-->
©ChumChumLee. Dikuasakan oleh Blogger.
Welcome To My Blog

Review:Hilangkan Blackheads Dengan Anti-Blackheads Gel Nuteen

Memang tidak disangkal lagi, blackheads dan whiteheads merupakan satu masalah utama bagi sebahagian besar remaja sekarang ini, termasuklah diri aku ini. Mana tidaknya, benda ini tumbuh bagaikan tiada penghujungnya. Setiap kali kita cuba membuangnya, selang beberapa hari kemudiannya, ianya akan muncul kembali bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan! Tetapi kebiasaannya ia bergantung kepada aktiviti yang kita lakukan sepanjang hari, jika kita melakukan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh, pasti whiteheads akan mula timbul (berdasarkan pengalaman sendiri). Memang pelbagai produk aku guna, antaranya Bioglo dan Biore Men's Nose Strips. Dapat dikatakan produk-produk ini juga sememangnya berkesan dalam mengurangkan whiteheads dan blackheads, tetapi setelah berjumpa dengan Anti-Blackheads Gel Nuteen dan mencubanya sendiri, ternyata produk ini lebih bagus!




Produk Nuteen ini aku jumpa di sebuah lelongan yang dianjurkan oleh The Store! Aku tertarik dengan produk ini selepas demo ditunjukkan oleh promoter di sana, mana taknya, tangan aku dijadikan bahan uji kaji... Haha, memang terkejut juga aku tengok hasilnya apabila gel tersebut digosok pada tangan aku. Segala kotoran daki terus keluar apabila digosok, rasa geli pun ada!!!




Apa yang menarik dengan produk ini adalah kita dapat memakainya setiap hari! Tidak seperti produk peel off yang ada dipasaran yang membuatkan kulit muka kita berasa pedih dan sakit apabila hendak mencabutnya, gel Nuteen ini hanya disapu dan digosok pada kulit muka. Kita tidak perlu lagi memicit muka kita hanya untuk menghilangkan whiteheads dan blackheads di muka!!



Cara Pemakaian : Pastikan muka bersih dan kering sebelum menyapu gel diseluruh muka dengan jari yang kering. Kemudian gosok dan urut muka dengan gel tersebut sehingga kotoran keluar, kemudiannya basuh dengan air yang bersih.





Gel ini berwarna jernih dan berbau wangi! 



Gosok gel tersebut pada kulit.. pastikan dalam keadaan kulit yang kering! 



Hasilnya apabila kotoran tertanggal!! 

Cuba lihat gambar diatas, itu adalah gambaran yang akan berlaku dimuka korang nanti. Setelah memakai gel ini, kulit aku menjadi semakin licin dan lembut, rasa ratalah sikit muka tu, kalau tidak rasa macam berbintik-bintik dan tak rata di muka! Antara kelebihan yang lain, ianya dapat mengurangkan dan mengawal pengeluaran minyak di muka, jadi ianya akan menyukarkan jerawat untuk tumbuh.




Isi kandungan produk tersebut



Memang cute tube Gel Anti Blackheads ini! Ianya mengadungi 30 ml, dan mampu bertahan selama 1 bulan lebih jika dipakai setiap hari. Apapun produk ini amatlah recommended bagi mereka yang mempunyai masalah sebegini, walaupun ianya bukan 100% menghilangkan whiteheads dan blackheads, namun ianya antara produk yang terbaik!






Tiada ulasan

Terima kasih membaca