-->
©ChumChumLee. Dikuasakan oleh Blogger.
Welcome To My Blog

Pengalaman Di Pusat Asasi Uitm Kampus Dengkil (Part 1)

#disclaimer: Post ini ditulis pada tahun 2016, dan yang pertama menulis tentang UiTM Dengkil. Jadi sepanjang beberapa tahun ini, mungkin ada beberapa perubahan berlaku. Jadi tak semestinya semuanya ada ya 🤣


Sejak dah start sambung semester 2 ni, dah sibuk sampai tak sempat nak update blog. Rasa rindu nak menulis (perasan-padahal baru je buat blog ni, tak sampai 2 bulan baru haha). Untuk pengetahuan semua, aku sekarang sedang menuntut di Uitm Dengkil dalam Asasi Sains masuk semester 2. Sebelum berpindah ke Uitm Dengkil ni, pelajar Asasi Sains ditempatkan di Uitm Puncak Alam, kiranya sekarang ni pelajar asasi dah ada tempat sendiri, tak adalah nak bercampur dengan pelajar Degree dan Diploma. Untuk sesiapa yang tak tahu lagi, Uitm Dengkil dibina khas untuk penempatan pelajar asasi sahaja. Jadi semua pelajar asasi Sains, Kejuruteraan, Law dan Tesl semuanya ditempatkan disini.


Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil
Kampus Uitm Dengkil yang baru dibuka pada tahun 2015.

Pengalaman Temuduga Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi 2015 (Part 2)






Semasa taklimat. Setelah memberi penjelasan tentang Yayasan Peneraju, mereka kemudiannya menerangkan kos-kos yang ditawarkan untuk menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Memang banyak kos yang disediakan , tak ingat kesemuanya sebab aku cuma fokus kepada bidang sains sahaja semasa mereka tunjukkan slide tu. Tapi yang sedihnya mereka tidak menawarkan kos perubatan, aku memang impikan nak ambil kos tersebut. Kata mereka, pihak Yayasan Peneraju masih belum menawarkan kos perubatan, mungkin sebab kos tanggungannya yang agak tinggi, maklumlah pelajar-pelajar akan dihantar belajar ke Universiti Swasta, jadi kosnya mungkin agak tinggi.  Senarai universiti yang ditawarkan juga semuanya high class dan yang paling penting universiti tersebut semuanya diiktiraf oleh kerajaan! Cuma selepas tamat pengajian, kita harus mencari sendiri pekerjaan dan ini tidak dibantu oleh pihak Yayasan Peneraju, Seperti syarat yang ditetapkan, kita harus berkhidmat di mana-mana organisasi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat awam atau swasta yang berdaftar di Malaysia sebaik sahaja menyempurnakan pengajian dan tempoh pengajian tertakluk kepada jumlah pembiayaan.

Pengalaman Temuduga Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi 2015 (Part 1)


Biasiswa Yayasan Peneraju


Aku nak kongsikan pengalaman yang aku lalui semasa memohon biasiswa daripada Yayasan Peneraju. mesti yang sedang membaca ini adik-adik yang sedang atau telah menamatkan sekolah menengah, ataupun mungkin sekarang adik-adik telah pun mendapat result spm dan masih menunggu panggilan belajar. So aku nak share sikit pengalaman aku dalam memohon biasiswa Yayasan Peneraju, hope dapat membantu serba sedikit bagi sesiapa yang nak memohon.
Terima kasih membaca