-->
©ChumChumLee. Dikuasakan oleh Blogger.
Welcome To My Blog

Sneak Peek Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam (PPAS)



Memang tidak dinafikan perpustakaan ini merupakan salah satu tempat yang pasti menjadi kegemaran bagi pelajar seperti aku! Banyak kemudahan yang disediakan, selain daripada pelbagai jenis buku yang sedia ada , perpustakaan ini juga turut dilengkapi dengan Teater 3D dan 6D seperti entry yang aku kongsikan sebelum ini ( Teater 3D dan 6D ). Jadi untuk entry kali ini, aku akan kongsikan lagi kemudahan lain yang menjadi tarikan kepada mereka yang mengunjung ke perpustakaan ini!


Entrance masuk
waktu operasi..

Kebiasaannya, hujung minggu memang perpustakaan ini akan dipenuhi pelajar-pelajar, kebanyakkan tempat duduk kesemuannya penuh, lagi-lagi kalau minggu peperiksaan! Dulu time nak dekat spm, buat study group dengan kawan-kawan.. memang terpaksa duduk dekat sofa!


Mesin untuk pulang buku...
 
Jadi bagi mereka yang malas nak masuk dalam, boleh sahaja pulangkan melalui mesin yang disediakan diluar. Cuma kadang-kadang mesin ni scan tak betul, pernah sekali tu nak pulangkan buku melalui mesin , tak semena-mena beberapa buah buku tak dapat di- scan padahal buku-buku tu dah masuk kedalam mesin tu... terpaksalah masuk ke dalam, berjumpa dengan librian dekat sana!

Inilah mesin yang tak scan dengan betul..
 
Untuk pengetahuan semua, tempoh peminjaman buku hanyalah 2 minggu, jika lewat akan didenda mengikut hari lewat pemulangan, jadi kalau memang tak sempat nak pulangkan buku, telefon pihak PPAS sebelum tarikh pulang dan beritahu masalah tersebut! Jadi pihak PPAS akan melanjutkan masa 1 atau 2 minggu lagi untuk memulangkan. Ini pun Librarian yang beritahu, kalau tak, aku memang tak tahu. Jadi jangan hanya diam diri sahaja, tu pun kalau nak bayar dendalah.

Kita boleh pinjam juga dengan guna mesin sahaja!

Kita start dengan tingkat yang paling bawah


TINGKAT LG


Tingkat ini adalah yang paling bawah sekali yang menjadi laluan untuk ke laluan belakang.. Gimnasium yang bawah ini adalah khas untuk lelaki sahaja, manakala wanita di tingkat 3.


Di bahagian belakang kita dapat lihat sebuah tasik dan juga permandangan Masjid Besar Shah Alam!

Permandangan tasik dari tingkat atas!

TINGKAT G


Okay tingkat satu ini lebih dikhaskan kepada kanak-kanak, ini kerana terdapatnya Zon Kreatif , dimana menjadi tempat khas yang dilengkapi bahan bacaan, permainan yang sesuai untuk kanak-kanak! 

Ruangan khas untuk membaca.. dipenuhi tempat meja

Setiap aras mempunyai kawasan seperti gambar diatas, cuma di aras G, tiada buku-buku diletakkan disini! Disebabkan itu, aras G kita dibenarkan membawa masuk beg.. Sebab apa tak ada buku? Sebab ianya diganti dengan Teater 3D/ 6D!

Bilik Teater..

Kawasan bersaintai...


Board yang dilengkapi pelbagai maklumat di aras G
Pentas di aras G



Setiap aras mempunyai kaunter Librarian seperti gambar di atas, sebarang pertanyaan atau nak pinjam buku, boleh ke kaunter tersebut. Pendaftaran untuk meminjam juga harus dilakukan di kaunter ini.


PC Apple lagi tau digunakan di sini!!!

Setiap aras juga akan dilengkapi dengan kemudahan komputer! Bukan free ya! Bayaran sebanyak RM1 dikenakan bagi tempoh 1 jam.. 



Jangan risau locker disediakan untuk menyimpan barang... tetapi harus dibayar!!
Zon ini juga ada disediakan di setiap aras!


 Okay sekarang kita lawat pula zon yang menjadi kegemaran kanak-kanak! ZON KREATIF










Movie kartun yang dipasang,..

ARAS 1


Bermulanya aras 1 dan ke atas, menjadi kawasan laranga membawa bag.. jadi aras-aras ditempatkan pelbagai jenis buku.. kawasan ini juga lebih senyap maklumlah zon membaca!


