-->
©ChumChumLee. Dikuasakan oleh Blogger.
Welcome To My Blog

Tips Untuk Dapat A+ dalam Add Maths/Mathematics

Additional Mathematics, mendengar namanya sahaja pasti kita akan mendengar keluhan sesetengah pelajar yang mengatakan ianya "susah", "sukar", "complicated", "tidak faham" etc... pelajar yang seringkali mendapat A dalam subjek ini, pasti akan dilabelkan sebagai budak pandai, dan pelajar yang gagagl acapkali beranggapan bahawa diri mereka itu tidak setanding dengan pelajar golongan A, dimana pelajar golongan A ini mempunyai IQ yang tinggi dan cepat tangkap dalam semua pembelajaran (tidak semua berkata pelajar begitu). Ini aku dapat katakan berdasarkan pengalaman, sering mendengar kata-kata begitu. Aku dulu juga semasa ujian pertama Add Maths di tingkatan 4, juga pernah hampir gagal dalam subjek ini, tetapi aku bangkit! Akhirnya, aku berjaya mendapat markah tertinggi pada Ujian Akhir Tahun.



Sindiran seperti "Alah, kau budak pandai", "aku tak macam kau" etc kadang-kala kedengaran di corong telinga aku. Tetapi pernahkah mereka berfikir tentang kesusahan aku dalam mendapatkan A tersebut? Kadang-kala terpaksa juga bersengkang mata untuk belajar seluruh bab...  hahaha ini salah aku juga kerana suka belajar last-last minit!! Aku teringat kata-kata seorang pelajar Cina di sekolahku (SMK Raja Mahadi) yang berjaya mendapat straight 9A+ dalam SPM. Katanya seperti ini "saya tidak pandai, saya hanya rajin".. cuba anda hayati maksud disebalik ayat tersebut, kita akan dapat lihat, semua pelajar ada peluang untuk berjaya, tetapi mestilah rajin! Bak kata pepatah "belakang parang diasah lagikan tajam"..

Persediaan untuk Pelajar Asasi Uitm Dengkil

Seperti yang kita maklum, keputusan UPU bagi lepasan SPM telah pun diumumkan pada 16/5 yang lepas... rata-rata pelajar ada yang gembira dengan keputusan yang diperoleh, ada yang sedih, dan juga ada yang blur, tidak tahu apa yang patut dilakukan, ragu-ragu untuk memilih kos yang betul-betul sesuai untuk masa depan kita! Aku juga seperti itu dahulu, perasaan tidak tenang dan takut itu timbul.. banyak persoalan yang timbul...yang manakah yang patut aku pilih.. dek kerana aku merupakan anak sulung dan ibu bapa ku juga tidak mempunyai pengalaman tentang perkara yang harus dilakukan untuk anak lepasan SPM. Syukur.. alhamdullulillah dengan bantuan guru, kawan dan internet (terutamanya blogger-blogger di luar sana) banyak membantu aku untuk mengatasi kebuntuan pada masa itu. Ini sebabnya aku mewujudkan blog ini, dengan harapan dapat membantu serba sedikit bagi mereka yang mempunyai masalah seperti diriku!


Terima kasih membaca