-->
©ChumChumLee. Dikuasakan oleh Blogger.
Welcome To My Blog

Pengalaman Temuduga Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi 2015 (Part 2)






Semasa taklimat. Setelah memberi penjelasan tentang Yayasan Peneraju, mereka kemudiannya menerangkan kos-kos yang ditawarkan untuk menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Memang banyak kos yang disediakan , tak ingat kesemuanya sebab aku cuma fokus kepada bidang sains sahaja semasa mereka tunjukkan slide tu. Tapi yang sedihnya mereka tidak menawarkan kos perubatan, aku memang impikan nak ambil kos tersebut. Kata mereka, pihak Yayasan Peneraju masih belum menawarkan kos perubatan, mungkin sebab kos tanggungannya yang agak tinggi, maklumlah pelajar-pelajar akan dihantar belajar ke Universiti Swasta, jadi kosnya mungkin agak tinggi.  Senarai universiti yang ditawarkan juga semuanya high class dan yang paling penting universiti tersebut semuanya diiktiraf oleh kerajaan! Cuma selepas tamat pengajian, kita harus mencari sendiri pekerjaan dan ini tidak dibantu oleh pihak Yayasan Peneraju, Seperti syarat yang ditetapkan, kita harus berkhidmat di mana-mana organisasi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat awam atau swasta yang berdaftar di Malaysia sebaik sahaja menyempurnakan pengajian dan tempoh pengajian tertakluk kepada jumlah pembiayaan.


Biasiswa Yayasan Peneraju
Ini Bon Perkhidmatan




Seperti apa yang diterangkan semasa taklimat, selepas kita tamat pengajian , kita masih akan dipantau oleh pihak Yayasan Peneraju dimana kita harus menghantar progress perkembangan kita setiap beberapa bulan kalau tak silaplah. Ini menunjukkan betapa mereka mengambil berat kepada anak-anak bumiputera, mereka nak tahu sama ada kita sudah mendapat kerja atau tidak, berapa gaji bulanan kita. Mungkin mereka akan membantu kita untuk mendapatkan kerja jika kita masih menganggur selepas tamat pengajian. Memang bertuah kalau dapat biasiswa ni, cuma itulah, kita harus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat tajaan penuh.



Okay berbalik kepada kos yang ditawarkan, selepas ketiadaan kos perubatan terpaksalah memilih kos lain dan aku masa tu tertarik dengan kos sains kesihatan yang ditawarkan. Dibawah kos tersebut ada 3 cabang yang lain iaitu Pharmacy, Pharmaceutical Chemistry dan lagi satu tak ingat. Aku pilih yang dua tu semasa isi borang , pilihan pertama Pharmaceutical Chemistry dan yang kedua Pharmacy. Sebenarnya aku tak tahu apa-apa tentang Pharmaceutical Chemistry hahaha, aku tulis je sebab ada Chemistry kat belakang tu (aku minat Chemistry). Tapi antara 2 pilihan tu, yang aku tengok jumlah kos pembiayaan pharmacy lebih tinggi daripada pharmaceutical chemistry.




Selepas mengisi borang yang disediakan, tiba masanya untuk menduduki ujian bertulis! Jangan terkejut, sebelum ditemuduga kita akan menduduki ujian bertulis iaitu ujian personaliti dan esei dalam bahasa inggeris. Tajuk esei masa tu adalah " WHAT LIFE MEANS TO YOU" and it must be more than 120 words! Apa yang menariknya, ujian bertulis ini tak ada limit masa. Ambillah masa adik-adik untuk buat esei tu dengan sebaik mungkin. Menurut mereka, tujuan esei English itu adalah untuk memilih pelajar yang mampu untuk memahami bahasa english dan menulisnya kerana pembelajaran semasa pengajian adalah 100% english ( mengikut bidang dan subjek). Mereka juga memberitahu mereka takut pelajar tidak mampu catch up dengan pembelajaran kerana kurang memahami english. Jadi menerusi esei ini mereka akan memilih pelajar yang sudah mempunyai basic dalam english. Selepas itu, pelajar yang terpilih akan mengikuti Bridging Programme ( Program Pembangunan Pelajar) dimana mereka akan menajamkan kemahiran pelajar dalam bahasa english.




