-->
©ChumChumLee. Dikuasakan oleh Blogger.
Welcome To My Blog

Uitm Sungai Buloh, Fakulti Perubatan dan Pergigian

Masuk bulan ni, lebih kurang sudah 3 bulan aku melanjutkan pelajaran aku ke Uitm Sungai Buloh. Memang tidak dinafikan, segala kelengkapan yang disediakan amatlah selesa dan mencukupi bagi semua pelajar. Bermula dari katil, tempat tinggal, kedai makan, tidak dilupakan juga wifi, kawasan beriadah, pusat kesihatan, sehinggalah tempat belajar! Segalanya Alhamdullilah mencukupi. 


Jadi untuk entry kali ini, aku nak kongsikan sedikit, nak bagi sneak peek sedikit kepada adik-adik diluar sana yang nak melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan pergigian especially di Uitm Sungai Buloh ni, bagaimana kawasan tempat tinggal dan kemudahan yang disediakan disini. 




Laluan masuk..




Uitm Sg Buloh ni tak adalah luas dan besar sangat, seperti Uitm Shah Alam atau Uitm Puncak Alam, sebab Uitm ini khas hanyalah untuk pelajar perubatan dan pergigian, tak campur dengan kos lain.
Selain itu, dekat sini juga ada menempatkan hospital atau pelajar dekat sini panggil CTC ( Clinical Teaching Centre). CTC dekat sini macam hospital mini yang biasa, pesakit-pesakit dari Hospital Sungai Buloh juga kadang-kala menerima rawatan disini macam dialisis, dan macam-macam lagi, wad bersalin pun aku ada nampak hari tu. Tetapi dengar senior cakap, dekat sini banyak dirujuk untuk masalah jantung sebab pakar jantung ramai dekat sini.

Centre Learning Centre








Hari biasa memang akan ada ramai pesakit dan orang luar dekat sini.. tak sabar juga nak masuk tempat ni time tahun ketiga!! Nama pun learning centre, so memang ramai pelajar dekat sini.


Apa yang istimewanya, rawatan perubatan adalah percuma untuk pelajar disini. Kalau tak sihat, terus boleh datang ke sini, tak payah pergi jauh-jauh. Kadang-kadang, kalau nak buat minor surgery dekat sini pun percuma untuk pelajar. Macam kawan aku, dia rujuk doktor dekat situ untuk buang satu ketumbuhan dekat tangan dia, ketumbuhan tu bukanlah macam kanser, sebab benda tu tak bahaya, tapi sikit gelembung dekat tangan dia. Doktor tu cakap memang percuma!!

Siap posing lagi abang polis tuuuu

Ubat pun jangan risau, percuma untuk pelajar


Dekat sini yang bestnya, Pau , Waffle dan Jagung




Cafe dekat CTC ni lebih tertumpu kepada pesakit dan orang luar sahaja. Jarang pelajar nak makan dekat sini, pelajar banyak beli dekat Cafe kediaman dan dekat fakulti. Aku pun tak pernah beli..




Satu-satunya kedai buku dekat sini, alat tulis, buku tulis kebiasaannya dibeli dekat sini. Buku rujukan ada dijual tetapi pelajar tak pernah beli dekat sini sebab kurang pilihan.



Untuk makluman semua, ini adalah satu-satunya mesin ATM yang ada dekat sini, memang menjadi tumpuan pelajar untuk mengambil duit, kalau nak cucuk kat luar, boleh dikatakan jauh. Tapi kebanyakan pelajar tahun 3,4 dan 5 ,mereka dah boleh bawa kenderaan jadi senang la nak keluar kalau mesin rosak. Pelajar 1 dan 2 tidak dibenarkan membawa kenderaan, yelah, pelajar 1 dan 2 masih pre-clinical, tak perlu masuk hospital lagi, cuma belajar dekat kampus sahaja.

Kediaman Pelajar

Basically, terdapat 3 bangunan kediaman pelajar iaitu Resident College 1 , 2 dan 3. RC 1 dan 3 menempatkan pelajar perempuan manakala RC 2 adalah untuk pelajar lelaki. Memang ketara sangat pelajar perempuan memang majoriti dekat sini, RC 1 kediaman untuk pelajar perubatan, RC 3 pula untuk pelajar pergigian. RC 2 untuk lelaki memang campur perubatan dan pergigian.

