-->
©ChumChumLee. Dikuasakan oleh Blogger.
Welcome To My Blog

Pegang Mayat Diawet Di Perubatan Uitm Sg. Buloh?

Bertemu kembali! Seperti yang sedia maklum, melalui entry sebelum ini, aku telah menceritakan bahawa aku telah berjaya mendapat tempat sebagai student perubatan di Uitm Sg. Buloh. Syukur kehadrat Ilahi, memberi peluang yang amat besar ini, Kini sudah lebih 2 bulan aku berada di sini, dan sememangnya cabaran sebagai bakal doktor telahpun aku rasai, walaupun baru sahaja bermula, aku dapat rasakan betapa besar tanggungjawab yang bakal aku pikul kelak, InsyaAllah aku akan berjaya satu hari nanti.


Gambar kepala asli di Unit Anatomi


Memang teruja semasa first time dapat jejakkan kaki di Fakulti Perubatan Sg. Buloh ini, segala kemudahannya juga amatlah lengkap, disamping lokasinya yang terletak berdekatan dengan bukit dan dikelilingi kehijauan. Memang selesa untuk tinggal dan belajar disini.

Bagi sesiapa yang tak tahu lagi, Uitm Sg. Buloh ini menempatkan 2 fakulti, iaitu Perubatan dan Pergigian. Fakulti pergigian ini rasanya baru sahaja ditempatkan disini pada tahun lepas, dan bangunan Pergigian pula terletak hanya di belakang Bangunan Perubatan sahaja.

Alang-alang tengah cuti mid-sem ini, aku nak kongsikanlah sedikit apa yang menarik yang terdapat dekat Uitm Sg. Buloh ni. Contoh macam gambar dekat atas tu.. tu baru kepala dalam kaca, belum lagi sentuh cadaver (mayat) yang sebenar lagi! Nanti untuk pengajaran module MSK (musculoskeletal) kami semua akan tengok cadaver tu. Tapi sebenarnya baru hari 2 hari lepas aku berpeluang melihat cadaver tu sendiri secara berseorangan, masa tu aku bersiar-siar nak ambil gambar seluruh tempat dekat Uitm ni, jadi semasa dekat luar bilik Anatomi tu, aku ternampak yang cadaver tersebut telah pun dikeluarkan dan dipamerkan diatas meja. Aku apa lagi, mintalah permission dengan Lab Assistant nak masuk dan tangkap gambar. Rezeki hari Jumaat, mereka memberi kebenaran kepada aku untuk membawa kamera masuk (dimana sebelum ini memang tidak dibenarkan) , tetapi dengan syarat aku tidak dibenarkan menangkap gambar cadaver tersebut. SOB SOB.. sedih, tapi adalah beberapa gambar organ yang aku berjaya snap. Menurut Lab Assistant tu, sebelum aku datang, bilik tersebut digunakan oleh para pensyarah, untuk membuat checking, tak pasti untuk apa.


Boleh nampak cadaver yang  disusun tu

Pekerja Lab sedang dalam proses untuk menyimpan cadaver.
Sayangnya tak sempat nak tengok Cadaver yang penuh, yang dalam gambar dekat atas tu, sebab pekerja Lab dah simpan.


Dekat bawah ni, antara gambar bahagian badan yang berjaya aku snap, ada banyak lagi, tapi disebabkan tidak mendapat kebenaran, terpaksalah aku lupakan hasrat aku tu,,

Bahagian kepala, boleh nampak otaknya..

Ginjal real!!!





   

Tak tahu kenapa, aku tengok berasa sayu dengan gambar ni SOB SOB, tabahlah encik ..


Memang teruja masa dapat masuk (macamlah tak pernah masuk sebelum ni), aku rasa teruja sebab tak ada pelajar lain, aku seorang sahaja masa tu, so aku gunakan masa tu menjelajah ke seluruh lab Anatomi, berselfi, tak payahlah risau orang nampak hehehe. Tapi memang menarik belajar perubatan ni, aku berasa kagum melihat cadaver tersebut, bagaimana ciptaan Allah, daripada sebuah cell bersaiz yang kita tak nampak, boleh menghasilkan organ, tulang, dan tissue badan yang sangat perfect! Syukur segalanya yang telah dicipta-Nya. Rasa tak sabar-sabar nak bedah orang lepas tengok cadaver tu HAHA!


Okay rasanya budak remaja..
Tengok gambar dekat atas tu pun boleh agak, memang banyak nama-nama otot yang harus dihafal, itu tak termasuk sekali dengan urat, saluran darah, tulang dan macam-macam lagi. InsyaAllah, kalau dah minat semua boleh buat!!!



Rupa-rupanya, tulang kat sana sama saiz dengan aku HAHA, well tulang I jadi model ..

BAHHHH... terkejut kau
 Seram juga kadang-kadang nak tengok part muka model tu, kang dia terkelip mata, tak pasal-pasal pengsan kat situ. HAHAHA, anyways, memang interesting melihat bahagian-bahagian muka kita.

Kita boleh nampak urat kepala tu, berdasarkan warna
Ni yang seram tu..
Kagumnya.. cuba tengok betapa complexnya kepala kita



Masa tu aku adalah nampak satu cadaver ni yang penuh, taklah penuh satu badan, cuma separuh badan, memang jelas fizikal badannya, aku cuba minta permission kat Lab Assistant tu, malangnya tak dapat. Cadaver tu memang lah menakjubkan, boleh nampak bahagian dalam dada kita dengan jelas!! Tak apalah penonton , bukan rezeki kalian untuk melihatnya.




Bahagian otak..
Replica tulang belakang


Bersalaman dengan encik skeleton dulu...










Private part... tutup mata uollss.. hahaha


Memang tak dinafikan semasa mula-mula masuk ke dalam Lab Anatomi ni, ada terperasan bau yang sangat kuat, bukanlah bau yang teruk atau busuk, cuma satu bau yang kuat. Rupa-rupanya baru aku tahu bahawa bau tersebut adalah Formalin, satu cecair yang digunakan untuk mengawet mayat. Aku tak dapat nak describe bau tu macam mana, tapi ianya memang agak kuat baunya.

Otak berteraburan..  nasib baik cuma replica je
 Korang tahu tak yang otak kita ni bagaikan tanah liat, dimana kita boleh membentuk otak kita, ala macam main play doh gitu. Statement ni terbaca dekat satu website, tak pasti yang mana. Cuma tulah, aku sendiri masih belum berpeluang untuk memegang otak yang betul. InsyaAllah mungkin satu hari nanti mana tahu kan!!





Baru sahaja sahaja aku lepas belajar tentang Foetus development, memang banyak benda baru, term-term medical yang aku pelajari dimana, proses-proses tersebut diajar dengan lebih mendalam, tak seperti semasa spm, sesungguhnya memang tak rugi mempelajarinya.

Nampak macam betul je.. 





Cute little twins

Sebenarnya banyak lagi perkara menarik yang ingin aku kongsikan, sememangnya banyak lagi perkara yang belum aku terokai, dan perjalanan aku sebagai pelajar perubatan masih panjang.. semoga bermafaat dengan perkongsian ini.

Stay Tuned untuk lebih banyak gambar lagi!!

2 ulasan

  1. Nice post! Teringinnya nak tengok cadaver tuuuu!!

    BalasPadam
  2. Hai saya nak tanya, di uitm, is it possible to change course from dietetic to medicine?

    BalasPadam

Terima kasih membaca