Antara kedai lain selain yang dibincangkan di entry sebelum ini yang ada di aras 1 Anjung Dengkil ini:-
4) Cafe
Cafe ini juga salah satu tempat hotspot para pelajar dan juga lecturer, cafe ini terkenal dengan minumannya, antara yang dijual adalah juice dan pelbagai jenis coffee ( bukan macam starbuck ya, tak adanya) Tapi most macam cappucinno. latte tu adalah. Selain minuman kedai ini juga menjual waffle, sandwitch dan mushroom soup! Tambahan lagi, kedai ini popular di kalangan pelajar sebab kedai ini ada menyediakan televisyen , setiap hari akan dipasang movie yang best-best!
Bersebelahan dengan kedai Bakeri |
Interior yang amat cantik dan bersih |
Kadang-kadang kalau ada gap, selalu duduk sini tengok movie |
5) Kedai Komputer
Kedai ini menjual segala peralatan komputer seperti printer,ink,pendrive,hard drive dan pelbagai lagi, rasanya ada juga menyediakan perkhidmatan membaiki laptop. Selain itu, ada juga disediakan perkhidmatan printing dan juga ada menjual kad sim. Kalau ada jual kad sim, tentunya ada menjual Topup kan.
6) Kedai Printing
Kedai ni nampak simple sahaja, tetapi menyediakan perkhidmatan untuk photostat dalam jumlah yang banyak. Bagi students, memang nota lecturer amatlah penting semasa kuliah, jadi setiap kelas akan menghantar wakil untuk photostat nota untuk satu kelas, tak adalah setiap orang serbu...
Kedai ni juga ada perkhidmatan "Lost and Found" |
Malangnya masih belum dibuka lagi, tak tahu bila akan start buka..
Buat sementara ni, kedai menjual buku terletak di aras bawah..
8) Mesin ATM
Satu-satunya mesin ATM di dalam Kampus, tapi jangan risau, setakat ini tak ada sesak sangat.. kena pandai pilih masa.
9)Surau
Selain itu, dekat Anjung ni juga teletaknya Pejabat Polis Bantuan
Terkejut kau... tiba-tiba disergah pak cik ni.. hahaha, sempat dia tanya "ya ada apa" |
Okay penat cerita tentang Anjung, jom tengok pula tempat belajar...
So basically terdapat 3 bangunan disediakan untuk pelajar untuk menjalankan sesi pembelajaran.
Bangunan Dinamik, Etika dan Progresif
Nama pun tempat baru, jadi semuanya baru. Bangunan pun dekat dengan kolej kediaman, tak macam dekat Puncak Alam dulu.. jauh, kadang kadang terpaksa naik bas sebab tak nak naik tangga ala ala Batu Caves tu.. hahaha
Setiap bangunan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pembelajaran...
BANGUNAN DINAMIK
Seperti biasa, setiap bangunan ada banyak kelas untuk kuliah, tapi dekat bangunan Dinamik ini sahaja terletaknya Dewan Kuliah, untuk kegunaan pelajar Tesl dan Law je kut.... pelajar Sains dan Enjin biasanya dapat rasa Dewan ni kalau ada kelas ganti.. tak ingat ada berapa dewan, tapi dewan dekat sini memang lawa ...
sumber http://yeorinbaramdo.blogspot.my/2015/12/view-in-uitm-dengkil.html Tak sempat tangkap gambar |
Tapi syukur sangat Semester 2 ni tak dapat Dewan Kuliah, nasib baik kuliah dijalankan di kelas biasa... sebab kalau Dewan Kuliah ,kita akan cepat mengantuk sebab kerusi empuk kut... tapi berbeza dengan kelas biasa, kita lebih dekat dengan lecturer, tak mudah mengantuk dan paling penting mudah fokus, This is based from my experience la, lain orang lain pendapat.
Selain itu, Bangunan Dinamik juga bersambung dengan Bangunan Pentadbiran.
Bangunan Pentadbiran ini terletaknya Pejabat Bendahari, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan juga bilik Pensyarah..
Kalau ada sebarang masalah boleh rujuk dekat Hal Ehwal Pelajar |
Kalau barang post perlu diambil di Bahagian Hal Ehwal ni..