Laluan ke Kolej Kediaman


Resident College 1

Okay kita start dengan Kolej Kediaman 1, kalau nak tahu, kediaman ni yang paling ramai pelajar lalu-lalang, first sebab Cafe utama untuk pelajar terletak dekat bangunan ni, jadi memang ramai pelajar yang akan datang beli, mana taknya Cafe dekat RC 3 macam tak function, kejap ada kejap tak ada, Cafe RC 2 pula, hanya buka malam dan hanya sediakan masakan panas sahaja, maksudnya tak ada makanan yang kita cedok sendiri. Yelah, makanan macam tu biasanya murah berbanding masakan panas. Selain itu juga, dekat RC 1 juga ada tempat sukan seperti gelanggang squash dan ping-pong. tempat ni lelaki boleh masuk, kecuali gym! Sebab Gym setiap bangunan ada. Ditambah lagi, ada bilik belajar yang ada penghawa dingin, memang  jadi tumpuan pelajarlah dekat sini.


Kolej ini adalah kolej pertama yang dibina, sebab tulah kebanyakkan kemudahan banyak ada di sini.


Setiap petang, memang ramai pelajar akan beriadah, berjogging, main futsal, badminton, bola tampar, squash, ping-pong, bola keranjang dan macam-macam lagi. Even doktor pun kita boleh nampak petang-petang.





Memang cafe ni popular dalam kalangan pelajar, sebab makanannya yang banyak pilihan dan agak murah. Waktu siang kebiasaannya makanan yang cedok-cedok, malam pula masakan panas. Kadang-kadang kesian tengok pekerja dekat cafe ni, sebab diorang macam tak cuti, setiap hari nampak muka akak-akak cafe tu..




Dobi RC1

Dobi yang terletak di tingkat bawah setiap bangunan. Dekat sini dobi guna token, dan bayarannya adalah RM 3.50. Agak mahal, sebab kalau time asasi dulu dobi hanya RM 2.50. Kalau nak save, tunggu baju dah banyak baru basuh, tak pun kongsi duit dengan kawan, guna satu mesin basuh, sebab mesin basuhnya pun agak besar, jadi boleh basuh banyak baju! Setiap bangunan ada mesin basuh, kecuali bangunan RC3, bangunan pelajar pergigian, sebab bangunan tu masih baru lagi, jadi belum disedikan dobi. Kesian diorang , kena angkut baju pergi bangunan lain.



Sememangnya kebanyakkan kemudahan telah disediakan Uitm mengikut kemahuan pelajar. Memang rata-rata pelajar dekat sini memang aktif bersukan! Yelahkan, bakal-bakal doktor, mestilah sihat selalu.




Resident College 2





Dekat sini ada gambar interior rumah, basically setiap bangunan sama, cuma ada sedikit perbezaan dengan bangunan lain, tak pasti apa yang berbeza sebab tak pernah tengok. Cuma kalau RC 1 , setiap bilik ada rak buku dan lampu belajar, macam bangunan lelaki tak ada.



cabinet lagi bak hang....
  


Tandas dekat sini memang heaven, sebab ada 6 bilik tandas, 3 untuk shower, manakala 3 lagi untuk melepaskan hajat korang. Memang tak berebut kalau pagi-pagi, kalau masa Asasi dulu dekat Uitm Dengkil, tandas ada 2 sahaja!!



Kebiasaanya aku tak guna ampaian dekat sini, sebab terlindung sangat daripada cahaya matahari, lepastu tempat jadi terlalu crowded, sampai baju lambat kering, jadi aku selalu sidai baju dekat tangga HAHAHA. Yelah, dalam 5 jam macam tu dah kering, sebab kena cahaya matahari. Nasib baik pelajar dekat sini baik-baik, tak adalah nak curi pakaian semua.


Pekerja dekat sini berasal dari Acheh, antara mereka pernah terlibat dalam tragedi Tsunami dekat Acheh dulu, siap cerita lagi. Tapi dekat sini makanannya boleh-boleh saja, aku selalu beli dekat RC 1, sebab was-was dengan kebersihan cafe ni.


Cafe ni sebenarnya kalau buat betul-betul, memang akan ramai pelajar yang akan datang, sayang tempat luas macam tu, dibiarkan sahaja. Biasa pelajar lelaki jelah yang beli dekat sini.


