-->
©ChumChumLee. Dikuasakan oleh Blogger.
Welcome To My Blog

Muzium Perubatan Uitm Sungai Buloh


Muzium Perubatan Uitm Sungai Buloh merupakan satu tarikan bagi siapa yang mengunjunginya. Walaupun tempat ini dibina khas untuk para pelajar, tetapi orang luar juga dibenarkan untuk mengunjunginya sekali. Tempat ini menempatkan pelbagai jenis spesimen yang akan membuatkan kita kagum, contohnya seperti gambar diatas. Selain itu, kita juga dapat melihat organ-organ manusia, turut sama, jenis-jenis haiwan berbisa seperti ular, kala-jengking... serangga, dan juga hidupan laut. Semua perkara yang dipamerkan semestinya berkait rapat dengan sudut perubatan. Daripada perkara yang normal sehingga yang tidak normal.



Namun, apa yang aku dapat lihat, muzium ini seperti tidak diketahui umum, hanya pelajar sahaja yang mengetahuinya, ini mungkin kerana tempatnya yang agak tersembunyi dan juga waktu operasinya iaitu Isnin hingga Jumaat sahaja. Walaupun ada mendapat kunjungan luar, namun ianya hanya apabila adanya program yang diadakan disini. Jadi melalui blog ini , aku ingin kongsikan sedikit , apa yang menarik dekat Muzium ini.






Banyak perkara menarik yang dapat dilihat disini, sambil itu kita dapat belajar banyak perkara baru. Kalau tengok gambar sahaja, feel tu tak ada, so kalau nak lebih best, kena melawat sendiri, lagipun tak semua gambar ada dekat sini.


Part ni yang seram.. lagi lagi kalau tengok mukanya..


Seram tengok...
Sebenarnya rasa bertuah sebab dapat melihat sendiri dengan lebih dekat organ-organ manusia, termasuk urat dan salur darah. Mungkin akan lebih mencabar semasa aku menjadi doktor nanti.







Kita betul-betul boleh nampak isi kandungan kepala kita


Tak yah tenung lama-lama, nanti tetiba terbuka mata pula

Please tutup mata bagi yang underage... ahahah



inilah Placenta atau kita panggil Uri bayi












Semua organ telah disusun mengikut katogeri, jadi amat mudah untuk kita faham, kalau nak lebih faham, minta buku penjelasan daripada pembantu muzium sebelum melihat pameran, tak pun suruh pembantu makmal berikan penjelasan. Sebab kadang-kala ada perkataan saintifik yang sukar untuk difahami, jadi lebih senang jika ada tour guide!



Otak sebelah kanan tu kita boleh nampak ianya tidak normal...




Patung untuk selfi

Apa yang menarik lagi, kita dapat melihat pelbagai jenis ular! Sesiapa peminat ular, jangan lepaskan peluang mempelajari reptilia exotic ini!


First time tengok dekat-dekat..



Ini yang paling best nak tengok..















Ikan juga ada dipamerkan disini, kebanyakkannya adalah yang beracun, jadi kita dapat belajar jenis bisa, cara nak kenalpasti ikan tersebut dan jenis ubat yang digunakan.












1 ulasan

  1. Adehh seramnya tgk satu2... camne la org perubatan hadam semua ni yek.. tabik spring kat dorang..

    BalasPadam

Terima kasih membaca