Di hadapan Bangunan Pentadbiran... ada sebuah gelanggang futsal dan tennis juga di hadapan bangunan Dahlia |
Pasti ramai tertanya, dalam gambar tu tasik ke... sebenarnya bersebelahan Uitm Dengkil ini adalah bekas lombong... |
View dari belakang Bangunan Pentadbiran... kita boleh nampak Bangunan Progresif, Bangunan Tualang |
BANGUNAN ETIKA
Kalau dekat Bangunan Etika selain kelas kuliah, bangunan ini juga terletaknya Makmal Biologi, Fizik dan juga Kimia, tidak dilupa juga Makmal Komputer.
Sememangnya selesa , cuma makmal di Puncak Alam lebih besar berbanding Dengkil...
BANGUNAN PROGRESIF
Bangunan progresif pula, selain kelas Perpustakaan juga terletak di sini.. PTAR atau nama penuh Perpustakan Tun Abdul Razak. Bangunan ni juga terletaknya bilik belajar 24 Jam, taklah 24 jam sangat sebab masa ditetapkan sampai 11 malam sahaja.
PTAR
entrance masuk.. |
Tempat duduk di hadapan pintu masuk.. menjadi tempat untuk tangkap gambar kelas! |
Tempat yang kondusif untuk belajar dan membuat discussion |
menjadi tumpuan pelajar untuk mengulangkaji... sesak dengan pelajar time waktu exam! |
Tempat yang paling sunyi dan tenteram untuk study!! |
Interior yang menarik... |
Pusat IT di aras 3 |
Kemudahan IT untuk kegunaan pelajar di PTAR |
Bilik Pandang Dengar |
Interior Bilik Pandang Dengar.. tak pernah masuk pun bilik ni |
Bilik Perbincangan.. |
Kaunter meminjam buku |
Bilik Belajar 24 Jam
Di sini juga ada disediakan Hotspot, 30 minit untuk RM 1, tak pernah cuba pun hotspot ni, tapi rasanya laju kut internetnya , yela, wifi uitm pun kalau ramai pelajar guna akan jadi slow kadang-kadang.
Selain itu, dekat Bangunan Progresif juga ada loker pelajar , tempat makan untuk lecturer dan juga studio khusus untuk pelajar Tesl untuk berdrama... macam praktis lakonan kut..
Loker ini disediakan sebab bag tidak dibenarkan dibawa masuk ke Perpustakaan |
Studio Orkid untuk pelajar Tesl |
KAFETERIA PALMA
Kafeteria Palma |
Tetapi selepas sebulan lebih macam tu, cafe ini mula beroperasi untuk pelajar-pelajar!!
Interior yang selesa ditambah dengan air cond yang nyaman |
Sejak dibuka, cafe ni sering menjadi tumpuan pelajar kerana menyediakan pelbagai makanan yang sedap , berkelas 5 bintang (part ni over je.. LOL), pada pendapat aku, walaupun makanan disini mahal berbanding di gerai lain, namun cara penyediaan dan kualiti makanannya amatlah bagus! Tidak rugi walaupun harganya mahal, tambah-tambah lagi makanannya memanglah sedap! Selalu datang cafe ni nak beli chicken chop, memang sedap dan murah chicken chop-nya, hanya RM9.90!! Ayamnya pun besar dan menyelerakan.
Apa yang aku suka dengan cafe ini juga adalah kebersihannya, bagi pandangan mata aku, tempat ini memang bersih dan sesuai untuk menjadi kawasan belajar, di tambah lagi dengan kedinginan penghawa dinginnya!!
Coffee pun ada dijual disini |
Kawasan beriadah yang amat selesa |
PUSAT ISLAM
Untuk sembahyang Jumaat, pelajar lelaki akan ke Pusat Islam Uitm Dengkil , nasib baik dekat, semasa semester 1 semua pelajar ingat kita perlu jalan kaki pergi ke Masjid Dengkil sebab ingat Pusat Islam tu tak muat... tapi nasib baiklah muat! Pusat Islam ni terletak berhadapan Bangunan Pentadbiran dan juga Kolej Dahlia.
PUSAT KESIHATAN
Sesiapa ada masalah kesihatan bolehlah datang ke sini, pusat kesihatan ini terletak bersebelahan Anjung dan juga dekat dengan kolej Dahlia, untung pelajar perempuan..
Tengok..betapa dekatnya.. |
Waktu beroperasi klinik.. |
although it helped, I'm going to get so very lost here. The place is huge!
BalasPadam