Ini yang menariknya dekat sini, gym! Pihak Uitm pun nak lah pelajar mereka berotot dan tegap. HAHAHA, aku hanya beberapa kali je pernah datang. Beruntung pelajar dekat sini...






Bangunan lelaki turut ada disediakan dobi..



Kalau dekat belakang bangunan RC 1 ni, ada sebuah kolam ikan. Jadi kalau petang-petang tu bolehla tengok ikan sambil bagi makan.






Boleh nampak bangunan fakulti dari sini

Permandangan dari atas bangunan

Memang tempat ni dekat dengan bukit, kita boleh nampak kabus, lagi-lagi time hujan, memang sejuk bila malam-malam. Psttt... kalau nak tahu korang boleh nampak kawasan perkuburan Islam dekat gambar atas tu.. cuba cari..
Resident College 3

RC 3, seperti yang aku cakap tadi, hanya pelajar perempuan pergigian yang tinggal sini. Bangunan ni selalu menjadi kunjungan pelajar sebab ada Mini Mart. Barang makanan dan keperluan lain ada dijual sini.







RC 3 ada juga gym tetapi taklah semewah gym RC1 dan RC2, bilik ni lebih tertumpu kepada pelajar yang nak berlatih menari.. jangan main-main, pelajar perubatan pun ada dancer juga!


Cafe yang macam tak ada function..

Pejabat polis yang terletak di RC3
Fakulti Perubatan

Dekat sinilah terletak pelbagai tempat pembelajaran, seperti dewan kuliah, makmal, perpustakaan, kelas, dan macam-macam lagi. Tidak dilupa juga, fakulti ini juga terletaknya klinik, jadi bagi pelajar, kena rujuk dahulu klinik dekat sini.












Dewan kuliah dekat sini amatlah cantik, besar dan lengkap. Setiap dewan dilengkapi dengan 8 buah televisyen samsung, dan sistem audio. Disamping, pensyarah-pensyarah yang bagus dan berkaliber, ianya secara tidak langsung kaedah pembelajaran menjadi lebih menarik. Cuma satu sahaja masalah kalau dekat dewan kuliah ni... iaitu MENGANTUK.




Sebenarnya, gambar dewan kuliah yang aku tangkap ni adalah dewan kuliah 3, dimana agak kecil sedikit berbanding dengan dewan 1 dan 2. Sebab kalau dewan 1 ada 3 buah screen projector!



Bilik SGS ini banyak digunakan oleh pelajar-pelajar untuk kelas yang memerlukan kumpulan kecil :-

Kelas SGS -
 Kelas tutorial, dimana kelas ini kita akan membincangkan soalan-soalan setiap subjek                          dan soalan tersebut akan diberi beberapa hari sebelum kelas SGS.

Kelas PBL - 
Kelas PBL ini adalah kelas perbincangan, dimana perbincangan ini dilakukan oleh pelajar sendiri, pensyarah hanya mendengar dan memberi guide line sahaja. Pelajar akan diberi satu masalah, dan pelajar harus membincangkan apakah possibility daripada masalah diberi. Alah lebih kurang macam diagnos la, tentang pesakit ini, sebab apa dia sakit, apa ubat yang diberi dan macam-macam lagi. Melalui kelas inilah kita akan belajar benda baharu!

Kelas ELC -
ELC akronim untuk English Learning Centre, basically kita memang akan belajar english lagi, sebab english memang satu yang penting bagi pelajar perubatan. Tetapi kelas ELC ini hanya untuk 2 sem sahaja, lepas tu tak ada dah.





Inilah dewan peperiksaan, terletak dekat tingkat 2, sama aras dengan perpustakaan. Memang luas, ianya dapat memuatkan pelajar satu batch, kalau jumlah pelajar batch kitaorang adalah sebanyak 234 orang.



Untuk pengetahuan semua, belakang Fakulti Perubatan terletaknya Fakulti Pergigian , bahagian depan pula letaknya CTC.



MAKMAL

Makmal yang biasa digunakan terletak dekat tingkat 5, Makmal 1, 2 dan 3. Dekat tingkat 5 juga ada Makmal Anatomi, alah makmal yang boleh tengok mayat tu.. (Click sini) kalau nak tengok gambar makmal anatomi!