 Kawasan membaca yang amat selesa dan tenang, tengok semua orang sedang study, secara tak langsung motivated kita untuk turut belajar!



Setiap buku memang akan disusun dengan sangat teratur dan kemas. Ini memang berdasarkan pengalaman aku sendiri, mata kepala tengok sendiri setiap buku memang disusun mengikut nombor di setiap rak, jadi apabila kita membuat carian di komputer, terus kita ketahui kedudukan buku tersebut! Kalau tak ada, maknanya ada orang dah ambil.Tak pernah lagi tengok buku misplaced ke apa, sebab buku yang telah dibaca akan diletakkan di tempat yang disediakan.





Kawasan untuk hirup udara yang segar!


Bagi mereka yang nak privasi , tak nak tempat yang terdedah sangat, jangan risau, ada disediakan tempat juga di setiap aras seperti dibawah..




Bilik Ulangkaji

Kebiasaannya pelajar akan tinggalkan sahaja buku , pensil box atas meja, tak kira di mana-mana meja menandakan tempat tersebut ada orang.. jangan risau tak pernah ada kes barang hilang! Aku pun selalu tinggalkan barang atas meja kalau nak pergi makan!


 Rak buku ni memang menjadi tumpuan aku ... selalu nak tengok nak cari gambar, sebab buku dekat rak ni memang besar, so gambar pun besar-besar! Nak tahu apa aku buat dengan buku-buku besar dekat situ?


Jeng jeng jeng... inilah kerja aku kalau pergi ke rak buku besar tu!!



Adik dan ayah aku tak ketinggalan mencari gambar !!! HAHAH LOL

Berusaha kitaorang mencari....! Alang-alang tu bolehlah sedikit sebanyak dapat input dengan melihat gambar dan membaca fakta-fakta.



ARAS 2

Antara yang menarik di sini juga, ada disediakan bilik mengaji.. jadi amat senang bagi mereka yang ingin belajar membca Al- Quran bersama rakan-rakan atau guru. Tak pasti sama ada mereka ada menyediakan guru atau tidak.







ARAS 3


Gym di aras 3 untuk kegunaan wanita

Jadi kalau nak release tension ke, bolehlah bersenam sekejap, bagi hilangkan mengantuk , bagi badan cergas kembali!!


Belakang banner tu adalah bilik pandang dengar (tak sempat nak tangkap), bilik dipenuhi dengan pelbagai jenis CD/DVD , of coarse banyak juga jenis movie yang ada! Memang rambang mata nak pinjam yang mana!


ARAS 4


Untuk pengetahuan semua, semakin kita naik keatas aras, penduduk di setiap aras kebanyakkannya semakin banyak orang yang berumur, maksud aku majoritinya.. yeke? Tapi kadang- kala tu ada juga nampak orang muda... Librarian tingkat atas ni pun ... jenis garang sikit, hari tu time nak buat photocopy dekat aras 4, terserempak dengan seorang pakcik Librarian yang garang!

Ada juga gym untuk lelaki di aras 4
Apa yang menarik dekat aras 4 ni adalah terdapatnya mini muzium!! Kenapa? tak percaya.. dekat mini muzium ini terdapatnya pelbagai manuskrip lama, gambar-gambar Sultan Selangor, ada juga Al-Quran yang bukunya bersaiz gergasi, dan kebanyakkanya berkaitan dengan sejarah negeri Selangor. Segala isi kandungan muzium ini kebanyakkannya adalah sumbagan Sultan Idris Shah sendiri! For more info.. click here!









CAFETERIA

Dan akhir sekali.. tidak dilupakan juga Cafeteria yang sememangnya menyediakan pelbagai jenis makanan! Cafeteria ini terletak dibelakang perpustakaan sahaja! so tak payah susah-susah cari makanan di luar memandangkan harganya juga berpatutan!



Berhadapan dengan tasik.. memang beragin..




Apa yang lebih menariknya adalah Tutti Frutti! Bestkan.. bolehlah makan aiskrim dekat sini..memang sesuai bawa anak-anak!



Memang selalu berkunjung makan yogurt dekat sini, tu pun kalau singgah PPAS ini!



Memang tak sah aiskrim mesti semua dapat dekat si budak ni.... LOL

Perpustakaan ini juga bukan hanya tempat untuk baca buku sahaja, ianya juga dapat dijadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga.. dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga disamping menambah ilmu bersama! Jadi bagi mereka yang ingin luangkan masa bersama keluarga, pastinya destinasi ini tidak merugikan bagi setiap kunjugan!



Tiada ulasan

Terima kasih membaca