Aku nak kongsikan pengalaman yang aku lalui semasa memohon biasiswa daripada Yayasan Peneraju. mesti yang sedang membaca ini adik-adik yang sedang atau telah menamatkan sekolah menengah, ataupun mungkin sekarang adik-adik telah pun mendapat result spm dan masih menunggu panggilan belajar. So aku nak share sikit pengalaman aku dalam memohon biasiswa Yayasan Peneraju, hope dapat membantu serba sedikit bagi sesiapa yang nak memohon.
Memang impian semua pelajar nak dapatkan biasiswa, ada yang nak fly ke luar negara untuk sambung belajar, ada yang nak ambil bidang ini dan itu, bagi orang yang berada, mungkin senang bagi mereka untuk sambung belajar kemana sahaja yang mereka mahu, tapi bagi orang kurang berkemampuan bagaimana pula? Antara salah satu caranya semestinya melalui biasiswa. Tetapi biasiswa ini umum, bukan dikhusus untuk sesetengah golongan, hanya mereka yang layak dan berpotensi sahaja yang akan mendapatnya tanpa mengira latar belakang. Jadi usaha menjadi kayu ukur antara adik-adik sekalian, kalau rajin berusaha Insyaallah akan dapat, kalau malas berusaha .. bye-bye.. Tapi ini semua rezeki masing-masing, setiap orang berbeza-beza rezeki mereka, ada yang sudah bertungkus-lumus berusaha, tapi usaha mereka tidak membuahkan hasil, ada pula yang kurang berusaha ,tetapi mereka dapat apa yang mereka inginkan. Ini apa yang Allah telah takdirkan, pasti ada hikmah disebaliknya, yang penting sentiasa berusaha dan berdoa. Hehehe... panjang pula abang berceramah..
Okay berbalik pasal pengalaman aku, selepas tamat exam spm , aku mula mencari biasiswa dan lebih kurang semua biasiswa yang dibuka aku akan mohon (ikut bidang yang aku minat). Jadi untuk biasiswa Yayasan Peneraju ini yang aku adalah biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi. Untuk pengetahuan semua ,biasiswa ni lebih mengutamakan anak-anak bumiputera dari keluarga yang kurang berkemampuan tapi ada je anak-anak yang berkemampuan yang mohon. Seperti yang dinyatakan tadi, mereka lebih utamakan golongan yang kurang berkemampuan dan yang paling utama mestilah mampu memberi keyakinan kepada mereka yang anda layak membawa bidang yang adik mohon. For more information about Yayasan Peneraju (click here)
Selepas aku memohon biasiswa ini, apparently secara online di website Yayasan Peneraju, alhamdullilah nama aku tersenarai dalam list temuduga yang akan diadakan di Mercu UEM dekat KL Sentral Kuala Lumpur.
Bangunan Mercu UEM
Peta
thanks to Mr Google sebab gambar ni..
Hari temuduga tu diadakan pada hari Ahad, tarikh tak ingat sebab dah lama. Nasib baik, sebab ayah aku free masa tu. Pakaian mestilah formal bagi lelaki, bertali leher, berbaju kemeja lengan panjang dan kasut bertutup. Bagi perempuan pula mestilah berbaju kurung dan kasut bertutup. Rasanya tak perlu explain kut pasal bab ni, asalkan pakaian korang tu formal dan sopan dah memadai.
HARI TEMUDUGA!!!
Untuk makluman, temuduga ni dijalankan secara berseorangan, maknanya setiap peserta akan disoal berseorangan. But don't worry, temuduga dilakukan di tempat yang terbuka dan setiap peserta akan ditemuduga oleh seorang penemuduga. Terdapat lebih kurang 20 facilitator yang diberi tugas untuk menemuduga peserta. Mereka ni terdiri daripada pegawai Yayasan Peneraju, Professor Universiti dan yang lain-lain yang abang tak pasti, yang pasti mereka ada yang muda dan ada yang tua, nasiblah dapat yang mana.
Selepas membuat pendaftaran, aku diberi tag nombor dilekatkan pada baju. Selepas itu, kami semua dikehendaki masuk ke sebuah dewan yang agak besar dan luas kemudiannya duduk di meja yang diaturkan oleh facilitator, setiap meja panjang dimuatkan 3 peserta. Kedudukan ni disusun secara selang-seli mengikut urutan masa mendaftar.
Sebelum sesi temuduga bermula, peserta dikehendaki menyerah semua dokumen yang perlu dibawa seperti yang disenaraikan semasa peserta mendapat tawaran temuduga, termasuklah fotostat sijil-sijil pencapaian kita yang disahkan. Tetapi bagi mereka yang tidak sempat mendapatkan pengesahan, mereka masih boleh mendapatkannnya semasa mendaftar, dimana mereka akan membuka kaunter untuk mendapakan cop pengesahan asalkan sijil-sijil asli disertakan sebagai bukti. Semasa penyerahan borang ni, kita akan disoal bagi melengkapkan borang yang kita beri dimana terdapat borang yang akan diisi oleh petugas-petugas tersebut. Antara soalan yang abang ingat adalah pekerjaan ibu bapa, bilangan adik-beradik yang masih dibawah tanggungan, kenderaan yang dimiliki ibu bapa, ada kemudahan internet dirumah atau tidak. Itulah antara soalan yang aku ingat.
Selepas semua peserta sudah menyerahkan dokumen-dokumen yang dikehendaki. Kemudian kami diberi taklimat tentang apa itu Yayasan Peneraju, apakah bidang yang ditawarkan oleh Yayasan Peneraju dan sebagainya. Aku juga dapat tahu yang Yayasan Peneraju ini sebuah badan separuh kerajaan dimana dananya diperoleh daripada badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan.
Aku juga dapat tahu intake time masa itu adalah tahun ketiga kalau tak silap dan yang sedihnya peserta yang mendapat biasiswa kali ni tidak mendapat terus biasiswa (pembiayaan) seperti peserta tahun pertama. Maksudnya, peserta yang mendapat biasiswa ini akan mendapat :-
- BIASISWA PENUH
Jika berjaya mendapat PNGK 3.0/4.0 pointer setaraf atau keatas dalam peringkat pengajian Asas dimana akan ditaja terus untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diberi seperti yang dinyatakan semasa mendapat tajaan biasiswa
- PNGK 2.00-2.99/4.0
Biasiswa ini akan ditukar kepada PEMBIYAAN PENDIDIKAN SEPARA dimana kita akan ditukar ke bidang yang bersesuaian semasa hendak menyambung ke peringkat Ijazah dan perlu membayar balik tidak melebihi 20% daripada jumlah pembiayaan pendidikan yang diberikan oleh Yayasan Peneraju sepanjang kursus pengajian.
- GAGAL MENYEMPURNAKAN KURSUS PENGAJIAN
Kita perlu membayar balik segala jumlah yang telah diberikan oleh Yayasan Peneraju.
Menurut mereka semasa memberi taklimat, mereka terpaksa menetapkan syarat sebegitu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti yang dilakukan oleh pemegang biasiswa sebelum ini dimana mereka tidak menghargai penolongan yang diberi dengan berfoya-foya dengan duit yang diberi dan mengabaikan pengajian mereka.Sikap tersebut membuatkan pihak Yayasan Peneraju rugu besar. Jadi mereka terpaksa mewujudkan syarat-syarat bagi pemengang biasiswa.Jadi adik-adik, hargailah penolongan yang diberi dan jangan hancurkan kepercayaan yang diberi!!
Untuk sambungan entry ini click sini (PART 2) (PART 3)
Tiada ulasan