-->
©ChumChumLee. Dikuasakan oleh Blogger.
Welcome To My Blog

Teater 3D dan 6D Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam


 



Masa cuti sekolah inilah masa yang harus kita manfaatkan, salah satunya melawat ke perpustakaan, hahaha tahu nasihat orang, tapi dia pun jenuh nak datang perpustakaan. Hehehe, hari itu ada datang ke Perpustakaan Raja Tun Uda ini sebab hendak mendapatkan sumber ilmiah untuk menyiapkan assignment.. time cuti sekolah pun kena buat assignment :'( , tetapi dengan kemudahan yang disediakan di sana, banyak membantu pelajar seperti saya.





Yang menariknya dekat sini, terdapat teater 3D dan teater XD!

Teater 3D


Teater 3D tu macam biasalah, tengok movie 3D tapi movie yang disediakan hanyalah movie untuk tontonan keluarga dan kanak-kanak, ada movie kartun sahaja... 

pintu masuk

Best dapat landing dekat sini bersama keluarga sambil tonton movie






Teater XD/6D



Tapi yang menjadi tarikan di sini adalah Teater XD atau dikenali juga sebagai 6D.Ia menggabungkan teknologi 6D motion ride iaitu gabungan kesan khas pencahayaan, gegaran kerusi yang sangat laju, kesan angin serta bunyi yang kuat dan visual 3D yang canggih. Nama pun 6D, jadi suasana teater tu semasa menonton nampak real la semua. Terdapat 4 buah filem tersebut ialah Canyon Coaster, Cosmic Coaster, Ravine Racer dan Haunted Mine. Ini semua bukan filem ya... ni macam simulasi games, contoh macam naik roller coster, just kat teater ni lebih realistik siap ada getaran dan bunyi yang menakutkan!




Jangan risau, tempat ini kalis bunyi, jadi tak menganggu orang yang sedang membaca

Ada 4 movies





Memang best semasa duduk kat kerusi ni, tergoyang goyang sampai kepala boleh terhantuk dekat kerusi tu, but dont worry tak berbahaya pun, tapi kena hati-hati sebab kerusi ni keras sikit (kalau tak macam mana nak rasa getarankan!) Hari tu pilih Haunted Mine, memang seram sebab audio dia yang kuat dan memang rasa macam ala ala dalam gua. Tapi jangan risau, tak ada pun benda macam hantu yang tiba-tiba sergah. Masa naik tu, takut juga kalau-kalau ada, tapi Alhamdullilah tak ada.. hahahha so tak payah tutup-tutup mata..

Perhatian kepada Ibu Bapa, anak-anak anda harus melepasi tinggi ditetapkan

Harganya pun amatlah berpatutan, bayaran untuk Teater 3D adalah RM 5 ,kalau Teater XD pula berharga RM 10. Harganya memang berbaloi dengan kepuasan yang kita dapat, alang alang tu dapatlah hilangkan stress lepas belajar. Jadi tempat ini memang sesuai untuk satu keluarga beriadah, sambil sambil menuntut ilmu tu, kita juga dapat bersuka ria!


Banyak benda yang menarik dekat Perpustakaan Raja Tun Uda ini... so tunggu entry seterusnya

Tiada ulasan

Terima kasih membaca