HAHA... pensyarah tu jeling je time aku tangkap gambar... kalau nak tahu lagi, dekat sini juga ada banyak pensyarah dari luar negara, German, Arab, Pakistan, Rusia dan pelbagai lagi ada dekat sini! Memang kadang-kadang susah nak faham slang bahasa mereka, tapi itu bukan satu masalah disini, sebab mereka ini amatlah baik dan ramah.




Lab Anatomi lah biasanya kita akan nampak mayat, atau dekat sini kita panggil Cadaver. Kalau nak tahu, rasanya Uitm sahajalah yang menyediakan Cadaver yang paling banyak antara Universiti lain. Aku ada dengar, USM hanya ada satu Cadaver sahaja!! Jadi amat bertuah kalau dapat belajar dekat sini!






Kalau Lab Anatomi ni terletak dekat bangunan belakang, dan laluan dekat tingkat 5 ini yang menyambungkan 2 bangunan ni, alaa,, macam Twin Tower gitu...

Laluan menyambungkan bangunan depan dan belakang ...

CAFE

Cafe dekat sini memang sering mendapat kunjungan pensyarah, pekerja hospital, nurse dan juga pelajar. Makanan dekat sini juga sedap dan hargnya berbaloi!








MUZIUM PERUBATAN

Inilah muziu yang aku cakap tu, ini antara tarikan dekat sini, segala specimen seperti organ manusia, haiwan berbisa segalanya ada ditunjukkan disini, kalau nak tengok lebih lanjut (click sini)




PERPUSTAKAAN


Inilah tempat setiap hari aku akan kunjungi, contoh kalau ada gap atau waktu rehat, aku akan datang duduk sini. Memang perpustakaan ini hanya menyediakan buku berkaitan Perubatan sahaja, dan kebiasaanya memang akan penuh tempat ni.. aku biasa datang untuk print nota sebab murah, 10 sen sahaja sehelai!

Nak tengok lebih detail (click sini)


Insistut Bioteknologi Perubatan Molekul turut dibina di dalam Uitm, pelajar perubatan tak menggunakan Institut ini, kebanyakkannya pelajar Master sahaja rasanya yang datang sini untuk buat penyelidikan.


So basically, untuk siapa yang tak tahu lagi, Uitm Sg Buloh ni, terletak aga terpencil, tapi tak adalah lah pedalaman sangat, cuma bas awam tak lalu sini. Biasanya pelajar akan guna Uber atau GrabCar, tak pun sewa kereta senior. Selain itu, kalau nak tahu, dekat sini sini juga ada tempat pesakit Kusta!, memang still ada pesakit begitu dekat sini, kalau ada karnival atau program yang dianjurkan, kita boleh melihat pesakit-pesakit ini!



Dari sini boleh nampak RC 1

Kita boleh nampak kabus dan bukit dekat belakang sana
Kebiasaanya ramai pelajar akan berjogging lalu dekat kawasan ini, aku pun sering lalu dekat sini. Selain pusat Kusta, sekeliling kawasan ini banyak orang menjual pokok bunga! Memang sambil berjogging tu dapat la tenang kan diri tengok flora yang pelbagai warna. Bagi mereka yang minat pokok bunga, kawasan sinilah yang harus dikunjungi. Kawasan ni agak tersorok, so hanya certain people sahaja yang tahu. Harganya pun berpatutan.




Memang cantik dan berwarna warni.. memang tak rugi datang singgah ke sini!





Aku ada beli pokok kecil ni letak dekat rumah sebagai hiasan, memang senang nak jaga!






Untuk pelajar lelaki juga, untuk solat Jumaat, jangan risau sebab masjid memang dekat dari sini , hanya 5 minit dengan berjalan kaki!

Boleh nampak masjid melalui bangunan fakulti Perubatan




Kalau setiap solat Jumaat, masjid ini akan menyediakan makanan buat para jemaah, jadi bolehlah save duit makan dekat sini. Menu pun berbeza-beza setiap minggu, tapi tak adalah disediakan makanan mewah macam ayam, daging , just makanan simple sahaja.



Berdekatan masjid ni juga ada gerai makan, jadi kalau nak tukar angin merasa makan lain, bolehlah makan dekat sini. Kadang-kadang cafe Uitm tutup cuti, so kenalah beli dekat luar bagi mereka yang tak balik rumah..




Sebenarnya banyak lagi gambar nak dikongsi. Bangunan Fakulti Pergigian lagi banyak benda menarik... so stay tuned.

1 ulasan

Terima kasih membaca