©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

Sedih!! Dituduh Angkara Correction Tape


#StoryTime

" AWAK TAK AKAN DAPAT STRAIGHT A UNTUK SPM!"



Kadang-kala, aku akan sentiasa terkenang kenangan dahulu ketika aku masih di bangku sekolah. Pelbagai kenangan yang manis dan pahit yang tidak dapat aku lupakan. Tanpa kita sedar, kenangan ini sedikit sebanyak mencorak kehidupan kita, perspektif kita terhadap perkara di sekeliling kita.
Pengalaman yang aku bakal kongsikan ini, berlaku ketika aku berada di Tingkatan 5. Rasanya sudah lebih kurang 3 tahun yang lepas. 

Seperti tajuk untuk entri kali ini, kisah aku ini amat berkait rapat dengan correction tape. Aku sejak tingkatan 1 memang gemar menggunakannya untuk memadam kesalahan ketika menulis. Tidak kira panjang atau pendek ayat tersebut, jika salah, pasti aku akan menggunakan correction tape, walaupun satu huruf sekali pun. Aku seorang yang tidak gemar memangkah atau mengariskan jawapan yang salah menggunakan pen. Bagi aku, aku lebih sukakan tulisan aku itu kemas dan tiada contengan. Tetapi satu sahaja masalah aku adalah, aku jenis yang suka menulis jawapan yang panjang setiap kali dalam exam, dan aku akan pastikan struktur ayat yang ditulis itu menarik dan betul. Lebih-lebih dalam soalan subjektif, memang banyak tape yang aku gunakan!

Berbalik kepada kisah yang boleh dikatakan sedih tak sedih ni, ianya berlaku ketika aku berada di kelas Biologi, dan guru yang mengajar aku itu adalah seorang guru cina, nama dirahsiakan. Guru Biologi aku ini, memang antara guru kegemaran aku, kerana teknik pembelajarannya dan effort beliau dalam sesi pembelajaran beliau, amat menarik dan mudah untuk difahami. Beliau seorang yang tegas, tetapi pada masa yang sama, beliau seorang guru yang baik dan berdedikasi dalam kerjanya.

Kisah ini bermula, setelah kami semua mendapat kembali kertas peperiksaan akhir tahun kami, ketika itu kami semua berada di Makmal Sains. Seperti biasa, kami semua akan membincangkan kembali soalan peperiksaan tersebut, pada masa yang sama, juga boleh membuat pembetulan jika ada tersalah tanda. Ketika itu aku duduk dibarisan hadapan sekali, meja bersebelahan tersebut bersebelahan dengan meja yang beliau duduk. 

Seperti biasa, aku akan melihat balik jawapan yang aku salah, untuk memastikan kesalahan tersebut. Seingatkan aku, markah yang peroleh untuk exam tersebut adalah 78%, lagi 2 sahaja untuk dapatkan A. Sedang aku belek-belek, aku terlihat satu jawapan yang sepatutnya aku betul, tetapi disalahkan! Jawapan tersebut amatlah aku pasti, dan yakin bahawa ianya betul! Aku pun terus merujuk soalan tersebut kepada beliau untuk mengesahannya. Mengambil satu minit juga, beliau membelek jawapan tersebut.


Tidak semena-mena, dia terus marah kepada aku, dan mengatakan aku tipu! Memang terkejut beruk aku ketika itu. Dengan tiba-tiba beliau memarahi aku sehingga satu kelas terdiam! Beliau mengatakan aku telah memadam jawapan tersebut dengan correction tape dan menulis jawapan baharu. Memang tak dinafikan, aku dapati memang terdapat kesan tersebut yang amat banyak! Tambah lagi,, jawapan tersebut baru sahaja beliau bincangkan dengan 2 orang pelajar perempuan, (sambil menunjuk mereka dihadapannya) sebentar tadi, dan beliau menuduh aku telah menukar jawapan tersebut setelah mendengar perbincangan mereka ( memandangkan aku duduk berdekatan dengan meja yang beliau duduk). Dua orang pelajar perempuan tersebut hanya mendiamkan diri sahaja, aku memang berharap mereka dapat mempertahankan aku kerana aku yakin satu kelas tahu tentang diri aku, aku bukan seorang yang suka menipu!

