak nak tinggi, lagipun ketinggiaan aku ni pun biasa sahaja, average lelaki Asia (malu pula nak sebut di sini) HAHA.
Seingat aku, waktu aku beli Height Up ini pada bulan ramadhan. Aku cuba beli satu dahulu untuk try keberkesanannya..


Aku tak ingat berapa biji dalam satu botol sebab dah lama, bentuk pil tersebut boleh dilihat seperti dalam gambar. Menurut akak yang menjualnya, makan 2 biji 2 kali sehari... yeke? Main sebut je... aku pun dah ingat-ingat lupa akak tu cakap, cuma dia advice banyak minum air dan jangan angkat berat! Rasa ubat ni lebih kurang rasa gula-gula susu bercampur soya cuma rasanya tak manis, lebih kepada berlemak. Baunya pun kita boleh agak macam bau susu. Boleh dikemam atau ditelan terus.

Aku pun berhasrat nak konsisten memakannya dan buat banyak exercise! .. tetapi memandangkan bulan tersebut adalah bulan Ramadhan, hasrat aku tu aku rasa telah terkubur.. yela kadang-kadang lupa nak makan Height Up ini ikut time, then kalau exercise tu lagilah, haram nak buat! Nasib baik roomate aku ada bar yang lekat dekat pintu tu, bolehlah aku bergayut...

Contoh Horizontal bar...
Itu pun bukan selalu aku bergayut... disebabkan bulan puasa dan kekangan masa untuk belajar, aku kurang bergayut... mana taknya kang housemate cakap apa pula aku bergayut depan pintu, rasa janggal pun ada sebab pintu bilik aku tu memang berhadapan dengan laluan utama untuk ke pintu hadapan, memang siapa masuk akan ternampak pintu bilik aku!

Ini antara exercise yang aku buat juga... 

Apa aku boleh katakan, rasa macam tak ada apa-apa perubahan pun.. yela baru je makan dalam 3 minggu macam tu! Tapi rasa tertipu juga sebab dalam testimoni tu , ada orang 1 minggu dah nampak perubahan, tapi aku rasa macam biasa je.. mungkin lain orang lain hasilnya.

Kemudian dalam satu minggu aku berhenti menggunakan Height Up, tak tahu kenapa.. tetapi yang aku tak puas hati adalah, pil tersebut bertukar warna kepada kekuningan dan berbau basi. Aku perasan keadaan pil tersebut ketika hendak konsum Height Up kembali! Aku rasa keadaan penyimpanan dalam almari aku tu kering dan jauh dari sinaran matahari (seperti arahan tertera dibotol), tapi bagaimana boleh basi atau kata lain rosak?  Kebiasaannya pil-pil supplement mampu bertahan lama, dan aku lihat tarikh expire pun masa lama lagi! Rasa rugi pun ada sebab masih banyak lagi jumlah pil tersebut yang belum aku makan, tup tup semua pil tersebut telah rosak! Disebabkan perkara itu, aku tak lagi membeli Height Up, memandangkan hasilnya pun taklah seperti yang diuar-uarkan di dalam testimoni!

p/s : Atau mungkin disebabkan pil ini sensitif tidak boleh menggunakan jari untuk mengambilnya?
Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.