-->
©ChumChumLee. Dikuasakan oleh Blogger.
Welcome To My Blog

Keputusan UPU Yang Ditunggu Lepasan Asasi






Hanya Allah sahajalah yang tahu betapa berdebarnya jantung aku tatkala berhadapan dengan screen laptop, aku dah standby duduk menunggu dari pukul 11.30 am! Dup Dap Dup Dap, perasaan aku ketika itu memang bercampur nervous, takut, nafas aku pun macam tak sekata, berharap sangat aku berjaya mendapat bidang pilihan pertama aku!





Ini adalah list pilihan program yang telah aku isi untuk UPU, sememangnya bidang perubatan merupakan bidang yang amat aku minati, disamping dengan harapan ibu bapa aku yang menginginkan aku menjadi seorang doktor.. tanpa was-was aku tetap dengan pendirian aku. Memandangkan aku merupakan pelajar Asasi Sains Uitm ketika itu, aku terus memilih Uitm perubatan sebagai pilihan pertama, tambahan lagi ianya kos yang tidak memerlukan temuduga.


Memang rasa cuak juga, kerana aku juga ada turut memohon perubatan USM (Universiti Sains Malaysia) dan UM (Universiti Malaya) tetapi aku tidak dipanggil untuk ditemuduga. Turut sama Universiti UKM( Universiti Kebangsaan Malaysia) dan juga UPM (Universiti Putra Malaysia), aku tidak menerima sebarangan notis untuk pergi bertemu duga. Memang ketika itu ada perasaan sedih dan kecewa berbaur rasa takut, kerana aku ingin sangat mendapat tempat di UKM atau UM. Kawan aku yang lain, ada yang dipanggil sekaligus 2 Universiti untuk ditemuduga dalam bidang perubatan, aku sahaja yang tak dipanggil! Jadi Uitm sahajalah harapan aku.

Perasaan aku bertambah takut, apabila ada senior yang mengatakan untuk mendapatkan perubatan Uitm, harus mengikuti Pre-Medic Uitm, iaitu satu program untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan bidang perubatan! Tetapi nasib baik pernah menghadiri Ekspo Uitm yang memberi pendedahan berkenaan kos-kos yang ditawarkan di Uitm, termasuk Perubatan. Menurut kata seorang abang senior perubatan dan seorang pensyarah , Pre-Medic ini hanya untuk memberi pendedahan kepada mereka yang tidak pasti (ragu-ragu) dengan bidang perubatan, mereka sarankan siapa yang benar pasti untuk mengambil kos ini tidak digalakkan ambil. Namun, aku masih tidak pasti dengan statement kedua-dua pihak, kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam jangka masa tersebut! Aku hanya mampu berdoa supaya Allah mempermudahkan segala urusan, "Jika perubatan terbaik bagi diriku maka dekatkanlah, jika ianya buruk maka jauhkanlah" itulah sentiasa dalam doa aku.

Selepas berbulan- bulan menunggu..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku cuba masukkan No Kad Pengenalan aku dengan cepat, apabila portal semakan mula dibuka tepat jam 12.00 pm. Walaupun mengambil masa untuk loading (mungkin sebab ramai pelajar yang menggunakan portal tersebut pada waktu yang sama)

" MAAF , REKOD ANDA TIADA DI DALAM SISTEM"
Aku memang tergamam sekejap melihat statement yang tertera di skrin laptop aku ini! Nak menangis pun ada, tapi aku cuba tenangkan diri dan cuba sekali lagi sama ada sistem itu salah. Namun setiap kali aku cuba, portal tersebut akan menjadi error, dan lambat untuk loading. Memang sah ianya menjadi lambat akibat ramai yang menggunakannya, aku tak berputus asa mencuba sekali lagii


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tiba-tiba



Memang tak disangka, ternyata aku berjaya mendapat kos perubatan pilihan pertama aku. Alhamdullilah, tak dapat diungkap kegembiraan ini dengan kata-kata, aku tidak henti mengucapkan Alhamdullilah kehadrat Ilahi yang memberi peluang dan rezeki yang pastinya akan aku gunakan sebaik mungkin! Aku kongsikan berita gembira ini dengan kedua ibu dan bapa ku, mereka juga turut gembira memandangkan aku anak sulung, Insyaallah akan menjadi pembakar semangat buat adik-adik ku untuk berjaya kelak!




p/s: Aku amat berterima kasih kepada kedua ibubapa ku yang tidak putus memberi semangat buatku, kepada guru-guru dan pensyarah yang banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar, tidak dilupa juga rakan-rakan yang turut membantu, segala perkongsian ilmu amatlah dihargai. Semoga peluang ini dapat aku gunakan sebaik mungkin untuk memberi kebaikan kepada orang lain kelak.




2 ulasan

Terima kasih membaca