Jadi sesiapa yang telah siap menjawab ujian bertulis tersebut, kita boleh terus pergi menemui salah satu facilitator untuk ditemuduga. Di hadapan pentas tersebut telah tersedia barisan meja yang diisi dengan 15 orang facilitator. Jadi satu facilitator akan menemuduga seorang peserta. Aku masa tu berusaha bersungguh-sungguh menulis esei tu sampai peserta sebelah aku tegur " tak payah panjang sangat" haha aku rasa mungkin dia rasa intimidated kut sebab aku tulis panjang daripada dia. Nasihat aku, tulis sahaja apa yang adik fikir, relate dengan kisah hidup adik yang sesuai.




Semaasa  menunggu giliran, rasa nervous sebab tengok sesi temuduga tu dijalankan dalam bahasa inggeris, sebab kalau suruh tulis esei bahasa inggeris boleh lah, ini kalau suruh cakap , takut tergagap-gagap. Masa tu aku cuba berfikiran positif dan yakin pada diri yang aku boleh buat. 
Selepas ada kerusi yang kosong, aku cepat cepat pergi, yelah cepat buat cepat lah habis kan! So penemuduga aku tu seorang lelaki, nasib baiklah penemuduga tu sangat mesra dan ramah. Hilang sikit rasa gementar. Adik-adik jangan risau kerana kesemua penemuduga ni akan sentiasa membantu adik-adik.. so chill!



Selepas menyerah borang dan jawapan exam tadi, facilitator tadi berbual sebentar dengan aku. Dia tanya asal mana, sekolah apa dan lain-lain. Sebelum sesi temuduga bermula, dia memberitahu bahawa ketika sesi temuduga aku harus bercakap sepenuhnya in english. Gementar sangat ketika itu. 
Antara soalan yang aku ingat yang ditanya "what are your weakness and strength" "what are your biggest achievements" and many more....   aku cakap je apa yang terlintas kat fikiran masa itu. Aku cakaplah yang tak sangka dapat physic A+ sebab tak pernah dapat sebegitu sebelum ni, lepastu aku cakaplah yang abang minat bidang sains sampai tak dapat decide mana yang aku betul-betul minat sebab semuanya related tapi aku cakap juga yang minat bidang chemistry sebab tu pilih pharmaceutical chemistry dan pharmacy. Lepas tu dia tengok aku punya esei dan dia cakap "You make a lot of effort writing" bunyi intonasi dia tu macam bagi compliment, so terasa happy.



Sepanjang sesi temuduga tu berjalan dengan lancar sampai aku menangis ceritakan pengalaman yang aku lalui selama ni, sebab facilitator tu cakap just express your feelings... sebab tu lah aku cerita sampai menangis-nangis. Malu jugak lah kalau difikirkan balik tapi memang tak dapat dielakkan. So nasihat aku just be honest dan jawab sahaja apa yang ditanya hehehe, sebelum abang nak pergi tu , facilitator tu siap bagi abang tisu lap air mata , hingus meleleh hahahahahaha. Itu pengalaman yang aku rasa tak dapat dilupakan, aku tengok ada je orang yang menangis jugak hehe so jangan takut nak express feelings semasa temuduga.





Selepas tamat temuduga tu, kita dibenarkan terus untuk pulang. Ohh satu lagi, tentang makanan jangan risau, pihak Yayasan Peneraju akan menyediakannya. Jadi adik-adik jangan lepaskan peluang memohon biasiswa ni, kalau tak dapat pun boleh la dijadikan pengalaman buat adik-adik untuk mengetahui bagaimana process temuduga itu dijalankan. Jadi kita boleh memperbaiki kelemahan kita untuk menjadi lebih bagus pada masa hadapan.


Semua perkara yang abang tulis ni adalah berdasarkan apa yang aku lalui dan segala perubahan tertakluk kepada pihak Yayasan Peneraju...  




Okay, di entry seterusnya aku akan bagi tahu keputusannya! Click (PART 3) kalau nak tahu result tu.







Tiada ulasan

Terima kasih membaca