©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Pengalaman naik MRT Sungai Buloh-Kajang Line

Hi.. bertemu kembali

Baru sahaja semalam keluar jalan-jalan pergi The Curve, maklumlah sejak MRT mula beroperasi dekat Sungai Buloh ni, senanglah nak keluar, memandangkan bas pun juga ada disediakan, free of charge lagi! Untuk pengetahuan semua, perkhidmatan bas dan MRT adalah percuma untuk satu bulan sehingga 16 Januari tahun hadapan. Syukur, alhamdullilah, rasa sangat beruntung sebab perkhidmatan ini disediakan pada tahun kami semua start belajar! Kalau untuk pelajar sebelum sebelum ini, memang tiada perkhidmatan bas yang melalui kawasan Uitm Sg Buloh, kebanyakkan pelajar pada masa tu banyak menggunakan Grabcar, Uber, atau tumpang senior yang pastinya mahal! Atleast lepas ini, nak balik rumah atau shopping barang, tak adalah makan banyak duit!








Setiap 15 minit pasti bas akan sampai (taklah tepat 15 minit, ikut masa juga), tapi yang pastinya akan ada 2 bas yang akan datang, jadi memang tak akan putus. Keadaaan basnya pun yang baru dan mesra pelanggan, memang selesa untuk naik, tapi malangnya tak ada disediakan wifi.



Bas ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan, seperti kamera pengawasan, first aid, fire extinguisher dan juga first aid.. jarang bas ada kelengkapan sebegini. Tak sabar nanti bila negara kita capai status maju, mungkin macam Jepun agaknya haha (Amin, harap jadi kenyataan). Maklumlah aku nak sangat negara kita ni bersih dan maju dengan teknologi seperti Jepun!


Yang pastinya mesra untuk Orang Kelainan Upaya


jadi, setiap station MRT, pastinya akan disediakan perkhidmatan bas MRT ni, station MRT buat masa sekarang hanya beroperasi dari Sungai Buloh hingga Sematan sahaja, pada tahun hadapan, bulan Julai kalau tak salah, baru akan dibuat sehingga Kajang!


Ni haa... belanja posing my roomate



Merenung ke luar jendela...


Kawasan station MRT Sungai Buloh, memang banyak teksi dan bas berada dekat sini, untuk pengetahuan semua, perkhidmatan bas dan MRT hanya sehingga pukul 11 malam sahaja.



Station KTM juga terletak dekat tempat yang sama, KTM tingkat bawah, kalau MRT berada di tingkat 2.





Boleh nampak banyak bas dari seluruh kawasan Sungai Buloh

Mesin untuk beli tiket
 Sebenarnya, kalau nak tahu aku tak pernah naik pun pengangkutan awam sebelum ini, except bas. Ini memang first time aku naik MRT, tambah lagi semalam dah try naik KTM, nasib baik kawan aku ajar macam mana nak naik, nak beli tiket kat mana, nak tunggu station mana, semuanyalah, maklumlah tak pernah naik, HAHA!

Kedai yang ada dekat MRT
 Nampak tak kedai Nora's Delight bakery kat gambar atas tu, kalau nak balik malam, kedai tu selalu bagi jualan murah dan bagi free cake! Tapi of coarse kena beli sikit, and then dapat free, macam semalam, bayar RM3, boleh ambil berapa banyak roti dekat situ! Memang berebutla orang. Pernah sekali tu, aku beli kek cheese carrot, dapat free satu lagi, HAHA. Ikut rezekilah, yang pasti biasanya waktu malam.


Lokasi perjalanan MRT:

1)Sungai Buloh
2)Kampung Selamat
3)Kwasa Damansara
4)Kwasa Sentral
5)Kota Damansara
6)Surian
7)Mutiara Damansara
8)Bandar Utama
9)TTDI
10)Semantan

Buat masa sekarang, sehingga Semantan sahaja, bulan Julai tahun hadapan baru dibuat sehingga Kajang.







Memang ramai yang menggunakannya, maklumlah percuma. At least aku tahulah tempat nak beli barang, contoh The Curve, dan One Utama. Itu je yang aku tahu buat masa sekarang. Rileks dulu, masih banyak masa nak menerokai.. haha.


uuu... bajet model





Aku kalau datang MRT suka pergi depan sekali, nak tengok view, tambah lagi nak fe-feeling naik roller coster gitu. Hahaha.. kadang-kadang aku sanggup rebut dengan budak-budak kat sana, haha lantaklah, sebab masa tu first time aku naik, jadi jakun sikit, semua benda nak tengok.




Apapun, bersyukur sebab adanya perkhidmatan sebegini, banyak memberi kemudahan bagi pelajar seperti kami untuk keluar, yang pastinya menjimatkan duit! Okay thanks for reading.. !


Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.