-->
©ChumChumLee. Dikuasakan oleh Blogger.
Welcome To My Blog
Memaparkan catatan dengan label Places. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Places. Papar semua catatan

Muzium Perubatan Uitm Sungai Buloh


Muzium Perubatan Uitm Sungai Buloh merupakan satu tarikan bagi siapa yang mengunjunginya. Walaupun tempat ini dibina khas untuk para pelajar, tetapi orang luar juga dibenarkan untuk mengunjunginya sekali. Tempat ini menempatkan pelbagai jenis spesimen yang akan membuatkan kita kagum, contohnya seperti gambar diatas. Selain itu, kita juga dapat melihat organ-organ manusia, turut sama, jenis-jenis haiwan berbisa seperti ular, kala-jengking... serangga, dan juga hidupan laut. Semua perkara yang dipamerkan semestinya berkait rapat dengan sudut perubatan. Daripada perkara yang normal sehingga yang tidak normal.

Uitm Sungai Buloh, Fakulti Perubatan dan Pergigian

Masuk bulan ni, lebih kurang sudah 3 bulan aku melanjutkan pelajaran aku ke Uitm Sungai Buloh. Memang tidak dinafikan, segala kelengkapan yang disediakan amatlah selesa dan mencukupi bagi semua pelajar. Bermula dari katil, tempat tinggal, kedai makan, tidak dilupakan juga wifi, kawasan beriadah, pusat kesihatan, sehinggalah tempat belajar! Segalanya Alhamdullilah mencukupi. 


Pegang Mayat Diawet Di Perubatan Uitm Sg. Buloh?

Bertemu kembali! Seperti yang sedia maklum, melalui entry sebelum ini, aku telah menceritakan bahawa aku telah berjaya mendapat tempat sebagai student perubatan di Uitm Sg. Buloh. Syukur kehadrat Ilahi, memberi peluang yang amat besar ini, Kini sudah lebih 2 bulan aku berada di sini, dan sememangnya cabaran sebagai bakal doktor telahpun aku rasai, walaupun baru sahaja bermula, aku dapat rasakan betapa besar tanggungjawab yang bakal aku pikul kelak, InsyaAllah aku akan berjaya satu hari nanti.


Gambar kepala asli di Unit Anatomi


Sneak Peek Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam (PPAS)



Memang tidak dinafikan perpustakaan ini merupakan salah satu tempat yang pasti menjadi kegemaran bagi pelajar seperti aku! Banyak kemudahan yang disediakan, selain daripada pelbagai jenis buku yang sedia ada , perpustakaan ini juga turut dilengkapi dengan Teater 3D dan 6D seperti entry yang aku kongsikan sebelum ini ( Teater 3D dan 6D ). Jadi untuk entry kali ini, aku akan kongsikan lagi kemudahan lain yang menjadi tarikan kepada mereka yang mengunjung ke perpustakaan ini!

Teater 3D dan 6D Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam


 



Masa cuti sekolah inilah masa yang harus kita manfaatkan, salah satunya melawat ke perpustakaan, hahaha tahu nasihat orang, tapi dia pun jenuh nak datang perpustakaan. Hehehe, hari itu ada datang ke Perpustakaan Raja Tun Uda ini sebab hendak mendapatkan sumber ilmiah untuk menyiapkan assignment.. time cuti sekolah pun kena buat assignment :'( , tetapi dengan kemudahan yang disediakan di sana, banyak membantu pelajar seperti saya.

Pengalaman Di Pusat Asasi Uitm Kampus Dengkil (Part 1)

#disclaimer: Post ini ditulis pada tahun 2016, dan yang pertama menulis tentang UiTM Dengkil. Jadi sepanjang beberapa tahun ini, mungkin ada beberapa perubahan berlaku. Jadi tak semestinya semuanya ada ya 🤣


Sejak dah start sambung semester 2 ni, dah sibuk sampai tak sempat nak update blog. Rasa rindu nak menulis (perasan-padahal baru je buat blog ni, tak sampai 2 bulan baru haha). Untuk pengetahuan semua, aku sekarang sedang menuntut di Uitm Dengkil dalam Asasi Sains masuk semester 2. Sebelum berpindah ke Uitm Dengkil ni, pelajar Asasi Sains ditempatkan di Uitm Puncak Alam, kiranya sekarang ni pelajar asasi dah ada tempat sendiri, tak adalah nak bercampur dengan pelajar Degree dan Diploma. Untuk sesiapa yang tak tahu lagi, Uitm Dengkil dibina khas untuk penempatan pelajar asasi sahaja. Jadi semua pelajar asasi Sains, Kejuruteraan, Law dan Tesl semuanya ditempatkan disini.


Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil
Kampus Uitm Dengkil yang baru dibuka pada tahun 2015.
Terima kasih membaca