Aku mempertahankan diri aku, dengan mengatakan bahawa aku memang tidak membuatnya! Pada ketika itu, aku memang akan bersumpah demi Allah yang aku tidak membuatnya, tetapi memandangkan beliau bukan seorang Islam, aku hanya menyatakan aku sumpah sahaja tidak membuatnya. "semua orang boleh sumpah" kata beliau, membuatkan aku buntu untuk membuktikan bahawa aku memang tidak membuatnya! Tetapi beliau tetap tidak percaya, tambahan lagi, beliau turut mengatakan bahawa aku pernah melakukan perkara yang sama ketika exam pertengahan tahun, tetapi beliau hanya mendiamkan diri! WHAT THE HECK!!?

Aku amat terkejut dan sedih ketika itu, kerana seingat aku, semua guru mengetahui tingkah-laku dan keperibadian aku di sekolah, seorang pelajar yang tidak mungkin melakukan perkara sedemikian. Aku amat malu pada ketika itu, satu kelas memandang ke arahku, pada masa yang sama aku berharap sangat akan ada pelajar yang bangun dan membantu , kerana mereka amat pengetahui bagaimana diri aku yang sebenarnya. Namun ianya hanyalah angan-angan aku sahaja. Semua hanya mendiamkan diri sahaja. Apa yang menambah kesedihan aku lagi, beliau turut mengatakan bahawa aku tidak akan mendapat "straight A dalam SPM" kelak! dan turut akan melaporkan perkara inu kepada unit disipilin! Seperti kita tahu, kata-kata guru merupakan doa. Aku amat sensitif dengan perkara sedemikian.


Kerana tidak dapat menahan kesedihan aku, keluar daripada kelas dan menuju ke surau (kerana kawasan tersebut shaja yang tiada orang), aku menangis sepuas-puasnya disana. Pada masa yang sama, aku dapat rasakan betapa sakitnya dada mengetahui apabila kita dituduh melakukan perkara yang kita tidak lakukan! Sekarang aku memahami, bagaimana perasaan jika seseorang itu difitnah! Rasa sedih yang amat sehingga dada kita berasa amat sesak dan sakit! Aku melakukan solat taubat dan hajat bagi meredakan  hati ku ini.

Aku tidak berdiamkan diri, kerana aku tahu aku tidak bersalah. Dengan mata yang merah, aku pergi berjumpa sekali lagi beliau. Ketika itu beliau sedang dalam perjalanan ke kelas lain. Sekali lagi, beliau tidak percaya dan suruh aku pergi. Aku ketika itu sudah berputus asa kerana beliau sama sekali tidak mempercayai, dan aku hanya mengharapkan Allah yang akan menyelesaikan segalanya. 

Walaupun apa yang terjadi pada hari itu, aku tidak pernah berdedam terhadap beliau, kerana jika difikirkan balik, kita semua pernah begitu juga, takkan kita nak percaya 100% terhadap orang yang kita tidak berapa kenali. Walaupun aku berasa amat sedih dengan apa yang berlaku, aku tetap menghormati beliau, kerana itulah didikan ibu dan bapa ku.

Namun, kejadian tersebut hanya berhenti pada hari itu sahaja, memandangkan aku tidak langsung menerima panggilan daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, mungkin beliau tidak melaporkannya. Aku seperti biasa, pada kelas Biologi yang berikutnya aku tetap menghadiri kelas tersebut, dan masih duduk dihadapan sekali (tempat kebiasaan aku), namun aku hanya berdiam sahaja. Aku tidak seperti dahulu, sering bertanya dan bercakap dengan beliau. Nasib baik kelas hari tersebut, merupakan kelas terakhir bagi subjek Biologi, kalau tidak setiap masa akan menjadi janggal bagi aku.

Apa yang peliknya, pada hari itu, beliau duduk amatlah berdekatan dengan aku ketika mengajar, boleh dikatakan berhadapan dengan aku, ini kerana kadang-kala, soalan yang dibincangkan pasti beliau akan melihat soalan melalui buku yang sedang aku gunakan (betapa dekatnya beliau). Kawan aku turut menyedarinya, dan mereka turut berasa pelik. 

Apapun melalui tindakan beliau tersebut, aku dapat rasa beliau masih percaya kepada aku dan tidak marah lagi. Tetapi ianya tidak diukirkan dengan kata-kata beliau. Walaupun aku tidak lagi bercakap dengan beliau, namun tidak lokek bagi aku untuk senyum kepada beliau ketika berjumpa. 

Aku juga berjaya membuktikan kepada beliau yang aku bukanlah seorang yang penipu, kerana aku berjaya mendapatkan straight A dalam SPM!

Jadi buat adik-adik diluar sana, berpadalah dalam menggunakan correction tape, awasilah tulisan anda, jangan sampai mengundang padah (LOL.. macam iklan jalan raya).
Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.