Semasa taklimat. Setelah memberi penjelasan tentang Yayasan Peneraju, mereka kemudiannya menerangkan kos-kos yang ditawarkan untuk menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Memang banyak kos yang disediakan , tak ingat kesemuanya sebab aku cuma fokus kepada bidang sains sahaja semasa mereka tunjukkan slide tu. Tapi yang sedihnya mereka tidak menawarkan kos perubatan, aku memang impikan nak ambil kos tersebut. Kata mereka, pihak Yayasan Peneraju masih belum menawarkan kos perubatan, mungkin sebab kos tanggungannya yang agak tinggi, maklumlah pelajar-pelajar akan dihantar belajar ke Universiti Swasta, jadi kosnya mungkin agak tinggi. Senarai universiti yang ditawarkan juga semuanya high class dan yang paling penting universiti tersebut semuanya diiktiraf oleh kerajaan! Cuma selepas tamat pengajian, kita harus mencari sendiri pekerjaan dan ini tidak dibantu oleh pihak Yayasan Peneraju, Seperti syarat yang ditetapkan, kita harus berkhidmat di mana-mana organisasi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat awam atau swasta yang berdaftar di Malaysia sebaik sahaja menyempurnakan pengajian dan tempoh pengajian tertakluk kepada jumlah pembiayaan.
Isnin, 19 Oktober 2015